Mak Cik Bawang Itu Mak Aku

Kalau korang nak tau orang yang paling tertekan sekali dengan mak cik bawang ni ialah anak-anak dia. Dari kecik lagi anak-anak dia terseksa dan meronta-ronta untuk tinggalkan rumah.

Kali pertama aku terdengar perkataan mak cik bawang masa aku tengok video YouTuber and terus aku ternampak yang tu adalah mak aku.

Dia adalah orang yang bila berkumpul dengan saudara mara sibuk menanyakan orang bila nak kahwin, bila nak dapat anak, anak kerja apa, apsal kurus/gemuk sangat, anak kau exam dapat nombor berapa dan semua soalan yang trigger lagi la.

Tujuan dia kebiasaannya soalan yang dia tanya tu mesti dia ada satu point yang sangat strong untuk menunjuk-nunjuk apa yang dia ada tu jauh lebih baik. Dia bukannya ambil berat sangat pun dengan keadaan orang sebab kitaorang tengok sendiri dia tak pernah ada inisiatif sendiri untuk membantu orang sekeliling.

Masalah aku sebagai anak ni bila kitaorang berkumpul mesti la kitaorang dapat tempias dengan perangai dia. Walhal kitaorang adik-beradik memang cuba nak elak dari menunjuk-nunjuk dan sekadar bercakap perkara yang perlu je untuk beramah mesra.

Lagi satu actually relationship mak ngan ayah aku memang pecah belah wei. Diaorang saling maki hamun each other and seingat aku dah sangat lama diaorang tak tidur sebilik. Mak aku suka buruk-burukkan ayah aku dan aku tengok ayah aku pun sama.

Cuma bezanya ayah aku tak pernah kutuk mak aku selain dalam rumah. Mak aku pulak dari dulu akan bercerita keburukkan ayah aku depan saudara-mara. Seingat aku jugak ayah aku sentiasa mengelak dari berkumpul dengan saudara-mara disebabkan mulut mak aku.

Agaknya sebab tu dia je yang jadi bahan mengumpat mak. So dari pandangan mata saudara-mara kami, ayah aku seorang yang anti-sosial dan teruk dek maklumat yang mak sampaikan.

Seorang Prof ada berkata, “Kalau kita positif, kita akan nampak semua positif.” Kau nak positif celah mana kalau kau lahir je kau terus jadi anak bawang weih? Memang aku dah cuba dengar ceramah agama dan motivasi lepas tu cuba beramal sedikit demi sedikit untuk tenangkan hati aku.

Siapa yang taknak berbahagia dengan mak ayah kan? Masalah yang sama berulang selagi mak aku ada mulut sebab tabiat yang dibawa selama 60 tahun dia hidup takkan boleh dibuang sekelip mata kan?

Sekarang ni in between adik-beradik aku pun bila dia cakap ngan aku, dia akan kutuk adik-adik aku belakang-belakang. Dari dulu jarang la aku dengar kata-kata pujian dari dia terhadap orang lain.

Lagi satu bila ada apa-apa salah faham, jarang la dia mengaku salah dia. Mostly dia akan create macam-macam cerita untuk salahkan orang lain. Now kitaorang yang perempuan semua dah kahwin. Habis diburuk-burukkan pulak keluarga mertua adik-beradik aku depan aku.

Katanya kami adik-beradik perempuan ni menanggung mak mertua dan ayah mertua masing-masing walhal kami ni bukan banyak duit sangat pun nak membelanja keluarga mertua sakan. Yes, dia cemburu buta.

Sebenarnya orang sekeliling pun dah muak tengok perangai mak, cuma diaorang sabar je la sebab jumpa mak sekali sekala. Kadang ada juga aku tengok yang cuba berbalah which is spesis yang sama. Aku anak dia yang sentiasa nak kena layan kisah bawang dia kau rasa macam mana?

Tak dilayan kang dia kecik hati, terus bagi aku gelaran anak derhaka. Kalau mak cik bawang tu komen kat facebook kau senang je boleh block. Nak block call dari mak sendiri, sanggup? Mana berkatnya seorang ibu untuk aku?

Aku pun nak jugak masuk syurga di bawah tapak kaki ibu tu. Yang ada mak yang macam kitaorang je la yang faham peritnya ujian ni. Kata-kata yang tajam boleh menikam ibarat pedang.

Mak aku lebih hormat adik-adik aku yang banyak bagi duit ngan banyak bawak dia berjalan. Then kau nak kena beli restu mak kau dengan duit gitu? Padahal belakang diaorang dia dok complaint kat aku dah gi jalan-jalan tu tak best la, duit adik bagi tu jenuh nak kena habiskan la.

Boleh disimpulkan kat sini mak aku macam tak pandai bersyukur dan asyik serba tak kena. Kau bagi pun dia kutuk, kau tak bagi apatah lagi. Nilai restu yang dia nak bagi tu sangat payah kami nak dapat.

Kisah mak aku ni satu-satunya kisah yang aku tak pernah bercerita dengan kawan-kawan sejak dari dulu lagi sebab aku pun tau tak baik buka aib keluarga. Cuma sejak kebelakangan ni sedikit demi sedikit aku terlepas cakap dengan keluarga ipar duai sebab aku dah penat pendam rasa sorang-sorang.

Aku selalu jadi tempat dia nak sampaikan berita bawang dia. So aku kalau boleh nak bendung supaya aku tak hanyut dan menjadikan tabiat mulut aku sama seperti yang di bawa mak aku sejak dulu. Aku bercerita panjang kat sini je, bukan bawang live depan saudara-mara macam mak aku.

Aku pun dah lama menyepi kat dunia social media macam fb tu melainkan untuk urusan online business je. Dulu aku jarang dapat berkumpul dengan saudara mara sebab aku dok jauh seberang laut, sejak dah pindah ni aku takut nak bawak mak aku gi mana-mana family gathering lagi.

Alangkah indahnya hidup jika punya ibu bapa yang saling mencintai, penyayang dan manis budi bicara macam orang lain. Pun begitu Alhamdulillah aku bersyukur dikurniakan keluarga suami yang saling menyokong dan bahagia menjadi tempat aku berkasih-sayang, jauh beza hubungan mak dan ayah aku.

Ni belum aku masuk lagi details macam mana retaknya hubungan mak ngan ayah aku yang asyik bertekak setiap hari sejak kitaorang kecik lagi.

Yang benar,

Anak Bawang :

Mak Cik bawang yang ingin dielakkan semua orang itu mak aku sampai aku paranoid nak berkawan, tapi realitinya aku perit bila melalui semua sendiri.

– Anak Bawang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *