Mengambil Kembali Harta Aku

Assalamualaikum semua aku sebenarnya tak selalu baca confession di sini, tapi aku menulis ni sebab aku terbaca satu kongsian “harta yang di nikmati orang lain” (https://iiumc.com/harta-yang-dinikmati-orang-lain/).

Aku terkejut.. cerita tu tak lah hampir sama.. tapi ia mengingatkan aku yang mengalami nasib yang sama.

Aku membesar berdua dengan ibu. Umur aku aku 9 tahun ibu meninggal dunia.

Alhamdulilah arwah ibu dan arwah ayah aku rupanya dah siapkan peninggalan untuk kewangan bagi aku meneruskan hidup.

Jadi aku pun membesar dengan keluarga sebelah Ibu aku. Makcik aku suami dia dan dua orang anak.

Waktu ni makcik aku cakap arwah ibu dengan ayah aku ada lah tinggal macam harta peninggalan untuk aku. Sebulan dalam 500 ringgit katanya tak banyak.

Aku pun selama membesar tu memang tak minta itu ini dan makcik pakcik aku pun tak ada kasi benda mewah ke apa. Kiranya aku hidup ala kadar, sekolah, makan balik. Kalau ada benda kena guna duit baru aku minta.

Dari umur 9 tahun, masuk 10, 11, 12, 13 dan akhirnya umur 17 tahun. Keputusan SPM aku terus terang okay 4A 5B jadi aku pun ambil keputusan sambung tingkatan 6 sebelum sambung seterusnya.

Waktu ni aku dah kerja cuba cari duit untuk iyalah aku pun ada keinginan nak beli itu ini macam telefon bimbit sebab agak cemburu tengok sekeliling pakai.

Satu hari waktu ni makcik pakcik dan anak diorang semua keluar bercuti. Aku pun tengok surat dalam peti surat. Nampak ada surat ni nama aku. Aku macam terkejut “eh ni surat untuk aku ke” jadi aku pun buka.

Alangkah terkejutnya aku bila terbaca dalam surat tu.. senang cerita dia bagitahu aku macam jumlah dah berapa banyak aku guna dan balance dia ada berapa.

Jadi dia ada bagi senarai macam list panjang balance sheet gitu. Dalam tu akaun bank nama pakcik aku dan jelas tunjuk annually dalam akaun tu pakcik aku dapat RM30,000.

Aku bila tengok memang terkejut sebab history dia masuk dari 6 bulan selepas ibu aku meninggal sampai umur aku genap 18 tahun. Dari umur aku 9 tahun sampai 18 tahun.

Makcik dengan pakcik aku dapat duit sebanyak RM 30,000 yang sepatutnya di amanah ke atas aku. Jadi kalau kira jumlahnya RM300,000.

Selama ni yang aku tahu aku dapat setiap bulan RM500 jadi kalau tahunan baru RM6000, 10 tahun pula baru RM60,000. Bila aku dapat tahu tu memang marah dia lain macam.

Of course aku menetap rumah diorang makan minum baju sekolah semua. Tapi hakikatnya sekolah aku cuma sehari belanja 3 ringgit itupun kongsi untuk sekolah kebangsaan dengan sekolah agama.

Yuran sekolah baru berapa, makan minum sepanjang duduk situ aku makan setakat kenyang sebab pada aku yang aku ni menumpang.

Itu tak termasuk tidur aku pakai toto sahaja bantal sebiji selimut pakai kain pelikat tidur dekat ruang tamu panas tak ada kipas. Anak dia dan pakcik makcik aku bilik ada penghawa dingin.

Baju sekolah sehelai sekolah agama sehelai sekolah kebangsaan. Basuh aku sendiri sental setiap kali balik sekolah.

Jadi selama aku hidup 10 tahun tu makcik pakcik aku dan anak dia dengan senang dapat terima wang RM300,000 tapi aku dapat entah berapa percent.

Itu tak termasuk umur aku 15 tahun dia cakap duit tinggalan ibu dah habis. Jadi aku pun yang naif tak tahu apa-apa makin berjimat cermat tak minta itu ini cuma diam je dekat rumah.

Jadi aku pun akhirnya perasan patutlah keluarga makcik pakcik aku mewah. Kereta sampai dua biji, motor 3 biji anak dia pula kemain memang mewah.

Padahal waktu isi borang untuk sekolah bahagian slip gaji, pakcik aku gaji RM1300 dan makcik aku pula suri rumah sepenuh masa tapi boleh hidup mewah.

Aku pun bawa surat tu pergi dekat office yang tertera.

Aku jumpa pegawai ni dan aku cerita dari A – Z. Dia suruh aku taip dekat komputer aku pun taip segala macam yang aku lalui waktu tinggal dekat rumah makcik pakcik aku.

Aku pun diamkan hal ni dah selepas 2 minggu datang lah 3-4 orang ke rumah dia soal siasat keluarga makcik aku ni.

Aku pula sementara tu di tempat kan dekat rumah ni sementara nak uruskan banyak benda. Jadi makcik, pakcik dan anak dia semua kena soal siasat.

Aku pun teruskan belajar tingkatan 6 waktu ni dah ada IC dah cukup umur dan dah ada akaun bank sendiri dan setiap bulan aku dapat bayaran yang berbaki lagi 5 tahun RM2500 setiap bulan.

Makcik pakcik aku pula sampai sekarang ni diorang kena bayar RM280,000. Jadi sampai sekarang setiap bulan akan ada dalam RM1500 – RM2000 yang diorang masukkan sampai lah lunas jumlah tersebut.

Sepanjang bertahun tu aku jumpa diorang sekali je waktu tu merayu minta maaf cakap tak sengaja guna. Sekarang ni diorang baru bayar jumlah RM32,500. Aku sekarang hidup kalau boleh nak senang.

Sepanjang 10 tahun tu aku hidup rumah diorang tak ada zaman kanak-kanak langsung. Aku cuma buat semua itu for the sake of living. Bangun pergi sekolah balik dan repeat. Jadi aku tak pernah rasa kesian dekat keluarga diorang sebab yang jadi mangsanya aku.

Sama macam yang penulis dalam confession “Harta yang di nikmati orang lain” harta tu sepatutnya milik aku. Diorang anak beranak hidup mewah setiap tahun pergi bercuti aku duduk rumah kena kemas, basuh baju, lipat baju.

Diorang anak beranak bilik ada air con, ada komputer ada telefon bimbit. Kereta mewah, motor ada, basikal pun jenis mahal aku pergi sekolah terpaksa berpeluh jalan kaki.

Makanan pula asing dah di kaut dan di sukatkan nasi banyak mana, ayam/ daging/ ikan banyak mana. Ambil lebih kena desing kepala. Jadi bila aku fikir balik sebenarnya aku tak rasa kesian langsung.

Waktu covid pun diorang tetap kena bayar supaya cukup quota tahunan. Tahun lepas pun aku dah naikkan sebelum ni tak ada masalah diorang bayar RM1000 tapi tahun lepas aku hadkan minimum RM2000.

Aku yakin bukan aku seorang sahaja mengalami nasib sama. Ramai anak yatim piatu luar sana yang kena aniaya sama macam aku.

– Ran (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *