Reply: Good Father Bad Husband

Reply, (https://iiumc.com/reply-good-father-bad-husband/).

Saya baca luahan Adelia, malam hari, sedang menangis menahan hibanya rasa. Triggered saya datang bila baca kisah tt.

Sama lebih kurang saya kisahnya. Babah saya sangat baik sebagai ayah, tapi bukan sebagai suami. Mungkin akan ada yang kata “patut bersyukur ada segala”. Iya, saya bersyukur dengan apa yang Babah usaha sediakan untuk anak-anak. Perfect dari semua sudut.

Tapi dalam orang nampak cara Babah saya sediakan perfect, ada anak yang menanggung beratnya trauma. Usia dah awal 30an, saya masih berlawan dengan apa saya rasa buat saya takut nak kahwin. Takut dapat suami macam Babah.

Tiap kali saya kenal lelaki, saya sentiasa letak dia red flag. Contoh dia tanya dah makan ke belum ja pun, tapi otak saya akan diagnose “lelaki gini sebelum kahwin ja elok baik tanya, entah² nanti dah kahwin teruk”

Sehingga saya rasa kritikal trauma saya adalah bila apa sahaja yang diberitahu oleh lelaki yang saya berkenalan, saya sangat susah percaya. Saya sentiasa rasa lelaki ni belum kahwin memang semuanya manis manis.

Saya anak manja tapi tak semua saya minta saya dapat. Usia saya 9 tahun, balik dari sekolah, saya dengar mama babah saya gaduh teruk.

Dipendekkan cerita, babah saya curang. Mama saya masih isteri yang baik. Sediakan semua untuk babah, walaupun babah curang. Masakan saya lupa peristiwa itu, itulah pertama kali saya lihat mama menangis, sayalah yang jadi bahu mama waktu tu.

Ada sekali tu, saya bangun pagi cuti sekolah, saya tengok Babah dan Mama tengah sarapan, tapi Mama tengah menangis sambil Babah marah Mama dengan nada bisik seolah tak nak orang dengar. Habis sarapan, saya tanya mama, kenapa nangis?

Mama cuma cakap “oh babah tegur ja, lain kali jangan masak maggi utk sarapan, tak elok untuk budak budak”.

Tapi saya tak bodoh. Saya yakin bukan sebab maggi.

Babah saya juga tak memenuhi banyak keinginan mama. Entahlah tak sanggup saya rasa nak cerita part ni. Saya rasa sakit sangat jadi mama.

Dulu Mama bekerjaya tapi dipaksa berhenti kerja. Alasan Babah supaya mama boleh jaga anak. Tapi saya tengok, apa yang mama teringin/nak tak pernah Babah tunaikan.

Babah asyik kata “tak ada dalam senarai bajet”. Bayangkanlah baju mama banyak pakai yang orang bagi saja. Sedih!

Diluar babah selalu mesra dengan orang lain. Tapi dirumah dengan Mama, Babah sangat narsistik. Banyak pandangan dan pendapat mama yang Babah lemparkan ke ‘tong sampah’. Ibarat keputusan mama tak penting langsung dalam keluarga.

Pernah kami bercuti, sepupu saya ikut. Kami berhenti makan di sebuah restoran mee bandung. Kebetulan kat kedai tu femes mee bandung.

Mama memang teringin sangat, mama order mee bandung dan sepupu pun order mee bandung, tapi yang ambil order kata mee bandung hanya boleh dpat satu ja sb dah habis. Mama try tanya kot depa boleh dapatkn Dua.

Tiba-tiba Babah tengking Mama depan semorang “kan satu ja, bagi jela dia (sepupu), kau orderlah lain!”.

Saya rasa waktu tu saya terus peluk Mama. Mama nangis teresak esak. Tak jadi mama nak makan, padahal saya tahu mama lapar. Bila cerita balik ni pun saya nangis. Padahal dah berbelas tahun lepas.

Saya faham bukan setakat air muka mama depan orang yang Babah jatuhkan, depan anak lagi. Mana mama nak letak muka depan anak?

Samalah juga kisah belanja barang rumah. Pernah mama terambil sardin tin kemek sikit, Babah tengking Mama depan cashier, Babah kata kononnya Babah marah kuat kuat “supaya kedai tahu, teruk barang diorang” tapi kenapa tengking Mama?! 

Waktu saya remaja, Babah dapat rezeki naik pangkat. Mama lah manusia paling banyak menyokong career growth Babah.

Mama masih sama, bertungkus lumus uruskan rumahtangga dan pembelajaran anak anak. Tiba-tiba Babah kata dia nak sambung kursus jangka pendek demi career dia.

Mama tanpa bantah. Kursus tu memerlukan Babah outstation every weekend. Saya selaku remaja yang suka kemas-kemas, tiap Kali babah balik outstation, saya akan kemas kereta Babah. Tiap Kali tu saya dapat ‘instinct’ ada ‘someone’ naik kereta Babah.

Sampi satu hari, saya jumpa belon budak-budak dan kasut budak. Saya tanya Babah, babah buat tipu macam lelaki buaya biasa buat, “kasut ank kawan”. Saya tak bodoh!

Mulanya saya hanya sedih sebab Babah tak pernah pun belikan saya belon cantik macam tu. Babah selalu kat membazir, tapi ni kenapa ada dalam kereta pula. Nak buat surprise ke apa?

Allah nak tunjuk, kejap ja, saya terbuka fon Babah waktu tu. Sorang perempuan, masih bini orang hantar gambar sorang budak kecil sambil berbaby sayang. Remuk hati saya! Saya tak cerita kat Mama.

Mama buta IT, tak pndai guna touch screen. Waktu tu zaman pertengahan kemunculan HP canggih. Zaman blackberry. Mama memang letakkan kepercayaan kat Babah. Walaupun mama dah ada instinct (sebab mama ngadu, selalu fon Babah bunyi mesej masuk waktu malam).

Sejak penemuan tu, saya nekad nk bawa Mama keluar dari kehidupan macam ni. Saya all out belajar sungguh sungguh.

Banyak sebenarnya episod luka ni. Terlalu dalam. Sangat sakit dan saya tak tahu sampai bila trauma saya ni akan pulih. Bila saya tutup mata, kisah semua ni bermain difikiran saya.

Kadang saya sedih. Saya ada ja keinginan nak berkahwin dan berkeluarga. Tapi setiap Kali kenal, trauma saya datang menghambat. Trauma ni buat saya ada trust issue, buat saya jadi dry person.

Saya pernah didekati, dia suka dekat saya, saya terima dia tapi hati saya kosong. Saya takut, takut semua benda Mama lalui jadi pada saya. End up saya tinggalkan dia tanpa kata putus pun. Saya tak nak libatkan orang lain dalam trauma saya.

Walaupun saya sedih tengok dia dah jumpa pasangan yang sama effort, tapi saya happy, sekurangnya dia tak perlu hadap perempuan yang banyak trauma macam saya.

Pada saya, bila hal sama jadi, trauma ni takkan habis. Saya tak nak anak saya hadap benda yang sama saya hadap.

Tak ada yang tahu apa yang saya rasa. Bila orang kata Saya memilih dalam cari pasangan, saya diam ja. Mereka tak ada di kasut saya. Tiap Kali lepas solat saya nangis sungguh-sungguh. Saya ada naluri berpasangan tapi trauma saya sangat dalam.

Kalau orang tengok corak hidup saya, rata-rata akan kata saya beruntung. Babah sediakan semua lengkap serba serbi. Tapi orang tak tahu, besar juga perjalanan ujiannya.

Saya banyak belajar bersungguh sungguh sampai peringkat tertinggi akademik. Semuanya sebab dulu saya nekad, saya nak bawa Mama saya keluar dari semua ni. Saya nak penuhi keinginan-keinginan Mama.

Untungnya, Adelia msih ada Mama. Saya? Mengharungi trauma saya sendirian. Mama telah pergi menghadap Illahi, tanpa sempat melihat kejayaan saya.

Saya sangat sedih, fasa grieving saya dihidangkan dengan perkahwinan baru babah. dan trauma saya bertambah apabila melihat Babah melyan isteri baru, berbeza dengan layanan kepada Mama.

Sebagai anak, tugas dan tanggungjawab saya menghormati Babah. Tapi pedih jiwa saya rasa tak tertanggung. Saya tak minta semua perasaan ini. Kadang saya teringin nk hidup macam orang lain yang tenang tanpa konflik jiwa begini.

Bila benda begini jadi, saya selalu cakap kat diri saya, tanam dalam jiwa saya. Penceraian bukanlah satu kesalahan besar. Bertahan dengan perkahwinan juga tak selamanya kebaikan.

Takdir ini terlalu sakit, membuatkan saya sangat sangat berhati-hati dalam memilih pasangan. dan hal yang sama saya tekankan dalam diri saya, bertahan dengan perkahwinan juga tak selamanya kebaikan.

Akhir sekali, saya yakin Allah tidak meletakkan saya digaris takdir begini hanya untuk sia-sia. Guys, doakan saya boleh pulihkan trauma saya ya :) saya ada plan nak jumpa kaunselor. Dan doakan saya, Allah pertemukan saya dengan jodoh terbaik dunia akhirat.

– OrenManis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Semoga awak berjumpa dengan sebaik2 lelaki yang Allah tetapkan pada waktu yang tepat dengan orang yang tepat. Semoga awak dapat sembuh daripda trauma dan dipermudahkan urusan awak dunia dan akhirat. Love you self more and take care of your health.

  2. Doakn arwah Mama awk di setiap lps solat atau pd bila2 mse.. semoga dia dikurniakn Syurga-Nya, asbab dia ‘bersabar’ dgn karenah ayah awk semasa hidupnya, dan sanggup berkorban ‘rasa hati’ krn nk menjaga keharmonian r/tangga dan hati ank2.. dan smoga ‘trauma’ awk akn berlalu pergi (klaw perlu,berjumpa la dgn kaunselor yg berdaftar.., dan semoga awk akn berjumpa ‘jodoh’ yg terbaik buat awk di dunia hingga ke Akhirat.. aamiin

  3. Ya Allah nangis aku baca ni.moga Allah kurniakan syurga paling atas untuk mak oren manis.semoga dapat kaunselor yang terbaik yang dapat bantu oren pulihkan trauma dalam diri.moga juga oren dikurniakan Allah suami yang setia,penyayang soleh dan tak ade langsung sifat buruk ayah tu

  4. Salam,

    Al kisah, satu family nih, jenis anak anak money over moral. Mak dia selalu kena pukul dengan bapa dia, silap sikit jer kena pukul sampai lebam, anak anak buat apa, diam jer, tengok jer, tegur bapa dia tak, provoke bapa dia pun tak, kalau masih kecik logik, tenaga tak kuat, fikiran tak matang, tapi nih masing masing dah dewasa. Sebab apa tak bantu ibu dia, sebab bapa diorang provide dengan kemewahan, serba serbi apa yang diorang nak, bapa diorang akan tunaikan. Jenis anak anak yang boleh dibeli dengan duit. Bapa dia sendiri faham, bagi itu ini, anak mesti side dia. Anak anak team bapa. Makan minum pakaian, kenderaan mereka semua mewah.

    Syurga anak anak nih kat mana, kat bawah tapak kaki ibu. Syurga diorang kena hina, kena pijak, kena pukul, dia diam jer, tak ada lah syurga untuk anak anak macam nih. Masing masing tak berjuang untuk ibunya. Boleh bayangkan betapa sunyinya hidup seorang ibu yang ada suami jahat & anak anak yang tak ada moral, anak anak yang tak ada simpati kat ibu sendiri. Of course ibu ibu yang macam nih hidup diorang 24 jam dalam kesedihan & ketakutan, ada suami tak berguna, ada anak anak pun 2×5, side bapa dia. Suami & anak anak dua dua perangai buruk. End up hidup diorang hancur lebur. Bertepuk tangan lah semua orang.

    Jadi kepada anak anak yang bapanya jahat pada ibunya. Anda cuma jatuh pada 2 kategori. Kategori pertama, anda sama jer jahat macam bapa anda, tak ada beza anda dengan bapa anda, anda team bapa anda. Alasan saya malas masuk campur urusan makpak saya, saya diam tak bermakna saya setuju bapa pukul ibu, nanty kalau saya provoke bapa saya, dia tak nak provides saya, yer alasan anda alasan orang yang pentingkan diri sendiri. Anda side bapa yang berduit. Money over moral, anda manusia yang boleh dibeli dengan duit. Tak akan pernah cut contact dengan bapa yang aniaya ibu anda, sebab takut duit anda kena cut. Orang macam anda hidup tak bermoral, jelas khianat ibu yang melahirkan anda sendiri. Low vibration kid. Clock it.

    Kategori kedua, nih anak anak yang moral over money, anak anak yang tak boleh dibeli dengan duit, dia faham syurga dia dibawah tapak kaki ibu dia, dia tak main main soal ibu dia. Dia team ibu dia. Anak anak macam nih dia solid, dia membesar dalam rumah yang kalaupun bapa dia manjakan dia dengan duit, dia tetap against any bad & abuse behaviour. Berapa banyak ibu ibu yang bercerai bercerita kat sosial media. Anak saya umur 13 tahun suruh saya cerai, sebab dia tak tahan tengok saya hari hari kena pijak suami. Anak saya Form 3, seret saya pergi balai polis, buat report sebab bapa dia jirus saya dengan air panas. Nih anak anak yang high vibration, bukan takat dapat doa ibu sepanjang hidup dia, doa malaikat semua dia dapat.

    Jenis anak anak yang tak peduli ugutan. Bapa dia stop bayar yuran dia, dia kerja. Bapa dia ambil balik kereta, dia naik public transport. Bapa dia cerai dengan ibu dia, jadi anak broken home better pada dia. Bapa halau keluar rumah. Dia hangkut ibu dia cari rumah sewa. Berapa ramai anak anak begini, habis sekolah tengahari, petang buat kerja part time, atau bantu ibu dia berniaga, supaya ibu dia boleh bangkit dalam hidup, ramai yer. Dia solid, teguh pendirian dia. Moral over money. Asal jangan sentuh ibu dia. They don’t tolerate with any bullshit when it come to their mother.

    Anak kategori ke dua nih, bila kita kenal dia, kita akan rasa pelik. Dia berniaga bodoh bodoh pun untung banyak, jodoh dia senang, dapat anak senang. Ada masalah cepat jer selesai. Pergi mana mana orang suka, orang sayang. Kerja, laju naik pangkat. Orang macam nih, bila kita tengok relationship dia dengan ibu dia kita salute. Bapa dia jadi penjahat dalam family dia, membentuk dia jadi hero di usia yang sangat muda. Dia selamatkan ibu dia, umpama dia selamatkan diri dia sendiri. Dia selamatkan syurga dia dunia & akhirat.

    Jadi pada anak anak yang dalam kategori pertama yang cuma selamatkan diri sendiri sahaja. Team bapa. Abaikan ibu anda. Soalan saya, selamatkah anda. Pada anak anak yang kategori ke dua, tahniah. You succesfully heals your mother pain. Your life will full of abundance. Pergi check Al Quran & Hadith, baca apa ganjaran yang Allah SWT kurniakan pada anak anak yang berbakti pada ibunya. Terlalu banyak, anda tak boleh pilih, sebab semua ganjaran Allah SWT akan bagi anda sesuai dengan janjiNya.

    Tutup salam.

  5. Allahu… moga awak dpt jodoh yg baik, jgn putus dr rahmat Allah, sy doakn yg terbaik dunia akhirat utk awk, peluk dr jauh utk awk.. keep strong ❤️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *