girlfriend hot vs isteri solehah

Salam. Aku harap admin approve la confession aku ni. Kalau tak, buat penat je aku taip panjang-panjang. Dulu aku seperti kebanyakan lelaki yang lain, aku inginkan girlfriend yang hot, yang boleh dibanggakan depan kawan-kawan aku, family. Takdir Allah mempertemukan aku dengan seorang gadis yang agak hot jugaklah. Aku ni agak hot jugak. Sebab tu awek hot berkenan kat aku. Hahaha. Bajet gila kan. Berbalik kepada cerita tadi, awal percintaan kitaorang, tak dinafikan aku happy. Sape tak happy weh dapat awek hot. Body mantap. Muka cantik. Tapi semakin lama hubungan aku dengan dia, aku mula sedar perempuan macam ni tak boleh dijadikan bini. Satu, TAK TUTUP AURAT. Awek hot ni memang suka lelaki tengok badan dia. Kau sanggup ke nak tanggung dosa dia pas kawen nanti? Dua, TAK BERSIH. Awek aku dulu suka simpan kuku panjang sebab nak cat kuku. Kau nak ke kuku isteri kau panjang, basuh berak pun mungkin tak cuci. Yelah. Nak jaga kuku punya pasal kan. Tiga, TAK JAGA SOLAT. Ex aku suka mekap. Selalu tak solat sebab taknak mekap rosak. Dan banyak lagilah sebenarnya benda aku tak suka pasal dia. Hahaha. Lama-lama, aku nekad tinggalkan dia. Sebab perempuan macam ni tak boleh dijadikan isteri atau ibu. Mula daripada saat tu, aku berazam untuk jadi lelaki yang lebih baik. Sebab aku selalu percaya dengan janji Allah yang kalau aku nak dapat perempuan yang baik, aku kena jadi baik. Nak dijadikan cerita, dalam proses penghijrahan aku tu, Allah takdirkan aku jumpa seorang perempuan. Cantik, tapi tak se hot ex aku. Bila dah mula mengenali hati budi dia, dia ajak aku nikah gantung sebab taknak terusan hidup dalam dosa ( texting, dating, cakap phone). Aku terima cadangan dia dan alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh Allah, aku selamat bernikah dengan dia. Sekarang, dah setahun kitaorang kawin dan aku sangat sangat bahagia. Dia tak se hot perempuan lain, tapi dia ada terlalu banyak keistimewaan lain yang aku percaya susah nak jumpa pada perempuan lain. Aku bahagia dengan dia. Dia periang orangnya, selalu buat aku ketawa, tu yang penting! Ex gf aku walaupun hot tak mampu nak bergurau dengan aku. dia seorang yang sangat baik akhlak dia. Terlalu banyak kebaikan dia kalau aku nak tulis satu-satu. Salah satu benda yang aku rasa ada pada dia dan susah nak jumpa pada orang lain, dia faham erti nikah gantung, di mana, aku masih belum ada apa-apa tanggungjawab pada dia. Dia tak pernah demand apa-apa dengan aku. Malah tiket bas rapid pun dia bayar sendiri. Boleh katakan semua benda bayar sendiri. Dia faham aku jugak pelajar macam dia, masih belum ada duit. Sedangkan perempuan lain yang bukan bergelar isteri pun dah pandai demand macam-macam pada boyfriend dia. Nak makan tempat mahal lah, nak barang branded lah. Tapi isteri aku ni tak. Dia langsung tak bebankan aku :( isteri abang, terima kasih untuk semuanya. Sungguh aku bahagia menjadi suamimu. :( untuk lelaki yang belum berkahwin, please jangan jadikan hot tu perkara utama waktu korang nak pilih calon isteri. Tak tahan lama pun hot tu. Percayalah cakap aku. Doakan kami bahagia dunia akhirat ye.

– lelakibahagia

CREATE A POST