Perasaan Berada Di Ground Zero

Assalamualaikum. Ini adalah sequel cerita, (https://iiumc.com/kenangan-berkurung-di-negara-orang/). Syabas yang berjaya baca sampai habis, moga bermanfaat.

Sebelum masuk cerita baru, biarlah aku respon beberapa komen pembaca sebagai tanda menghargai jerih payah anda menaip. Hehe.

1. Aku gigih shopping! – Belum lagi cerita student nak balik habis. Korang pernah dengar orang ‘tapau’ meja? Sesetengah student Mesir akan tapau sejenis meja plastik ni. Very convenient tapi takde jual di Malaysia. Sanggup angkut berat2 bawak balik. Siapa buat, cepat ngaku sebelum aku tag!

2. Asal berani sangat? – Sebab rakyat Mesir yang aku kenal sangat respect pelajar Malaysia. Selagi jaga adab susila dan hormat dorang, InsyaAllah dorg tak niaya aku. Tapi tak nafikan ada juga perangai dajjal..

3. Cerita detail gila – Sebab kenangan ni sangat berbekas dalam diri aku. Banyak bentuk cara aku berfikir dan menilai situasi. Benarnya ada yang aku dah start lupa dan terpaksa Google balik beberapa fakta.

4. Macam ‘cerita’ – Sis rasa aku reka eh? Takpe aku tak ambik hati. In-fact ada ribuan, jutaan kisah menarik student Mesir ni cuma diorang tak tulis..

5. Perempuan solat Jumaat? – Ya, boleh. Di masjid2 besar biasa ada jemaah perempuan.

6. Cerita aku bernada kurang sensitif terhadap kepanikan kakitangan perubatan. Maaf kalau ada yang rasa gitu. Sebenarnya confession tu aku tujukan pada kita2 yang pakat panic buy, warga kerja yang lari balik kampung bila dapat cuti kuarantin..

Aku nampak kita takut sangat dengan istilah ‘lockdown’ aka ‘berkurung’, so i told my story supaya anda faham benda tu takde apa pun…ok je asal kita ikut arahan pihak berkuasa.

Perasaan sebenar aku CEMAS macam korang semua sedara-sedari. Kalau korang baru cemas sekarang, aku cemas dari Januari masa mula dengar wabak ni. Sebab apa? Korang ingat tak SARS tahun 2003? Sorang jururawat Singapore meninggal pada Hari Ibu akibat SARS.

Peristiwa tu berlaku masa remaja tapi aku sedih sampai sekarang. Pilunya nurse tu berjuang bantu orang lain akhirnya dia terkorban sendirian tanpa keluarga di sisi. Sedih anak2 dia ibu pergi pada hari istimewa…sobs~

Dah la. Berair mata aku.

So bila dengar koronavirus ni adik-beradik SARS, aku start panik wei.. Aku follow berita tiap2 hari, berharap kerajaan tutup sempadan, tapi endingnya dia masuk juga ke Malaysia. (Ada hikmahnya tak tutup sempadan. Sekarang China balas budi)

Aku mengajar sekolah agama petang di Area B, satu kawasan antara KL dan Selangor (Kita hormat keputusan kjaan taknak umum kawasan wabak. So aku panggil Area B je K..) Permulaan gelombang kedua, Area B jadi ‘ground zero’ atau pusat wabak yang mana penduduk jatuh sakit bersilih ganti.

Hampir setiap hari dapat wasap orang sekian positif Covid. Murid sekian dijangkiti. Kelas sekian dikuarantin. Sekolah sekian tutup untuk disinfeksi. Parent sekian dalam kuarantin tapi hadir meeting PIBG. Eh macam2…

Benda ni tak masuk media, sebaliknya jabatan kesihatan terus inform pihak terlibat. Kami sekolah2 dalam satu kawasan harus la share sesama sendiri.

Aku tau ni bukan fake news sebab pengumuman dari atasan sekolah terlibat. Dipanjangkan oleh guru atau parents. Yang siap reveal nama pelajar pun ada.

Aku tertunggu2 bila masa kerajaan akan suruh tutup sekolah? Sekurang2nya tutuplah di Area B ni sebab dah banyak sekolah terjangkit.

Walaupun sorang murid je kena, tapi kau rasa dia berjalan2 tak dalam sekolah tu? Bertegur sapa dengan kawan dan cikgu tak? Mesti la kan. Ni bila ada kes, mereka cuma kuarantin kelas. Kelas lain jalan macam biasa.

Kalau taknak tutup sekolah, at least umumkan kawasan wabak ke.. Biar penduduk tahu dan alert. Ni bila tiada pengumuman, semua watlek watpis je la. Seram weh, seram mikior orang kiri-kanan, murid sendiri ke, mungkin bawa virus tapi takde siapa tahu. Kerja kena kerja, dah kjaan taknak tutup sekolah.

Dalam masa yang sama murid kelas aku ramai sakit. Ada yang MC on-off dari awal tahun. Ada yang batuk2 lama. Ada yang berkahak merah2 mata. Diorang ni tetap datang sekolah, dan aku hanya berdoa diorang bukan sakit sebab Korona.

Aku setuju dengan sis yang kata kerajaan agak lambat bertindak. Ya, dalam isu ni aku setuju. Sebab wabak bukan hal politik boleh uturn return dalam satu malam. Dah terbukti wabak ni fatal di negara lain, apa nak tunggu lagi kan?

Cuma aku lega bila dengar jabatan kesihatan datang ‘cuci’ premis yang dijangkit. Sekurang2nya tahulah mereka bekerja di belakang rakyat.

Kenapa nak sembunyi sangat, kenapa lambat sangat, ada la reason diorang sendiri yang aku di level marhaen ni tak nampak.

Dekat2 cuti, dapat makluman wabak dah sampai ke Sekolah C. Sekolah C ditutup untuk kuarantin. Ada murid kami belajar pagi di Sekolah C. Masalah dengan parent dia tak paham kuarantin. Bila sekolah pagi tutup, dia hantar anak ke sekolah petang. Sekolah kamilah!

Panik sampai ke boiling point menyebabkan aku terus buat keputusan sendiri. Aku kempen ke parents kelas aku supaya cutikan anak masing2. Takde la aku perintah jangan hantar anak. Cuma aku buat dorang risau lalu hasut cutikan anak. Hahaha..

Dalam hati takut gak memandai2.. Ready je la kalau jadi isu biar aku tanggung. Alhamdulillah sampai sekolah tutup, takde isu berbangkit. Habis la fasa panik aku.

Dari awal cuti memang tak ke mana. Orang datang rumah pun aku tak campur. Rasa seram sendiri kalau2 aku berkuman… sebab sejarah aku berada di Area B kan.

Syukur akhirnya kerajaan isytiharkan sekatan. Mungkin haritu pening lalat dengan peralihan jawatan. Maafkanlah diorang. Moga2 sekatan ni sempat tahan bencana dari membesar.

Aku baca doktor2 kat Wuhan kesian sangat. Ada yang meninggal kepenatan, ada yang muka melecet pakai mask terlalu lama. Yang rehat bergelimpangan atas lantai hospital. Yang dehydration takbleh minum dalam sut. Yang meninggal sebab Covid sendiri..

Korang nak ke situasi ni menimpa kakitangan kesihatan kita? Korang rasa mereka manusia macam kita tak, perlu rehat, ada keluarga.. Kita sama kan?

Kalau kita degil pergi jumpa orang dan sebar kuman, lambat-laun hospital akan collapse. Negara kena total lockdown. Tu baru betul berkurung yang korang takut sangat..

Satu lagi aku pernah baca sebelum ni, rawatan wabak ditanggung percuma oleh kerajaan (maaf kalau silap). Let’s say beribu pesakit kerajaan tanggung free, mau fakir Malaysia. Kau jangan bisinglah lepas ni susah nak hidup.

Nauzubillah moga dijauhkan.

Ok Malaysia, jom hadkan pergerakan. Banyakkanlah taubat dan mohon Allah angkat wabak. Yes we can do this!

– Hani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit