Manusia Toksik Perlu Pemahaman

Assalamualaikum. Kalini nak share pasal manusia toksik dan apa yang mereka perlukan untuk berubah jadi baik.

Mereka perlukan pemahaman yang betul. Kerana pemahaman ada dua, betul dan salah. Pemahaman yang salah boleh bawa akibat buruk dalam hidup baik dekat diri sendiri atau kepada orang lain.

Pemahaman yang betul, bila kita dulu pernah jadi mangsa (buli, toksik, kena palau, zalim, aniaya dll) jangan kita lepaskan benda yang sama dekat orang lain.

Sekiranya tak pernah “kacau” hidup kita. Kalau nak lepaskan sangat carilah pelaku yang pernah buat kita dulu.

Apa akan jadi kalau orang yang tak bersalah jadi mangsa? Orang itu mungkin balas dendam dengan lebih teruk dari yang kita pernah hadap sebelum-sebelum ini.

Sebab orang itu dah ada masalah sendiri kita pula tambah masalah baru, jadilah 2 masalah yang mana masalah-masalah tadi dia lempar balik dekat kita sampai kita sakit teruk dan insaf (itu tergantung izin Tuhan juga).

Pemahaman yang salah, orang lain tak bersalah kita anggap objek untuk lepaskan masalah dan kalau orang itu ada ciri-ciri yang sama macam pelaku (yang buat bukan-bukan dekat kita) sebelum ini.

Padahal orang itu baik-baik dengan kita. Lagi teruk kita play victim, cipta prinsip “don’t trust anyone” seolah-olah semua orang selain diri dia adalah salah.

Dekat sini timbul sifat ego, rasa diri sendiri paling benar, terpaling tak pernah buat salah, tak boleh terima kebaikan orang dan anggap semua orang sama.

Akibatnya sedikit demi sedikit orang jauh daripada kita. Bila kita ada masalah, siapa pun susah nak tolong. Kau ibarat dah jadi seekor singa tersepit dalam parit, bila orang dah selamatkan kau, kau baham pula orang itu sampai mati.

Ambil hikmah daripada kejadian2 lepas. Itulah tanda2 kekurangan diri kita supaya selepas ini kita tak jadi besar kepala, ego, keras hati, dan kasar.

Siapalah kita nak hukum orang, siapalah kita nak balas dendam, siapalah kita menidakkan kebaikan orang, siapalah kita nak menerakakan orang.

Duduk dalam circle baru, life baru, tempat baru, berbaiklah dengan orang lain dan jauhkan diri dari orang yang TERBUKTI jahat. Bukan guna andaian semata-mata. Itu nafsu.

Bisikan syaitan nak buat kita bermusuh dengan hamba2 Allah.

Wallahu a’lam.

– Danisy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *