Liku kehidupan

Saat paling gembira. Aku dapat masuk U tp bukan di semenanjung namun nun jauh di seberang.Ayah melarang untuk pergi memandangkan keluarga kami bukannya orang senang. Tapi atas nasihat pakcik n makcik yang lain akhirnya ayah mengizinkan.

Di U aku masuk askar wataniah aka Palapes. Semangat nak jadi askar. Tahun 1 kat U tiba-tiba terkena histeria. Bila berubat rupanya santau.Sejak itu segalanya berubah.

Kemudian pointer jatuh teruk. 3 paper aku fail. Sewaktu latihan kawad palapes aku selalu pengsan.Aku diuji lagi bila dalam masa yang sama doktor sahkan aku mengidap asthma dan tak boleh berada di bawah panas terik. Memandangkan pointer jatuh seluruh keluarga mendesak aku keluar dari Palapes dan fokus pada pelajaran.

Memandangkan aku dah keluar Palapes maka dengan rasminya aku tak dapat kolej. Terpaksa aku mencari rumah sewa di luar sana.

Rakan sekelas mengajakku sewa bersamanya. Oleh kerana ptptn aku disekat maka aku terpaksa mencari duit sendiri dengan bekerja di gerai² sekiranya tiada kelas. 1 jam aku kerja dibayar rm2.00. Namun,aku terpaksa menipu Ibu ku bahawa aku dapat ptptn kerana takut akan dimarahi seluruh keluarga. Maafkan saya,mama.

Cuti semester aku tidak pulang ke kampung namun ke Kl bekerja kilang selama 2 bulan untuk membayar yuran pengajian dan sewa rumah. Alhamdulillah semua berjalan begitu mudah. Namun,Semester seterusnya pointer masih rendah dan ptptn masih disekat. Ibu pula semakin mengesyaki aku ada masalah. Namun, susah biarlah aku tanggung sendiri.

Semester seterusnya pointer aku naik mendadak kepada 3.33. Alhamdulillah. Ptptn sudah tidak disekat lagi.

Sedang housemate² yang lain melakukan tesis aku masih banyak lagi subjek yang belum dapat dihabiskan dan repeat berulang kali. Di saat seorang housemate ku Konvo, aku tiada duit untuk membeli bunga ataupun teddy bear untuknya. Namun,aku memberinya satu² nya cincin yang diukir namaku kepadanya sebagai hadiah kenang-kenangan.

Aku terpaksa extend. Penting kepala memikirkan bagaimana aku ingin membayar yuran dan sewa rumah. Aku menggadaikan cincin perkahwinan parent aku yang ibu hadiahkan kepadaku kepada seorang sahabat. Dia meminjamkan aku rm400 untuk membayar sewa rumah dan cincin tersebut disimpannya sehingga aku mempunyai duit untuk menebusnya kembali.

Dengan kerja di gerai aku,mengikat perut selama beberapa bulan untuk menyimpan duit akhirnya dapat menebus semula cincin perkahwinan ibuku.

Apabila mengetahui aku extend ayah teramat memarahiku. Namun,dia meminta aku mengisi borang pinjamkan yayasan untuk meneruskan pengajianku.

Sepanjang pengajianku makcik selalu memberiku duit poket dan membeli tiket kapal terbang untukku.

Suatu hari, makcik ku memasukkan duit kepadaku namun apabila aku ke atm hanya rm20 sahaja yang tinggal. Rupanya ada yang mencuri duit dalam akaun ku. Insan itu pastinya tau akan nombor pin atm ku dan apabila ke bank akhirnya aku tahu siapa.

Aku ke bank untuk menukar kad bank namun cip kad pengenalan rosak dan aku tiada masa untuk ke jabatan pendaftaran untuk menukar kad pengenalan kerana kelas sentiasa penuh dari pagi sehingga petang.

Duit pinjaman sebanyak rm5k masuk dalam akaun. Aku teramat risau memikirkan. Seorang kawan mencadangkan untuk memasukkan duit ke dalam akaunnya. Aku memasukkan 2k ke dalam akaunnya. 1k lagi sahabat baik meminjamnya. Selebihnya bayar yuran pengajianku dan tebus rantai ibu di tempat gadaian.

Sem seterusnya aku meminta semula duit rm2k daripada sahabat namun katanya duit itu sudah dimasukkn dalam akaun rakannya yang lain. Rakannya enggan memberi semula wang itu dan akhirnya aku terpaksa mencari duit sendiri.

Sepanjang sem itu,hidup kembali susah dan aku menjaja nasi di asrama waktu hujung minggu sambil bekerja di pasaraya pada hari-hari yang lain. Setelah 5 tahun belajar, akhirnya atas usaha keras aku lulus dan akan konvo.

Balik semenanjung, aku bekerja keras untuk membeli tiket kepada parent dan adik² namun simpanan ku tidak mencukupi dan aku tidak mampu untuk membeli tiket untuk parent aku.

Akhirnya,aku konvo tetapi sorang2 kerana aku tidak mampu untuk membeli tiket kepada ibu bapaku. Di majlis itu air mata ini mengalir kerana ketika susah aku berseorangan dan ketika berjaya aku meraikan juga berseorangan.

Alhamdulillah sekarang aku mendapat pekerjaan yang baik dan juga mampu membawa seluruh keluarga menunaikan umrah tahun ini walaupun pada suatu ketika dulu aku tidak mampu membawa mereka melihat aku memegang segulung ijazah. Insya Allah selepas ini, aku berharap mereka ada pada hari konvo sarjana ku nanti.

– Kyra

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *