Sedih, kadang kadang kesian.
Umur masing masing dah lanjut, tapi masih lagi bekerja bagi menampung perbelanjaan sebuah keluarga. Pagi pagi lagi selepas solat Subuh dah kena check in masuk kerja. Di kala kita semua masih nyenyak dibuai mimpi, golongan ini sudah pun memulakan kerja mereka.
Sedih aku tengok pagi pagi sebelum mulakan kerja kerja pembersihan yang lain, mereka akan geledah tong sampah dahulu takut takut ade rezeki tambahan. Mereka geledah hanya untuk mencari tin tin minuman, botol botol air untul dijual sebagai side income mereka. Mungkin hasilnya tak seberapa tapi bagi mereka, tak seberapa itu la sangat bermakna.
Point aku menulis di sini sebenarnya nak menyeru pelajar pelajar yang lebih bernasib baik, yang waras akal pemikirannya supaya sekurang kurangnya asingkan la tin minuman dan botol air selepas minum. At least letak sebelah tong sampah supaya tidak perlu makcik makcik ini geledah tong sampah yang sedia maklum tidak la begitu bersih pun, dengan lendir dan sebagainya.
Aku mohon, ringankan la beban mereka, insyaAllah Allah akan balas budi dan kebaikan kamu di kemudian hari. Sama sama kita membantu antara satu sama lain. Syukran atas 3-4 minit kalian.
Mintak tolong admin approve pretty please.
– broprihatin