#mengajak kearah kebaiakan

Saya pernah terfikir satu ketika, kenapa ada pelajar uia ni yang berpakaian ketat, di dalam uia pakai tudung manakala di luar tidak and etc. Ni kan uni Islam tapi pelajarnya tak seperti title yang tertera pada namanya. So, itu dululah ketika pemikiran saya yang terlalu “sempit” mungkin dan tidak memandang sesuatu perkara itu secara holistic. Bila saya dah berada disini selama setahun banyak perkara baru yang saya belajar terutama dari segi pelajar university ini sendiri. Tidak semua pelajar uia datang dari family yang berlatar belakangkan agama. I mean even dekat dunia ni setiap orang dilahirkan dalam keadaan status family yang berbeza dari segi agama, budaya akhlak and etc. So dari sini saya terfikir ada student yang lahir dalam family yang tahu semuanya pasal Islam seperti solat, mengaji dan diajar dari kecik tentang asas-asas Islam dan dipraktikkan bersama keluarga.

Manakala disatu sudut kehidupan yang lain pulak ada pelajar yang dilahirkan dalam keluarga yang porak peranda. Dari kecik lagi dah didedahkan dengan suasana yang tidak terjaga dan even tidak pernah dengar pun tentang solat, al-quran apatahlagi nak mengamalkan dalam kehidupan seharian. Tapi dengan dengan rahmat Allah student yang dilahirkan dalam keluarga bermasalah ini diberikan rezeki masuk uia dan dipertemukan dengan rakan-rakan yang dapat membimbing. Dan mereka ini merangkak untuk mengenal Islam. Ramai kawan saya yang saya kenal,dari segi pemakaian and sosial agak tak sempurna (tapi saya yang menulis ni pun tak sempurna dan takde manusia pun yang sempurna melainkan Nabi kita) ada effort untuk merangkak kenal Islam dengan lebih mendalam. So kita yang ada ilmu yang sedikit tentang Islam ni patut guide diorang dengan cara yang betul. Sebab semenjak dua menjak ni saya perhatikan banyak kritikan yang diberi terhadap masalah pelajar uia dari segi pemakaian, ikhtilat and etc . So saya nak ajak brothers sisters sekalian selepas ini jangan asyik menyalahkan antara satu sama lain sebab semua orang tidak sempurna dan still dalam proses belajar dan mana yang salah diperbetulkan dan yang betul terus diperbaiki. Hopefully kita sama-sama mengajak satu sama lain kearah kebaikan dengan cara yang betul. Sorry kalau ayat saya agak tak tersusun 

– kawan korang

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *