simpan

Salam, aku suka tengok gambar preconvo sis yang ambil gambar dengan ayah dia dekat ladang kelapa sawit tu. Osem okeh!!!!!

Aku harap sangat aku dapat ambil gambar dengan mak aku macam tu juga tapi mak aku bukan jenis orang yg suka bergambar. Kenapa? Sebab dari aku sekolah rendah sampai sekolah menengah, mak aku sara hidup kami adik beradik dengan kerja tukang sapu sampah tepi jalan dan arwah ayah (may allah bless him) cuma buruh kasar je.

Kawan-kawan sekolah tak pernah tahu mak aku kerja apa walaupun aku tak kisah pun kalau orang tahu, sebab mak aku cakap nanti aku tak dapat kawan dekat sekolah. Lagi pula bila orang tahu aku bangsa apa, lagilah orang tak nak kawan.

"Perangai macam boyan"
"Batak giler kau ni macam boyan"
"Baju buruk macam boyan je aku tengok"

Yes. Aku dalam kalangan bangsa boyan yang selalu jadi carutan di mulut-mulut masyarakat. Serius aku sangat sensitif dan hati aku sangat terguris. Sampaikan aku terfikir

"hina sangat ke orang boyan ni?"

Ikutkan hati, memang aku cakap

"orang boyan yg korang dok jadikan carutan ni la yg sanggup kerja jadi cleaner, tukang sapu sampah tepi jalan. Nak harapkan bangsa korang? Sanggup ke? Jijik sikit tak nak. Panas sikit merungut"

Tapi aku diam, aku senyum je. Biasalah kadang orang bukannya tahu ada orang terluka dengan kata-kata kita. :)

Gaji mak tak seberapa pun, rm900 je sebulan. Hidup kat KL dengan gaji rm900? Rm3000 pun dah dikira miskin bandar.

Tanpa sedar mak ajar yg cari rezeki tu bukannya mudah. Dari kecik aku dah faham dan memang bukanlah satu tabiat untuk kami adik-beradik cakap,

"Mak, nak duit. Nak shopping. Ada sale"
"Mak, nak duit. Nak keluar dengan kawan"

Jadi apa-apa yang kami nak. Kami kerja part time. Hehe

Aku selalu geleng kepala tengok kawan-kawan yg boros belanja. Contohnya, beli baju ikut trend sedangkan baju yg lama elok je lagi. Ada masalah kewangan tapi bila cadangkan kerja, banyak alasan. Kata banyak assignment tapi sempat layan drama korea dua tiga jam sehari. Aku tak faham mereka ni letakkan susunan keutamaan dalam hidup mereka macam mana.

Dari ajaran mak dan arwah ayah aku, aku belajar yang…

1 – susah bukan bererti kau tak boleh berjaya. Insyaallah aku menepati standard berjaya. Aku grad dengan pointer lebih dari 3, walaupun aku bekerja masa belajar. Alhamdulillah rezeki aku dapat kerja sejurus aku tamat final exam. (Aku join jugak kelab-kelab kat uia. Berbakti pada masyarakat, orang asli )

2 – cakap tu biar beradab. Tak salah pun cakap sopan. Orang dengar pun sejuk je hati.

3 – sebagai anak tukang sapu sampah, maka secara automatik aku tak buang sampah merata. Haha sebabnya orang yang buang sampah merata ni, bijak pandai pun tak guna kalau adab takde.

4 – rancang kewangan dengan cermat. Belj barang yg perlu sahaja. Bukan yg kemahuan. Jinakkan nafsu. Tak mati pun kalau tak ikut trend. Cth: vape.

5 – sentiasa bersyukur dengan apa yg ada.

6 – sentiasa bersangka baik yg Allah berikan rezeki dan jalan hidup seseorang itu tidaklah sama melainkan Allah susunkan perkara yg paling terbaik :)

Aku percaya setiap orang ada kisah tersendiri. Ini kisah aku yang setiap kali bila aku rasa macam nak kerja, malas nak belajar atau rasa nak beli apa je yg aku nak, aku muhasabah diri semula.

Apa pun, selamat berkonvo untuk mereka yg konvo minggu ni (termasuk aku hehe ), selamat meneruskan perjuangan untuk mereka yg masih belajar dan kawan-kawan yg masih mencari kerja, jangan putus asa. Rahmat dan rezeki Allah itu luas :)

May Allah shower us with His blessings <3

– hidup

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *