Malam Jumaat Keliwon

Assalamualaikum.

Ni kisah aku. Kejadiannya berlaku 2 tahun lepas di asrama. Well cliche sangat kan hantu asrama? Tapi ni lain. Kisah aku dan roommate (Jennifer). Dipendekkan cerita aku tinggal berdua dengan dia. Ya, dua orang satu bilik. Satu rumah ada 4 bilik. Hostel kami ni macam apartment. Ada 4 tingkat pakej sekali dengan lift. Bilik kami betul2 bersebelahan dengan tandas, bilik ampaian dan juga pintu masuk utama.

Satu malam aku dan Jeniffer (bukan nama sebenar) lepak berdua kat bilik. Malam tu agak panas, so Jennifer ngangakan sikit pintu biar angin masuk. Takde la terperap je bilik tu. Kami bergossip pasal classmmates masing2. Ada sorang classmate tu gatai mengela nak kahwin tapi tak ada siapa sudi. Ada sorang tu sembang kemain tinggi tapi bila melatah tedia terkeluar mok pok hang tokwan hang. Segala hang jebat hang kasturi dia sebut. Kemain kami bergossip sampai tak sedar dah pukul 2 pagi. Yang sedapnya esok tak ada kelas. Tu yang berhuha huha tu. Budak Jennifer ni pulak kalau gelak jenis yang suka pukul2 orang. Tak dapat pukul orang, pukul dinding pun jadi. Teghuk perangai. Nasib aku tak dipukulnya.

Tiba2 perhatian kami diganggu oleh satu sosok yang asyik mundar mandir di pintu. Kami tegur, "Oi masuklah oi. Tak baik curi dengar". Tapi takde yang menyahut. Kemudian dia mundar mandir lagi dan Jennifer tegur, "Weh masuklah, join kami gossip". Pun tak menyahut. Kami tak nampak muka dia dengan jelas disebabkan pintu ternganga secipud je. Cuma nampak sosok jelah. So, kami rasa housemate la tu kot saje nak gurau2.

Tapi si Jennifer ni tak puas hati. Dia turun dari katil dan menjengah ke luar. Dia nak tau jugak siapa yang mengintai kitorang tadi. So aku tunggu je dalam bilik, malas nak ikut. Tak lama kemudian dia masuk semula ke bilik. Terus kunci pintu. Pastu baring kat atas katil dan tarik selimut. Aku tanya dia dah kenapa. Dia cakap tak ada siapa pun kat luar. Semua dah tidur. Dia ketuk pintu bilik housemate sorang2. Tak ada siapa menyahut. Aku tengok jam. Ye tak ye jugak, dah pukul 3 pagi. Siapa pulak yang berjaga kan. Fyi, housemates aku jenis yang tidur awal. Dalam rumah tu cuma aku dengan Jennifer je yang suka tidur lambat. Seram shit! Malam tu kami tidur tanpa tutup lampu. Terang menderang. Masing2 tarik selimut. Dan waktu tu jugak aku terbau sesuatu. Tapi aku tak bagi tau Jennifer, aku tau dia takut.

Esok pagi, kami tanya housemates sorang2 siapa yang pergi bilik kami malam semalam. Dan seperti yang dijangka tak ada. Dorang semua tidur awal. Aku dan Jennifer malas nak panjangkan cerita. So, kami tak cerita apa yang jadi malam semalam. Biar rahsia kami berdua.

Jadi, aku capai tuala dan baldi untuk mandi bersihkan diri. Aku masuk ke tandas. Dan aku ternampak sesuatu yang merungkai segala misteri semalam. Aku keluar balik bergegas mencari Jennifer dan housemates yang lain.

"Woiiiiii siapa berak tak flush ni?" Dan salah seorang housemate bernama Mariah (bukan nama sebenar) mengaku. Dia kata dia terlupa nak flush semalam kerana rushing keluar tandas. Aku tanya kenapa yang rushing sangat? Dia kata tengah syok dia membuang hajat tu dia terdengar ada orang ketuk2 dinding kacau dia. Lehnet. Aku dengan Jennifer menahan marah at the same time nak tergelak! Rupa-rupanya sosok yang mundar mandir semalam tu milik Mariah. Dan bau pelik malam semalam tu najes dia. haihhh Mariah ni penakut sangat orangnya, baru dengar bunyi dinding kena ketuk sikit dah lari lintang pukang sampai meninggalkan najes yang tidak di flush. Padahal sebenarnya bunyi dinding tu Jennifer yang ketuk dek gelak terlalu sakan semalam.

Sebenarnya point kat sini jangan terlalu paranoid. Asalnya aku tak ada lah terlalu paranoid, tapi terikut sama. Aku selalu dengar cerita kawan aku setiap malam stay up study dengar bunyi pelik2. Bunyi orang alih meja la, goyang kerusi la, main keyboard laptop la. Laaa kamonnnn kita hidup kejiranan ni of course ada bunyi2 yang macam tu. Kalau tak rumah sebelah mesti rumah atas. Kalau bukan rumah atas mesti rumah bawah. Kalau bukan rumah bawah, tu housemate kau yang berak. Tak lain tak bukan. hahahahahahahaha pengajarannya, kita jangan takut dengan benda2 halus ni lebih dari Allah. Ingat, semua benda ni ciptaan Tuhan. Kadang tu aku pelik dengan orang yang terlalu takut dengan benda2 ghost ni lebih dari Tuhan. Solatnya tak jaga, mengaji pun tak. Bila takut baru terkeluar macam2 surah, segala macam ayat. Tapi bila waktu senang? hmmmmm renung-renungkan

Sekian….. mohon jangan bash

– Katy Berry

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *