Assalamualaikum pembaca semua. Tulisan ini adalah sekadar luahan hati yang terpendam selama ini. Bukan tujuan membuka aib sesiapa.
Nama aku Syaura. Aku berumur 30 tahun. Mempunyai 3 orang cahaya mata berumur 4 tahun, 3 tahun dan baby 5 bulan.
Aku mempunyai lulusan diploma dari ipta. Tapi Allah memilih aku menjadi suri rumah tangga menjaga anak aku yang comel-comel.
Aku dan suami tinggal di KL. Tapi suami meminta aku pulang ke kampungnya di negeri S untuk aku berpantang dan bersalin dirumah mentua. Walaupun banyak alasan aku bagi tapi aku terpaksa akur dan pulang ke negeri S. Maka awal bulan 12 aku pulang ke rumah mentua.
Keluarga di rumah mentua aku ada adik ipar, kakak ipar sekeluarga dan aku anak beranak, jadi kira kami ni big family lah kan.
Awal bulan pertama aku dirumah mentua kehidupan aku dan anak macam biasa. Semuanya ok belaka. Sampailah bermacam macam kejadian berlaku pada aku.
Untuk makluman keluarga mentua aku berlainan bangsa, jadi bahasa yang digunakan dirumah mereka lain. Kalau bercakap dengan aku mereka guna bahasa melayu.
Selama aku dirumah mentua, aku tak pernah masak untuk 1 family, aku pun faham kami lain bangsa, maka lain la air tangan walaupun masakan tu simple. Mak mentua aku akan bagi aku goreng ikan je. Lebih dari tu kakak ipar yang akan masak.
So kalau nak masak tu aku masak sikit je untuk kami anak beranak. Sebab ada aku pernah masak ikan rebus mak mentua aku cakap, “takde siapa yang makan ikan rebus tu”.
Aku diam jela, jujur aku tak terasa hati tapi lagi gembira sebab dapat makn dengan anak-anak. Kami kan big family jadi kalau nak masak tu memang kuantiti banyak. Ramai yang makan.
Bab barang dapur aku dan kakak ipar berkongsi duit. Kadang ada jugak aku topup sikit barang dapur yang dah nak habis. Itu takde masalah bagi aku.
Yang jadi masalah ialah mak mentua aku mesti menyibuk kalau ada aku beli apa apa untuk anak aku, contoh anak aku nak minum buah laici, so aku bukakan untuk diorang, jadi mak mentua aku pun sibuk tanya apa aku buat. Dah la ngam-ngam je untuk anak aku.
Kalau anak aku makan keropok sibuk mak mentua aku suruh share dengan anak kakak ipar.
Bila time gaji, mak mentua aku orang pertama yang akan tanya berapa gaji suami aku, dan berapa suami aku transfer duit. Sampai tahap tu ye mak mentua aku tanya.
Aku tak pasti mak mentua aku mungkin saja nak pancing aku atau apa niat dia aku tak tahu la kan. Sebab dia selalu minta duit kat aku. Walaupun tak banyak tapi kalau aku kira masuk buku dalam sebulan tu adalah dalam RM20. Kadang minta RM1 buat beli ais lah, kadang RM5 buat beli sabun.
Padahal aku dah bagi duit belanja semua tu. Ada je yang mentua aku akan beli tapi minta duit aku. Tapi aku ni bagi jela tak ada banyak bunyi. Malas nak bergaduh.
Makin lama makin kerap, bila mak mentua aku minta dekat kakak ipar dia lagi pandai bagi alasan katanya tiada duit belanja sekolah anak. Aku ni dah blur nak bagi alasan apa supaya mak mentua aku tak pinjam. Haihh susah jugak kan.
Yang paling sakit hati mak mentua pinjam duit untuk adik ipar aku isi minyak kereta dia. Adalah dalam RM10 atau RM20 macam tu. Aku la dia punya sasaran tempat pinjam duit. Kata nak ganti tapi sampai ke sudah takde pun ganti. Aku mampu diamkan jela hal ni.
Mak mentua aku siap cakap duit gaji adik ipar habis buat bayar hutang itu ini. Beli belanja. Padahal aku tak pernah ambil tahu duit tu
1 hari tu, barang cod shop** mak mentua aku sampai. Dah la masa tu tengah bulan, adik ipar belum gaji suami kakak ipar belum gaji jugak.
Jadi mak mentua aku pinjam duit aku. Masa tu aku ingat sikit je. Rupanya banyak juga, dan aku pun terlepas cakap ada duit emergency.
Mak aku ni pun mulut manis bagai pinjam duit aku. Bila nak ganti duit aku tu mak mentua aku cakap”mak dah beli lauk (ikan) kira mak dah ganti la duit kamu tu ye”.
Dalam hati aku tu geram sangat kalau aku tahu macam tu baik aku tak payah bagi pinjam. Allah je tahu perasaan aku masa tu. Dah la duit suami je yang aku harap, mak mentua pula buat aku macam tu. Aku tak sangka la mak mentua aku sanggup mainkan aku.
Bab lain pula, macam bil api air pun mak mentua aku bising. Kata aku anak beranak banyak pakai api. Yela aku ni jarang keluar pergi pekan. Masa aku banyak di rumah. 24 jam mak mentua aku cakap aku membazir.
Padahal tiap petang aku akan ambil angin kat luar rumah, jadi masa tu lah kipas berehat. Kakak ipar aku lagi guna banyak elektrik sebab bilik dia pakai aircond.
Bab air pula kat sini tiap minggu kami bayar air, kalau tak bayar tak dapat air. Aku selalu mandikan anak aku. Memang aku takkan biarkan anak aku mandi sendiri.
Basuh baju 1 minggu sekali je. Itu pun mak mentua aku kata aku membazir dan banyak guna air. Padahal aku bagi juga duit bayar bil api air.
Bayangkan setiap kali aku nak mandi mesti mak mentua aku pesan jangan membazir. Adalah dalam 3 bulan macam tu dia cakap benda sama. Aku buat bod** je. Anggap radio rosak.
Lepas tu, mak mentua selalu perli gunakan anak perempuan aku. Aku bagi contoh, “bujang, kau sapu la depan rumah tu”. Selain tu ” bujang, kau buat la sarapan sendiri nanti ya”.
Mak mentua memang takkan cakap direct dengan aku. Cara macam tu jela mak mentua aku guna kalau aku dah sakit hati dengan dia
Adik ipar aku ni kan bekerja, selalu pagi lagi mentua aku kejutkan adik ipar aku. Selagi tak kejut, selagi tu la mak mentua aku akan membebel tak berhenti. Sampai mengamuk dan marah-marah. 1 rumah la dengar dia mengamuk tu.
Aku ni hanya mampu pekak kan telinga. Orang cakap kalau bergaduh awal pagi rezeki sempit.
Lain hal pula dengan kakak ipar, aku tiap kali nak pergi pekan aku tunpang kakak ipar tapi aku isi minyak kereta. Aku selalu bawa anak aku pergi kedai jajan , jadi kakak ipar aku ikut juga bawa anak dia sekali.
Bila nak bayar tu kakak ipar siap minta bayarkan dia punya barang sekali. Setakat 2/3 barang tak kisah la kan. Tapi rasa dah macam diperguna pula. Bukan sekali dua, banyak kali juga kakak ipar buat macam tu.
So, lepas ni kalau aku pergi pekan aku pergi sendiri dengan anak aku jadi takla sakit hati. Bila aku shopping barang aku, aku akan sorokkan.
Aku kadang terfikir, apa salah ku dalam rumah ni, sedangkan aku tak pernah kacau kehidupan mereka. Tak pernah aku masuk campur urusan mereka.
Walaupun mentua aku buat aku macam tu sampai hari aku dengan mentua tak pernah gaduh besar.
Aku anggap ni sebagai ujian untuk aku. Semua yang jadi aku tak pernah sekali cerita pada suami. Semuanya aku simpan supaya tak berlaku pergaduhan.
Aku harap 1 hari aku dapat balik KL, hidup bahagia dengan keluarga aku. Doakan aku semoga aku tabah dan sabar menjadi menantu.
Sekian dari MENANTU LURUS BENDUL.
– Syaura (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
stress nya baca. tolong la jangan serumah dengan diorang. bagitahu suami.
Memang pemikiran mertua mesti mcm ni ehh. Dia tahu menantunya tak boleh nk bgi alasan sgt , tak boleh melawan. Ada laa adegan2 mengambil kesempatan . I feel you. Wlpun tak laa seberatnya tapi mmg mertua I takkan mintak tolong pun anak2nya dahulu sblum minta tolong menantu. Sekian tu je nk meluah jugak haha
nasihat sy, kita bila dah jadi menantu tak kira la lelaki ke perempuan, tinggal la asing jangan tinggal dengan mertua sebab banyak keburukan dari kebaikan jika duk sekali. Kita ni isteri dan anak-anak adlh tanggungjawab suami kita.
Biarlah susah dan senang bersama tanpa campur tangan org lain. Kalau duk asing, kita handle sendiri, urus sendiri kewangan kita bersama suami. Nak berjimat ke ape ke nak makan telur kicap ke bila duit dah kering takde masalah. Dari segi aurat pun terbatas kalau duk lama-lama ngan family mertua(ipar lelaki dll).. mesti tak selesa kan setiap hari pakai tudung.
Ni bila duk ramai2 macam tu, macam2 la jadi dan nak kena hadap. Duit pun jadi masalah besar bila duk ramai, kena amik kira belanja barang dapur basah kering, bil utiliti rumah mertua macam bil api air, maintenance jika rosak apa2.. Kita yang muda dan bekerja la patut menyumbang pada org tua dah kita pun duduk situ kan.
Dan PALING PENTING, PRIVACY kita tu. Tu yang PALING PENTING.
Rasa dah boleh balik KL kot duduk dengan suami macam biasa, habis dah pantang kan, lama2 bahaya jugak comfirm meletup bergaduh nanti
TT sebabnya ko duk umah je, dia rasa ko menghabiskan duit anak dia. elokla ko balik duk dengan laki ko, ssh sng tak de org kacau. dia tgk ko duk umah tu, sakit hati n mata dia, mentaliti org gini mmg ko xleh ubah.. sila la keluar dari rumah tu.