Reply to post M.A.S.A.K

To the confessor Anon, I'm writing on the behalf of your friend yg baru nk brtatih masak2 nih. (no offense). Aku rasa aku phm dia. Sbb aku pon beginner jgk. Mungkin betul dia tu jenis hati tisu, tapi kita bersangka baik je lah yg dia mmg ada niat nk belajr tuh. Manusia ni kn bnyk pe'el.

Aku start bljr nk masak2 ni lepas aku masuk uni. Ye lah..dari form 1 tinggal kat hostel. Balik rumah membuta je la hobi. Kena paksa baru masuk dapur. Tapi kan Allah tu mmg Maha Penyayang. Cara halus je Dia bagi sedar hati ni. Bestfriend aku dari sekolah sampailah masuk universiti, semua terer masak weh. Korang tahukan lps balik kg, kan buat jemaah makan ramai2. Kawan aku semua masak sndiri. Ade dessert, kek la..Aku mula2 tu impress gila. Ye lah..umur sebaya tapi pandai masak mcm2 dh. Lama2 aku jd malu sendiri.(hahahaha).

So, time lepak2 mkn tu aku tanya la "weh, mcm mna buat ni? guna apa? n bla2". Lepas tu, kalau tak paham lgi, aku pegi la google, youtube ker. (kalau malu nk tnya bnyk2, cover la konon) Ade gadget gempak2 tak guna la kalau tak pandai guna kan…Lagipon, dekat fesbuk pon bersepah org share resepi. Dekat rumah sewa, mmg kwn aku tu je la msk, sbb dia tahu aku mcm ni kan, tapi aku ni sedor diri jgk, dh kwn tolong masak, kita tolong la jgk mana2 yg patut. Sambil2 tu aku bole bljr dari dia.

Time cuti sem aku pon try la buat. Selalunya aku try buat benda yg aku suka mkn. Aku suka kek. First kek aku buat kek coklat moist. Tipu la first trial aku terus jadi weh.(wakaka). Bantat la, cair, kejung, berderai..semua pnh jd. Nak2 pulak bukn jenis tgn gifted nih, buat semua jd. (kwn aku ade je yg bgi la apa pon kat dia, mesti jadi punya.
(-_-) Tapi mak ayh aku x penah pon kutok aku masak. Redho je. Paling koman kena gelak la.. Pastu nnt mak aku komen la, ni pukul lama sgt ni, telur sejuk lg etc…

Jdnya, to anon, sabar ye..cuba santai2 je ajak kwn tu masak sekali kat dapur. Kalau jumpa resepi sedap2, share sekali dgn dia ke. Sbb perangai aku dengan bestfriend aku ni..kitorg suka share resepi dkt wall fesbuk memasing. Lepas tu mula la terliur.(Selera beso memasing). Tu yg trigger nak cuba buat. Nak memasak ni pon, kena ada mood. Tak syok la kalau ada kwn tacin dgn kita kan? ^^

Sekian.

– sistursukamakan

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *