Stabaz 2015

Assalamualaikum.

Ini hanya lah pandangan dari seorang insan biasa. Pertama-tama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua komiti yang terlibat dalam menjayakan stabaz pada tahun ini. Sejujurnya dari saya, Stabaz kali ini jauh lebih baik berbanding semester2 lepas, dari segi jumlah staller, kedudukan kedai dan juga aktiviti2 yang dilangsungkan. Bahagian kedai makanan dan juga jumlah meja yang telah disediakan sangat memuaskan hati saya. Cuma diharap selepas ini dapat juga ditambah khemah atau payung agar pengunjung dapat menikmati makanan di situ walau hari hujan.
.
Selain itu, Jumlah stall pakaian2 perlulah dikurangkan agar kesemua peniaga yang terlibat mendapat keuntungan setimpal. Terlalu banyak stall yang menjual barang yang sama merugikan peniaga. Tidak berguna kalau banyak stall tapi tiada pengunjung. Dengan itu bagi saya cukuplah menjemput sekadar dalam sejumlah 20 kedai pakaian/barang.
.
Kedudukan pentas mungkin perlu diletak di bahagian depan stabaz, atau bahagian tengah antara kedai2. Ini hanya cadangan. Kedudukan di belakang sedikit menyuramkan kawasan pentas. Khemah berbumbung dan jumlah kerusi juga seeloknya ditambah agar lebih ramai peserta. Komiti juga perlu lebih bekerja keras dalam menarik pelajar, ibu bapa, komuniti Uia, seperti lec, cleaner, dan staff untuk hadir ke Stabaz.
.
Antara kekurangan lain yang saya nampak adalah apabila stall makanan diletakkan di bahagian atas, sesetengah pelajar tidak berjalan dibahagian bawah kerana fokus utama mereka adalah mencari makanan. Selesai membeli makanan mereka terus pulang.
.
Mungkin komiti2 stabaz bolehlah mempertimbangkan mana2 kelemahan yang saya sebut agar stabaz tahun hadapan lebih meriah.
.
Terima kasih

– Pemerhati

CREATE A POST

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *