Macam tu juga dulu (A reply to aku mahu hidup)

Cik/Encik R, saya pun pernah macam tu dulu. Depressed sebab tak tahu nak buat apa, macam takde tujuan hidup. Pastu kawan2 pulak cakap belakang.

One of my friend told me, tulis tujuan hidup atas kertas, print cantik2. Buat 3 bahagian/ helai. Daily target, in 5 years, life target. Kat daily target, tulis apa yg boleh buat hari ni. 1. Belajar 30 minit, 2. Baca semuka quran, 3. Tidur awal, 4. Tak ponteng kelas. 5. Positif, Senyum selalu Tulis benda yang boleh capai. In 5 years pula, tulis target tu pula. Contoh, 1. Excellent speaker, 2. Pekerja cemerlang, 3. Habis degree dengan cemerlang, etc. Dalam life target pula, tulis pasal apa yang mahu dalam hidup. Kalau blank sangat, tanya parents apa yang diorang nak awak jadi.

Print lawa2, tampal kat tempat yang mudah nampak. Jangan letak target banyak sangat. 4-5 point untuk setiap kategori cukuplah. Hari2 baca kertas tu. Sebelum pergi kelas dan selepas kelas. Kalau boleh baca kuat2, tapi kalau malu, baca dalam hati dan lihat kertas tu 15 saat. Jangan buat goal yg susah dicapai. Buat yang senang2 je.

Lama kelamaan, naikkan sikit daily target.

Harap2 lepas ni, cik/encik R mula nampak tujuan hidup, sedikit demi sedikit macam saya. Try la cuba. Tapi saya tak jamin seratus peratus sebab saya dan kawan tu, bukan pakar motivasi dan psikologi.

Sekian shaja dari saya.

Terima kasih kerana sudi membaca.

– Cik SaladBeku

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *