Nak anak tapi…

Aku baru beberapa bulan kawin..alhamdulillah selepas 13 tahun, akhirnya kami diijabkabulkan. Sebelum ni ada beberapa confession tentang masalah takut nak kahwin. Okay, masalah aku lain pulak. Anak. Ye, semua pasangan berkahwin nakkan zuriat. Siapa yang nak digelar mandul betul tak? Aku memang nak sangat-sangat. Tapi aku takut. Takut salah didik. Memang la dapat baby, semua orang happy. Tapi aku membayangkan jenis manusia macam mana bila anak tu membesar nanti.

Aku faham kalau orang nak kata, anak ni macam kain putih, ibu bapa la yang mencorakkannya. Tapi sebenarnya ada beberapa faktor yang mendorong aku fobia untuk dapat anak ni sebenarnya. Pertama, aku ni bukannya anak yg baik pada mak ayah aku. Aku akui, aku selalu berkasar, kurang ajar, dan menyakitkan hati mak aku. Tapi aku dah berubah. Aku selalu dengar, kalau kita biadap pada ibu bapa, anak-anak
Kita nanti pun akan ikut perangai kita jugak. Aku tak sanggup. Aku dah insaf , dah mintak ampun kat mak dan taknak layan mak aku kasar-kasar lagi. Tapi aku tetap takut Allah bayar cash kat aku melalui anak aku.

Yang kedua, aku ada anak buah. Hampir semua tak menjadi. Belajar malas, solat malas, kemas rumah malas.. Bila disuruh, memberotak la budak2 tu.. Duduk depan tv je memanjang. Yang paling teruk, anak buah lelaki aku. Sampai tahap lari sekolah, bercampur dengan mat gian dan mencuri barang-barang dalam rumah. pastu jual. Aduh, seramnya aku tengok. Lebih-lebih lagi, pergaulan budak-budak sekarang ni. Masalah sosial yg berleluasa. Banyak juga contoh yg aku tengok depan mata. Mak ayah didik elok dah, tapi anak-anak jadi buruk tingkah laku bila
Bercampur dengan budak2 yang tak senonoh. Aku tak rasa ibu bapa boleh control anak-anak mereka 24 hours.

Apa patut aku buat. Aku suka budak. Aku teringin nak ada zuriat dgn suami yg sangat2 aku cintai. Tambahan pulak suami aku kerja oversea. Kadang2 je balik. Mestilah aku nak anak sebagai peneman. Tapi itu la, aku takut. Mintak nasihat semua terutama bagi para ibu bapa yg sudi berkongsi cerita dan pandangan.

– Kiki Lala

CREATE A POST