Rakan Sekerja Kaki Kipas Dan Kerja Pula Suka Di Kipas

Assalamualaikum semua. Ini pertama kali saya buat luahan kat media sosial. Saya bukan jenis suka update apa-apa di media sosial sebab saya rasa macam tak perlu.

Tapi kali ini saya betul-betul tahap jiwa da tak kuat. Rasa nak luah pada seseorang tapi saya tiada tempat untuk meluah.

Mesti ada yang cakap luahlah pada sang pencipta yang maha berkuasa.

Betul. Itulah yang saya lakukan tiap hari. Saya teringin nak tengok kirafah mereka depan mata sebab hati saya da sakit sangat.. Ya Allah.. Cumanya saya rasa nak share juga cerita saya kat sini.

Ini semua tentang tempat kerja dan rakan sekerja yang kaki kipas dan ketua yang suka di kipas. Hmm.

Saya bekerja di sebuah syarikat k. Staff tak ramai pun. Tapi toxic tu tetap ada bila ada yang pilih bulu.

Kisahnya bermula sejak si kaki kipas mula dengan teknik belikan makanan untuk si ketua, bagi hadiah, belikan itu ini . Nampak layanan ketua da makin special pada si kipas.

Saya okey je. Mungkin si ketua rasa dihargai. Tapi lama ke lamaan si ketua da langsung tak nak bertegur dengan saya. Saya betul-betul tak tahu kenapa.

Pernah sekali si ketua buat makan-makan semua dijemput kecuali saya. Boleh kata saya macam di palau tanpa sebab yang saya ketahui.

Budaya palau makin membarah. Sampai saya kena melangkah sendiri. Semua maklumat si ketua tak sampaikan pada saya. Bila saya tak tahu tentang sesuatu maklumat. Sayalah yang akan dimarahi oleh pihak atasan.

Mula-mula saya pendam dan senyap. Berbulan-bulan saya diam dan diam. Lama-lama diam saya terpamir melalui action. Saya terhempas satu barang tanpa sedar. Seriously reflection action hasil hati yang da lama sakit.

Tetiba si ketua tengking saya depan semua orang. Kata saya ni biadab.

Sedangkan tindakan mereka palau saya, marah saya depan semua orang, mengata dan kutuk saya belakang saya adakah semua tu tak biadab? Saya betul-betul stress. Allah saksi bertapa sakitnya hati saya.

Saya cuba berbaik walaupun saya tahu mereka terus menerus burukkan saya. Saya cakap pelan-pelan untuk berbincang apa yang dia tak puas hati dengan saya.

Terus si ketua maki hamun saya macam saya tak de harga diri. Maruah saya sebagai manusia seperti di henyak-henyak macam tu je.

Saya hanya diam. Diam saya bukan bererti saya bodoh dan terima perbuatan dia tapi saya tahu kalau saya bersuara dia akan makin angin dan terus maki saya tanpa henti.

Okey back kepada si kaki kipas. Sekarang dia makin rapat dengan atasan. Mana tak ye. Sampai makanan orang atasan pun dia sanggup belikan. Siap tanya nak makan apa-apa tak.

Manakala, saya tak pernah buat macam tu sebab focus saya adalah kerja saya. Saya bukan kaki kipas. Saya buktikan ketulusan saya melalui hasil kerja saya.

Tapi tetap orang-orang akan tengok pada si kaki kipas yang pandai ambil hati melalui pemberian segala benda. Saya? Saya tak mampu nak buat semua tu.

Saya terfikir untuk berhenti sebab mental saya sakit. Saya datang kerja buat kerja dengan keadaan toxic di palau tanpa sebab yang saya tahu. Di maki, dan di maki. Mental saya da tak kuat.

Tapi ekonomi saya sangat down. Apa yang perlu saya buat? Terus bekerja walaupun mental makin sakit? Berhenti walaupun ekonomi sedang down?

Terima kasih yang sudi baca luahan berjela saya ini. Terima kasih juga pada admin yang siarkan luahan ini.

– Rahsia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. brhnti je la…dr mental ko jd lg terukkk,smpai bila ko nk hadap dgn org yg mcm tue…cr la krja kt tmpt lain…moga d permudahkn urusan ko…

  2. izinkan saya berkongsi pengalaman saya. Sebelum ni bekerkerja di tempat yg okay. Rakan sekerja okay tapi majikan (suami isteri) yang toksik. Siksa mental dan fizikal setiap hari + kalau ada event (tanpa OT) lagi bertambah stress. Saya ambil keputusan utk berhenti tanpa backup kerja. Berbekalkan simpanan yg tak seberapa saya gigih pergi iv sana sini. Alhamdulilah dapat tempat kerja yang lebih bagus, gaji lebih tinggi dan majikan yang saling menghormati perkerjanya. Saya doakan awak dipermudahkan urusan dan dilampahkan rezeki seluas lautan.

  3. Dngr kelas prof muhaya, belajar skill kehidupan. Semoga awk bertemu jalan keluar & dipermudahkan urusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *