Mama dan Abah

Sorry sebenarnya page confession ni kadang-kadang buat aku annoyed. Semorang tulis perasaan tah hape-hape.

Tapi semenjak dua menjak ni sayu baca. Kena pulak tengah ada problem.

Dari kecik tak rapat sangat dengan Mama. Tapi aku sayang mama. Walau mama sebat ke cubit ke bebel ke, tak pernah kurang sayang mama. Walaupun aku selalu sangat lawan cakap mama before ni, tapi sekarang aku sedar, lawan cakap mama buat mama lagi jauh dari aku. Aku kena diam dan akur. Telan dan terima. Belajar dulukan dia dari aku. Alhamdulillah hubungan aku dan mama bertambah baik semenjak kebelakangan ni.

Abah. My first love, my first hero. Abah segala-galanya bagi aku sebab dari kecik tak rapat dengan mama. Masih ingat lagi pagi-pagi abah anta pergi sekolah, abah selalu cakap benda positif. Umur 7 tahun, abah dah belikan tshirt Universiti, pesan 'nanti dah besar masuk Uia ye nak'. Ye abah, saya dah dalam uia sekarang. Sebab abah. Abah buat saya usaha untuk berada disini.

Tapi sekarang ni, bila dah besar, aku tak suka sangat bergantung kat parents. Aku nak belajar hidup berdikari. Aku tak suka abah kena keluar duit sebab aku. Tapi abah aku pulak respon negatif. Dia mula menjauh. Kalau dulu sehari tiga empat kali mesti dengar suara dia, sekarang tiga hari sekali pun tak tentu.

Aku takda niat nak kecilkan hati dia. Niat aku cuma nak ringankan beban dia. Kenapa dia menjauh. Memang sekarang hubungan aku dengan mama dah baik. Tak macam dulu. Tapi aku tetap rasa kosong tanpa abah.

Abah, kakak mintak maaf. Kakak takda niat nak sakitkan hati abah.

Aku rindu abah. Tapi setiap kali aku approach, abah dah tak macam dulu. Seminggu duduk rumah, tak sampai berapa kali pun nampak abah senyum. Abah asyik jeling.

Apa sebenarnya bah. Apa yang abah rasa…

Maafkan kakak.

– AnakSulung

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *