Masih Sekolah Dah Gatal

Pada suatu hari yang dingin, aku pergi sekolah macam biasa. Tiba-tiba cikgu Ramli ni panggil aku ke bilik dia. Dia tanya aku ada boyfriend ke. Eh apehal kan?

Hello semua. Panggil je aku Putih. Sebenarnya kulit aku gelap, saja nak naikkan self esteem, jadi aku suka orang panggil aku Putih walaupun muka je putih, tangan hitam. Kahkah dah macam iklan yob. Umur 35. Yela tua dah, tapi sebab badan aku kecik renek ulala, so tak berapa nampak ketuaan aku ni.

Apa aku nak cerita ni berkisar zaman sekolah dulu. Sebab sekarang banyak kisah pasal perampas. Aku nak cerita macam mana aku sendiri dituduh perampas laki orang. Banyak-banyak benda, dituduhnya aku merampas laki dia. Nauzubillah. Tuduhla rampas mcd kau ke, ayam goreng cheese ke, haih.

Sejak Tingkatan Satu, aku tak ramai kawan perempuan. Kenapa? Sebab aku tomboy. Boyish. Tapi bukanlah sampai songsang. Kawan aku ramai lelaki, termasuklah pakcik guard, abang dewan makan, pakcik cleaner, dan sehinggalah cikgu lelaki.

Dengan cikgu perempuan aku kawan jugak. Tapi lagi ramai cikgu lelaki. Kenapa?

Sebab aku banyak pegang jawatan dalam tingkatan, sampaila Tingkatan Enam. Aku Ketua Pengawas, Ketua Pelajar, dan sebagainya. Yang mengetuai sekolah, cikgu displin, cikgu kelab debat, cikgu sukan, kebanyakannya cikgu lelaki, so sebab tu la aku ramai kawan dengan cikgu lelaki.

Amboi kau, kawan dengan cikgu lelaki. Kata mulut puaka makcik sebelah rumah. Masa tu zaman pergi sekolah, balik sekolah, jadi berkawan tu maksudnya banyak pasal sekolah, pertandingan itu ini, tu je. Kalau berkawan istilah zaman sekarang ni, melepak kedai kopi hipster, jalan dalam mall, ha tu takpelah kau nak bawangkan. And aku tahu halal gap.

Berkawan dengan cikgu banyak kelebihan. Aku tak bijak mana, selalu berdebat je lebih, tapi cikgu ni banyak bantu. Buat kelas tambahan. Aku dengan kawan2 rajinlah pergi kelas tambahan ni sebab kadar ke diri, kata orang kampung koi. Dahla tak cerdik mana, so tak boleh la pemalas kang mak aku katok dengan kerusi malas dia.

So nak dijadikan cerita, ada cikgu baru masuk. Dia ajar Ekonomi Asas Rumahtangga Mak Kau Hijau. Tak tak, Ekonomi Asas. Eleh kau, relaxlah baca ni kena tenang-tenang. Okay cikgu ni ajar kelas aku. Cikgu Ramli nama dia. Garang jugak suka katok siku orang. Ayat paling aku ingat adalah satu frasa kos lepas, ‘nak mendapatkan sesuatu, kena melepaskan sesuatu’, ah sesuatu sangat ayat ekonomi ni.

So aku ni suka belajar ekonomi ni, dia taklah sekejam add marh, sorry aku kureng sikit bab mengira. Tapi bab teori, hafal fakta, bagi aku. Aku cop. Kau ambik math. Kau la kau, yang tengah baca ni. Haha. Okay gurau.

So lama kelamaan, cikgu Ramli ni macam sedar kelebihan aku pasal ekonomi asas ni. Actually ada mengira jugak tapi connected to fakta so aku suka subjek ni. Nice. Keraplah dia point aku untuk subjek ekonomi ni. Siap lantik aku lead untuk presentation kat kelas lain.

Haah, kena present dekat kelas lain untuk certain topik. Kira macam study group besar-besaran gitu. Aku takde hal la kan dah aku suka, sampai cikgu pendidikan seni aku jealous sebab aku makin teruk melukis, sibuk dengan ekonomi asas je haha sorry cikgu seni.

Pada suatu hari yang dingin, aku pergi sekolah macam biasa. Tiba-tiba cikgu Ramli ni panggil aku ke bilik dia. Dia tanya aku ada boyfriend ke. Eh apehal kan. Aku pun cakaplah mak aku marah, tak bagi. Dia gelak. Aku tengok sampai henjut bahu dia gelak, amboi bukan main suka dia dengar jawapan aku. Sekali dia tanya, kalau ada cikgu suka aku, aku macam mana.

Ek eleh cikgu ni, sekali aku lesing. Aku diam and cakap tak berminat and nak bangun nak blah, sekali dia macam serius beb, and suruh aku duduk. Dia diam hela nafas and cakap dia suka aku. Aku diam la, yela suka apa nya, ramai je cakap suka kawan dengan aku.

Dia cakap suka macam suka as a girlfriend. Ah sudah. Apehal kan. Aku diam and blah. Sejak haritu, cikgu Ramli dah tak bercakap dengan aku. Dia pilih kawan aku untuk lead untuk subjek ekonomi. Aku takpe je, tenang je sebab takde rasa apa. Cuma rasa tak syok la kan.

Cikgu Ramli pelik, kejap dia macam okay, kejap dia tak bercakap dengan aku. Masa tu tak ada whatsapp lagi, kadang dia sms aku. Biasanya aku tak balas sangat sebab aku pelik apehal cikgu ni. Apooo. Masa tu aku kan budak lagi.

Sampaila masa tu raya, dia tanya rumah aku dekat mana. Aku bagitahu la, and yes dia datang. Dia bagi duit raya banyak jugak. And ada kad raya bunyi-bunyi tu. Lepastu diam berhari-hari tak sms aku.

Sampaila nak dekat final exam, cikgu BM aku panggil aku. Dia tanya sambil pegang tangan aku, awak ada affair ke dengan cikgu Ramli? Eh apooo, terus aku jawab takde la. Dia cakap isteri cikgi Ramli datang sekolah dan cari siapa ketua pelajar perempuan. Katanya perampas suami dia.

Allahuakbar, aku langsung taktahu cikgu tu dah kahwin, anak dah lima beb, isteri dia baru je bersalin anak ke lima tu. Muka aku pucat toreh tak berdarah. Bukan sebab aku bersalah, tapi aku takut mak aku tahu pasal ni.

Aku pun jujur dengan cikgu BM aku ni, aku tunjuk sms cikgu Ramli tu di mana aku tak balas sangat. Aku tunjuk juga berapa banyak misscall yang aku tak jawab. Cikgu BM aku ni nasib jenis faham. Dia call semula isteri cikgu Ramli dan ajak jumpa aku sekali.

Jadi kami berjumpa. Isterinya bertudung labuh. Senyum dan salam. Dia peluk aku dan minta maaf sebab tuduh aku perampas. Dia dah tahu cerita sebenar, di mana suami dia yang banyak ganggu aku, bukan sebaliknya. Cikgu BM aku backup aku kaw2. Memang aku tak salah. Aku memang bukan melayan.

Kan aku cakap aku pelik cikgu Ramli tu kejap okay kejap tak. Rupanya isteri dia cakap dia ditukar ke sekolah aku sebab kes sama di sekolah lama dia. Dia ganggu pelajar perempuan. End up, cikgu BM report to Pengetua. Dan cikgu Ramli turut ditukar sekolah, sampai sekarang aku taktahu apa jadi dengan dia.

Ye, cerita dah lama tapi setiapkali aku baca pasal isu merampas dirampas perampas, aku teringat. Usia muda aku dah dituduh. Ape kau rasa jadi perampas eh? Aku yang dituduh ni pun rasa bengang. Yang memang terbukti perampas tu, jangan kau hairan esok lusa orang lain pula rampas hak kau. Apoo? Tak mustahil beb.

Saja aku cerita ni sebab macam syok pula bila ramai baca. Nanti aku cerita kisah lain kalau ada masa. Ni ada masa sikit sebab boss aku takde kahkah. Till then, bye bye.

– Putih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

error: Alert: Content is protected !!