Nak Sambung Degree Apa?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Diharapkan agar semua diberikan kesihatan yang baik sepanjang pandemik ini.

Terima kasih juga kepada admin jika artikel ini disiarkan.

Saya lepasan matrikulasi dan bakal menyambung pengajian dalam ijazah sarjana muda kelak (jika diizinkan Allah)

Baru-baru ini keputusan matrikulasi keluar. Agak kecewa apabila pointer terkumpul hanya 2.92.

Buat pengetahuan pembaca, saya mengambil jurusan sains modul 1 di mana subjek biologi, matematik, kimia dan fizik diambil.

Sekarang ini, subjek kimia dan fizik paling menonjol lebih dibandingkan biologi dan matematik sedangkan minat saya lebih kepada biologi.

Tambahan, saya juga aktif dalam kelab dan persatuan di matriks. Mungkin ini sedikit sebanyak dapat membantu saya.

Jadi saya ingin meminta pendapat kepada para pembaca untuk mencadangkan kursus yang boleh diceburi dengan keputusan ini.

Sejujurnya saya agak gusar kerana pointer agak rendah.

Saya percaya rezeki itu milik Allah tapi saya cuba usaha untuk meminta pendapat daripada semua.

Boleh para pembaca kongsikan pengalaman belajar kursus apa dengan pointer rendah seterusnya ke degree?

Saya yakin pointer mungkin mempengaruhi masa depan.

Saya mempunyai masa lebih kurang 3 minggu lagi untuk kemas kini kursus di upu.

Saya juga perlu alternatif lain untuk sambung belajar sekiranya tidak ditawarkan di universiti awam.

Mohon pencerahan daripada semua.

Sekian itu sahaja, mungkin ada segelintir pembaca yang turut mengalami dilema yang sama dalam menyambung pengajian.

Moga-moga dengan artikel ini, lebih ramai yang dapat memberi pencerahan. Terima kasih semua :)

– Yaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit