Pemuda Palestin Mencari Jodoh…

Salam. Saya bekas UIA, tapi yang cari jodoh bukan saya. Tapi kawan sekerja saya. Pemuda Palestin.

Orang nak bina masjid, kita alu-alukan. Insya Allah tanpa perlu couple semua tu, perkahwinan akan lebih berkat. Namun tak salah kena berkenalan antara kedua-dua pihak.

Rakan sekerja saya ni berumur 29 tahun. Berasal dari Palestin di kawasan yang agak aman. Dia seorang Dr (ada PhD), dah 6 tahun berada di Malaysia, pandai sesuaikan diri dengan masyarakat sini. Sudah ada puluhan jurnal yang dipublish, dan seorang yang tekun dengan kerja.

Dia seorang baik, lemah lembut, pandai bergaul, tak pernah meninggi suara, pandai makan makanan Malaysia (memang sedap katanya), dan sekarang bekerja di Pahang.

Dia mencari wanita Malaysia sebab memang dia mungkin berhajat duduk lama di sini.

Syarat dia, umur 26 tahun ke bawah.

Kenapa dia tak cari rakan sekerja? Sebab kot jadi 'conflict interest' dan polisi di tempat kerja.

Adakah dia hensem? Ya, bagi saya dia cukup hensem, kulit putih (orang Palestin) dan hidung mancung.

Soleh orangnya, jaga solat dan kadang-kadang agak lurus (sebab susah buat benda tak baik huhu).

Jadi, mana-mana wanita yang nak cari jodoh, atau nak rekemen kawan anda dan berminat nak tahu lebih lanjut (dengan serius), mohon komen di bawah 'nak info'.

Tak perlu malu mencari jodoh. Niat untuk berkahwin kerana Allah, kenapa nak malu. Kan.

Nanti saya akan PM anda satu persatu. Jangan lupa add saya (atau approve saya) dan cek kat bahagian 'other folder', kot-kotlah tak perasan mesej tu nanti.

'Semoga bahagia till jannah'.

– Akumal

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *