Macam Mana Saya Masuk Islam IV

Part 1: https://iiumc.com/macam-mana-saya-masuk-islam

Part 2: https://iiumc.com/macam-mana-saya-masuk-islam-ii

Part 3: https://iiumc.com/macam-mana-saya-masuk-islam-iii


Weh korang ni jahat tau. I kata nak stop dah, korang lagi suruh I sambung ya.. Nak kena ni. 

But ok la. Just a sweet and short confession. Just untuk reply beberapa question u all. 

Sebab tak baik tinggalkan orang dengan tanda tanya kan. 

But before that, I nak ucap terima kasih banyak2 atas sokongan, nasihat dan kasih sayang u all. Honestly, I sangat appreciate. Salam lebaran buat semua tau. 

Terima kasih atas doa kalian. Pasti doa yang baik itu Allah kembalikan pada kita. 

Ok back to your question. Raya memang meriah sangat. Kami kat homestay tu sehari awal. 

But then kan orang kecoh2 cakap raya maybe khamis la rabu la. 

We all dah gelisah jugak la. Sebab kami plan raya kedua tu nak pergi tempat lain. 

Dah book hotel semua dah. So kalau raya jatuh khamis plan tu tak jadi la. 

Dalam pada bertanda tanya tu, kami masing2 sibuk la pasang lampu raya semua. I excited download lagu raya banyak2 play dekat laptop. 

Then pasang pelita. Abang sha cakap tak kisah la raya bila. Buat ja persiapan macam biasa. 

Hari tu buka puasa kitaorang borong kat bazar. Duduk bersila kat lantai ramai2. Best gila weh. 

Father I pun enjoy gila.. Semua orang asyik senyum dan ketawa ja. Then kan nak bakar lemang semua. 

Buat preparation tu. But kawan kita si sha ni tolong pun tak. Asyik main mobile legend ja. 

I bagi dia satu das. Lagha semua ni.. Padan muka dia. 

Dia cakap dia boleh tolong rasa sedap ka tak. Lain tak mau tolong.. Sewel betul. Lepas tu tiba2 kecoh esok raya. Yeahh.. 

Masing2 terus bersemangat. Iron baju raya siap2. Hari tu kami solat maghrib isyak jemaah ramai2 kat homestay tu. 

Abang sha jadi imam. Then main bunga api macam kami plan.. Ada video gambar semua but tak boleh upload sini pulak. 

Tahun ni I dapat baju raya banyak gila. Family sha bagi.. Then family I pun bagi.. 

Actually family I pun pakai baju raya ya.. Yang lelaki baju melayu, yang perempuan baju kurung.. Ikut tema ok. 

Kami tema blue tahun ni. Kalau tengok gambar mesti orang ingat semua tu muslim family. 

Then pagi raya kami pergi solat di masjid dekat homestay tu.. Family I tak ikut la.. 

Then ada kak ipar and mak dia tak pergi sebab uzur kot. Ada la mereka tu sibuk2 di dapur. 

Dekat masjid sangat ramai orang. Tapi sangat meriah. I sangat suka solat dekat masjid. Ini first time I solat raya di masjid. So excited… 

Solat raya sangat unik bagi I. Sebab takbir 7 kali dan 5 kali. Sempat la sha pesan jangan pergi rukuk pulak. I betul2 focus pada solat tu takut silap.. Haha

Excited lagi satu sebab kain telekung ni I beli agak mahal. Jenama sk.. Sebabnya sha cakap, latih diri buat yang mahal tu untuk Allah. 

Kadang kan untuk diri kita, like makeup kita, clothes kita, perfume nak beli yang mahal2. Mungkin nak impresses orang, or nak buat diri kita confident. 

Tapi macam telekung sejadah, mungkin yang biasa2 saja. Sebab rasa macam ala sapa nak tengok. Ni nak pakai sekejap ja. 

Ni I tak condemn sapa2 ok. Ni I share apa yang kawan I cakap saja. 100% opinion dia saja. Mungkin u all tak macam I. 

Sebab sebelum ni memang I macam beli yang biasa saja. Yang murah saja. Then ada sekali masa pergi mall, ada la kios sk tu. 

I rasa different nya kain dia. Then tengok harga, omg… Masa tu la sha cakap. Beli la sebab awak nak pakai ni menghadap Allah. Tak sama dengan hadap manusia. 

Jangan hadap manusia ja cantik2, tapi hadap Allah selekah2.. Telekung berbau, ada tahi lalat. Tak bersih. 

Sha cakap Allah suka bersih2. Kalau kita nak hadap orang, nak nampak elok. Tapi kenapa hadap Allah cincai ja.. Tu kata dia. 

Dia kata selalu ada ja orang tak jaga telekung dia. Murah pun tak pe, yang penting bersih dan suci. 

Then dia cakap latihkan diri buat yang terbaik untuk Allah. Tak kan rugi setiap perkara yang awak buat kerana Allah. 

Nanti solat akan rasa lebih tenang kusyuk dan akan rasa perbezaanya. Sebab sifat manusia bila benda mahal dia ada rasa sayang dan care. Tambah2 guna duit sendiri. Beza cara kalau kain murah. 

Tapi kalau buat nak tunjuk dekat manusia baik tak payah dia cakap.. Nanti segala penyakit hati akan datang like riak ujub dan ext.. 

So mula tu I memang tak beli.. Tak cukup duit and tak rasa nak beli. 

Dia pun tak paksa. Dia cakap bila rasa nak and mampu baru beli. 

And then sk ni versi dia berubah2. Ada sekali tu I pergi tengok, ada satu wrna like peach and sangat soft. I berkenan gila. Sebab I suka pastel colour. 

Orang tu cakap ni last season macam tu la. Sebab nanti keluar yang baru.. Yang lama ni tak akan keluar dah. Harga dia pun memang mahal walaupun out of season. Tak de promosi pun. 

Masih belum beli time tu. But then rasa macam arrghh nak jugakk.. Esoknya pergi beli jugak walaupun bajet lari banyak. Beli sebab plan nak pakai raya. 

Kan raya elok pakai yang baru, cantik bersih.. Then takut benda tu dah habis. Kalau orang lain dah beli menyesal I nanti. Dah la tingal satu ja. 

Duit boleh cari, tapi benda kita suka tak selalu ada. That’s way la.. 

Tapi yang I belanja tu Allah pulangkan balik melalui duit2 raya yang I dapat. 

Tapi betul la sha cakap. Bila pakai tu rasa lain.. Rasa selesa sebab kain dia kan best. 

And sebelum solat, I niat la moga2 solat ni paling terbaik sebab I niat menghadap Allah dengan benda yang cantik. Moga Allah terima. Moga Allah suka.. Moga I ikhlas. 

Lepas balik solat, kitaorang makan. Kuih raya letak dalam bekas. I paling suka tart nenas. 3 balang I beli.. 

Kawan I suka shortbread tapi tahun ni kat mana2 pun tak jumpa. Kesian dia. 

Lepas makan tu kitaorang susun yang tua2 dihadapan.. Duduk.. Because kita nak salam. 

Parents I parents sha, duduk sebaris. Then yang tua2 first pergi salam dulu. Macam abang dia,abang I,then duduk hujung,di ikuti yang paling kecik. Ikut umur. 

Sambil tu hulur angpow. Masing2 dapat angpow. I dapat banyak family dia dan family I bagi. Dekat 700. 

But sha tak bagi I pun. Kedekut betul. But I paksa dia bagi jugak. Ada la dia bagi seringgit.. Tapi semua 10sen. Bonggok betul. Macam biasa alasan dia I kanak2. 

Then anak2 sedara semua ketawakan dia. Sambil cakap2 funny2. Anak sedara I sangat rapat dengan sha. Sebab dia pandai ambil hati kanak2. 

Raya ni memang best gila. Semua orang happy. Asyik ketawa ja kami. 

Then makan nasi beriyani for lunch. 

Dinner kita orang buat bakar2. Our friend sangat suka barbecue. 

Malam raya pun tido tak tahu jam berapa. Then raya pun tak tidur. Seronok kami main mercun. Sembang2, ketawa2. Makan2.. 

Budak2 lari sana sini. Semua orang enjoy. Budak2 pun tak nak tido, sibuk main bergembira ketawa. 

Adik I nak balik pun tak sampai hati. Bila dah balik rumah masing2 rasa sunyi betul. 

Terus adik I tanya bila nak kumpul macam ni ramai2 best sangat.. 

Tapi nak kumpul macam ni kena betul2 plan because everybody working pun tak sama. 

Like I punya brother work dekat singapore. But ada la kita plan next trip nak pergi bali. 

See how kalau Allah izinkan.. Ok ya, sampai sini saja. Next time la I tulis bagaimana family I dan family sha boleh close. Then pasal trip kami ke sabah semua tu. 

Because I sangat busy lately ni. Work overload. Sebab masih belum wakeup dari mood cuti raya.. Kerja semua sudah pending.. Bos pun sudah bising. 

Sorry kalau lambat sambung. Thanks for reading. 

Love u all. Take care.. Bye and assalamualaikum. 

– ann (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *