Nasib badan

Kalau post kat FB aku, orang 'like' saja. Manalah tau kot2 ada orang2 besar tengok post aku ni. Mungkin boleh buat pembaharuan tentang sistem pendidikan tinggi negara kita.

Nama aku Siti. Kalau tengok muka orang akan tahu aku bukanlah Melayu tulen. Bapak aku India Muslim, mak aku Melayu.Entah bagaimana prosedurnya, dalam surat beranak aku tertera berbangsa 'Melayu'. Senang aku nak masuk universiti tempatan walaupun result matrikulasi aku 2.3 masa tu.

Nama kawan aku Hajar. Mak dia India Muslim, Bapak dia pun sama. Jadi surat beranak Hajar pun India Muslim. Kami kawan dari sekolah rendah lagi. Hajar la yang selalu dakwah aku solat 5 waktu walaupun masa tu dia sekolah St. dan aku sekolah agama. Setiap kali Hajar tanya "dah solat?" cepat2 aku tukar topik. Masa tu lah dakwah bermula. Alhamdulillah sekarang aku dah solat penuh. dia tak perlu risau aku skip solat fardhu lagi. Kami kamceng sampai sekarang.

Hajar pandai, x macam aku. Masa form 5, selalu juga aku merengek dengan dia mintak ajarkan add math, kimia, fizik, etc. Dia ajar aku dengan senang hati. Bila dapat result, aku dapat 5A dan Hajar 10 A!! aku bangga dia dia. Manalah tau kot2 dia boleh jadi doktor. Boleh aku riak sikit depan orang ada kawan doktor (hehe)….

Masa aku dapat panggilan Matrikulasi, Hajar xdapat. Masa tu aku bingung sangat. kenapa dia xdapat? aku yang separa pandai+bodoh ni pun boleh lepas. Kawan aku yang dapat 2 A pun lepas. dah kenapa pulak Hajar xdapat. Masa tu barulah Hajar terangkan kat aku sistem Bumiputera bagai ni dan dia sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Baru aku faham. Aku malu dengan Hajar. Aku tahu dia lebih layak dari aku. Wajah Hajar tenang, jelas terpancar sifat redha dalam diri dia walaupun dia xdapat apa2 panggilan dari uni.

beberapa minggu lepas kemasukan kedua ke matrikulasi, Hajar call aku. Dia dapat masuk matrikulasi untuk second intake. Sama matrikulasi dengan aku. Syukur. tapi Hajar tak dapat merasa orientasi macam kami2 ni rasa. Kalau korang suruh dia menari poco2 konfem dia tak tahu.

Habis peperiksaan penggal pertama, result Hajar cemerlang. Tak macam aku yang kecundang di tengan lautan. Tapi aku sentiasa bangga dengan dia. Tiba2 Hajar call aku ajak jumpa.

"Aku dapat masuk asasi UIA",

'Weyh, ko nak pi ke? Ko tinggal sepenggal je lagi ni. Takkan nak keluar'

"Aku terpaksa pi, kalau ambil asasi UIA, boleh serap terus degree nanti. Aku dapat second intake.Ko tahu betapa susah aku nak masuk u kan. Nak masuk uni ni pun aku terpaksa guna 'orang dalam.' Tapi pihak uni tak hantar surat tawaran pun. Aku yang terdetik nak call uni. Diorang kata lusa pendaftaran. Nasib baik aku kol weyh, kalau tak mesti aku terlepas pendaftaran."

Aku diam, aku tak paksa Hajar stay. Aku tahu betapa takutnya dia tak dapat masuk universiti. sebab tu masa dia di Matrikulasi, dia mohon asasi di universiti senyap2. Bapak dia bukan jutawan. Bapak dia si tukang cuci. Tak mampu nak hantar anak ke kolej mahal2. Nak tak nak, dia kena diserap masuk ke universiti. Dan UIA, satu2nya universiti yang tidak ada peratusan kuota bumiputera masa tu. seperti matrikulasi, Hajar tak pernah rasa nikmat/beban proses orientasi. Sebab dia pelajar second intake.

Aku xrasa apa yang Hajar rasa. Aku boleh masuk UTM dengan hanya berbekalkan pointer 2.3. Ya, itu rezeki Allah bagi aku masa tu. Hajar pernah tanya aku, "Sebagai Melayu, apa pendapat hang tentang kuota bumiputera Siti?"

Aku jawab.

"Bagi aku, semua ada hak untuk belajar. Ko Melayu ke, Cina ke, India ke,sesiapa saja ada hak untuk belajar. Man jada wa jada. Siapa usaha dia akan dapat. Non-bumi adalah rakyat negara ni. kalau mereka cina, mereka cina Malaysia, bukan cina dari China. Kalau mereka india, mereka India Malaysia, bukan India dari India. Kalau peperangan berlaku di negara ni(nauzubillah, aku tak rasa mereka balik negara nenek moyang mereka. Aku yakin mereka akan sama2 pertahankan negara kita. Ya, mungkin nenek moyang mereka dari luar, tapi lupakah melayu mereka juga asalnya pendatang? Lupakah Melayu bahawa tanpa sokongan dari Cina dan India, British takkan bagi kemerdekaan?

Arrgh, soal patriotisme ni terlalu peribadi. setiap orang menilai patriotisme dari sudut berbeza. tengok saja Syria, rakyat peribumi lari ke negara luar bila mereka tidak tahan ditindas. ko rasa, semua Melayu akan stay saja ke bila mereka ditindas macam Syria. mungkin ada tempah tiket flight dulu nak keluar cepat2 dari negara ni. Masa tu nak mengaku Melayu pun mungkin tak sanggup.

Bila orang cina dan India berjaya, kita marah. kita kata depa kaut hasil bumi. Kita lupa mereka rakyat yang tertindas. Mereka tak ada subsidi macam Melayu. Mereka kena rajin. Sebab susah nak masuk uni. Mungkin anak2 terpaksa dihantar ke kolej. Kalau mereka tak usaha, macam mana nasib anak2 mereka nanti. Nak kerja kerajaan, semudah itukah? Sedangkan Melayu ramai guna 'orang dalam', macam mana yg buka Melayu ni nak terselit sama?

Ya, kuota pelajar non bumi ke universiti itu ada. Tapi cukupkah untuk menampung non-bumi miskin pandai yang lain? ini penindasan! orang nak belajar kita sekat, yang xnak belajar, kita suruh masuk belajar alang2 universiti dah panggil. Sedih2. Syukurlah aku hidup dalam keluarga campur. Hitam putih aku sayang. Aku suka semua.

Syukur aku dapat belajar di luar negara masa Master. Masa tu baru aku tahu betapa rahmatnya dapat jumpa orang Malaysia tak kiralah apa jua bangsa. Perasaan jumpa Cina Malaysia dengan Cina China lain sangat. Perasaan jumpa Indian Malaysia dan Indian India sangat berbeza. Kalau ada program kami semua bersatu berboria, berzapin malah berpantun dengan satu nama. Malaysia.

Hentikan perkauman Tuan Puan. Kami anak Malaysia dan kami berhak untuk menikmati sistem pendidikan di negara ini tanpa menngira kaum , bangsa dan agama. Dan penting, tanpa prejudis! Kami lahir di Malaysia, bukan negara lain. Kami anak Malaysia. Kalau Tuan Puan takut anak Tuan Puan xdapat masuk uni sekiranya sistem kuota dimansuhkan, didiklah anak2 Tuan Puan untuk belajar ilmu, bukannya belajar merokok, me'vape' or me'shisha'. Tuan Puan juga boleh mula menghalang anak2 Tuan Puan taksub drama pukul 7 or cerita korea supaya anak Tuan Puan boleh fokus pada pelajaran dan dapat bersaing secara sihat dengan bangsa lain. Tuan Puan jangan lupa, Islam itu bukan untuk Melayu saja. Ada India dan Cina yang Islam juga. mereka ini kita panggil non-bumi. Hidup non-bumi ni berliku, tak macam Melayu

– separuh india, separuh melayu, separuh benggali, cina? sikit2

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *