Penat Dengan Keluarga Aku

Assalamulaikum, aku NZ umur dalam lingkungan 30an, aku sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Yang aku nak cerita tentang keluarga aku, aku anak sulung dari 5 adikberadik kehidupan kami dulu sangat susah ibarat kais pagi makan kais petang makan petang.

Mak aku mengambil macam2 upah untuk menampung kehidupan kami, ayah aku pemandu lori tapi duit gaji selalu tak cukup mana taknya habis untuk enjoy dan berjoli sehinggalah aku meningkat dewasa begitu sahaja keadaannya.

Aku mula berkerja umur 16 tahun sebab tak tahan mak ayah aku mesti nak meminjam duit dari saudara atau jiran kalau nak beli barang2 sekolah, jadi aku berkerja part time membolehkan duit gaji aku beli baju sekolah dan sebagainya walaupun aku kerja sekejap.

Duit simpanan aku pun kadang lesap juga dengan alasan tak cukup nak beli makan walaupun kadang2 ganti balik kadang2 burn macam tue.

Sehingga aku umur 20an melanjutkan pelajaran begitu juga keadaan keluarga aku selalu tak cukup duit tetapi diploma aku hanya separuh jalan kerana masalah kewangan.

Aku pun berkerja nak menampung untuk bayar hutang dan keperluan keluarga. Gaji ketika itu hanya RM900 sahaja kerja dikilang perabot tetapi keperluan di rumah melebihi gaji aku.

Kalau aku tak dapat nak bagi lebih mesti mak ayah aku pertikaikan kenapa tak boleh bagi lebih. Sehingga aku tukar kerja gaji tinggi sikit pun masih tak cukup.

Umur aku meningkat sekitar 24 tahun saudara aku risau aku tak kahwin mendesak makayah aku carikan jodoh takut lambat kawin jadi anak dara tua.

Waktu itu aku tak nak kawin dalam keadaan aku tak bersedia nak jadi seorg isteri, trauma dapat suami macam ayah aku dan masalah kewangan keluarga aku.

Sehingga aku 25 tahun aku berjumpa dengan suami aku, setelah aku solat istikarah dan mintak pentunjuk lalu hati aku terbuka untuk kawin.

Setelah aku berkahwin masalah kewangan keluarga aku berpisah tiada. Contohnya macam majlis perkahwinan aku, tetamu datang bagi duit, mak aku paling seronok nak mengira sebab dia nak amik duit itu semua nak bayar hutang pinggan mangkuk.

Aku pun ada pertikaikan sebab duit itu duit aku sebab majlis aku tak mintak satu sen duit mak ayah aku tapi mak berkeras suruh ingat balik betapa susahpayah diorang tolong majlis aku.

Awal2 perkahwinan aku dan suami sangat susah sebab kami takde simpanan, nak bayar sewa rumah, nak beli barang kelengkapan rumah, aku berkerja untuk tolong suami untuk beli barang kelengkapan rumah.

Awal perkahwinan mak ayah aku adalah datang ke rumah biasalah awal2 kawin peti ais takde, tv takde yang ada hanya dinding dan langsir.

Mak aku cuma boleh cakap, “laa apa pun takde lagi ke rumah ko nie”. Aku dan suami cuma diam sahaja. Lebih kurang setahun perkahwinan aku mengandung (kira anak aku cucu kedua mak aku, cucu pertama adik aku nombor 2).

Aku alahan yang teruk macam mana pun tetap berkerja sebab nak bayar hutang dan nak bagi duit dekat mak ayah aku.

Di saat due date kelahiran anak aku, aku mintak mak aku jaga pantang sepertimana mak aku jaga pantang adik aku nombor 2 kebetulan tarikh due date aku mak ayah nak bercuti ke bali dengan adik aku nombor 2.

Cuma yang membuat aku terasa kata2 mak aku “alaa aku nak pergi bercuti ke bali, mak dulu pantang seorang diri juga boleh je”

Aku menangis bila dengar macam tue, suami aku mintak mak mertua jagakan aku dalam pantang tapi yang paling sedih bila mak mertua tanya “kenapa nak bercuti ke bali kan anak nak beranak?”

Suami jawabkan dia boleh jaga aku sebab dah memang tanggungjawab dia cuma waktu dia nak berkerja takde orang nak tengok.

Tahun demi tahun berlalu, mak ayah aku banyak lukakan hati aku. Aku tetap bagi mereka duit belikan hadiah sehingga mak ayah aku nak bercuti atau makan angin kemana2 aku bagi juga duit.

Kadang ada masalah kewangan contoh rumah nak kena lelong aku bantu. Untuk pengetahuan korang anak aku tak rapat dengan adik beradik aku sebab kalau dia datang rumah, adik2 aku kurang nak layan anak aku.

Pernah terjadi satu kes, aku dan suami ikut family aku bercuti di kelantan, aku dan suami biar anak aku nak ikut sepupu dia bersama dengan family aku nak beli barang kemas,

Aku ingat mereka akan tolong jaga anak aku sperti mana aku tolong tengokkan anak adik aku nombor 2, bila aku datang balik kat mak ayah aku diorang boleh tak perasaan anak aku takde dengan orang.

Makayah aku salahkan anak buah aku yang umur ketika 7 tahun untuk jaga budak umur 5 tahun sedangkan adik2 aku yang lain ada, seorang pun tak peduli anak aku.

Kali kedua berlaku lagi, di kuala selangor, anak aku ikut anak saudara aku, nak tengok mini zoo dekat sebuah restaurant kebetulan kitorang semua makan dekat situ ada mini zoo.

Mak ayah dan adik aku tau anak aku kat situ diorang boleh tinggalkan anak aku seorang2 tanpa panggil pun anak aku ikut sekali dan mak ayah aku boleh bagitau kat aku dan suami “anak ko kat sana tue seorang2”.

Itu buatkan aku dan suami macam malas nak biarkan ikut adik beradik aku sebab diorang anggap anak aku macam orang luar.

Adik beradik sebelah suami aku lain, anak aku memang rapat dengan adik ipar aku, kalau anak aku nak ikut adik ipar aku kemana2 aku jadi tak kisah sebab diorang akan jaga dengan baik.

Sebab itu anak aku sampai tak kenal adik beradik aku itu mak dan bapa saudara dia. Anak aku panggil adik beradik aku akak atau abang bukan mak atau bapa saudara dia.

Sebaliknya sebelah suami aku, anak aku kenal mak dan bapa saudara dia walaupun suami aku ada 11 orang adik beradik,

Diorang jarang jumpa anak aku tapi jumpa diorang akan layan macam layan anak saudara berbanding adik beradik layan anak aku nak tak nak, acuh tak acuh je.

Keluarga aku masih ada masalah kewangan mana tak nya duit sepatutnya bayar komitmen tapi guna buat party hari jadi, nak pergi makan angin bila takde duit mulalah nak mintak duit itu tak cukup ini tak cukup.

Pandemik datang melanda negara kita, aku terpaksa berhenti kerja sebab masalah tempat kerja dan pengasuh anak aku.

Mak ayah aku mula risau sebab aku tak boleh nak bagi macam selalu mujur adik aku nombor 3 boleh bagi lebih sebab adik aku dan suaminya duduk sekali dengan makayah aku.

Cuma pertengahan bulan feb 2023, mak ayah aku nak buat party harijadi untuk ayah aku, aku kebetulan aku tak boleh nak bagi duit untuk party itu sebab waktu itu kereta aku problem, anak aku banyak pakai duit sebab nak masuk sekolah, nak bayar hutang lagi.

Keluarga aku tak faham tak nak faham terutamnya adik aku nombor 2, ayat yang dia boleh cakap “aku pun dah 4 bulan tak bayar rumah, anak aku 3 orang, lantaklah yang penting majlis hari jadi ayah” dan terus mendesak aku bagi duit untuk majlis hari jadi ayah aku.

Aku dan suami jadi jem perangai adik beradik aku.

Itu belum lagi mak dan adik beradik aku selalu cakap suami aku tak peramahlah, tak sosial lah, tak senyumlah tapi yang banyak membantu dari segi kewangan suami akulah, belanja makan suami akulah, bagi duit lebih itu pun dari suami aku,

Bila ada masalah adik beradik suami aku juga bantu. Suami memang tak peramah dan sosial sebab suami tak pandai hisap rokok, minum air ketum ataupun karaoke tak seperti adik ipar yang lelaki hisap rokok, karaoke, minum ketum.

Adik ipar lelaki bersembang pasal memancing, ketum, rokok suami aku tak macam itu dia suka sembang pasal sukan, pasal politik jadi dia tak boleh nak ngam dengan adik ipar aku,

Kalau ikut banyak lagi terutamanya nak puasa dan raya, masa raya puasa keluarga aku sibuk ajak jalan makan angin ke cameron dan melaka, cuma aku tak boleh nak ikut sebab aku dan suami ada urusan kampung dan kewangan kami tak cukup nak pergi jalan ke cameron.

Untuk pegetahuan korang mak mertua aku menjaga anak yatim piatu jadi hari raya nak berjumpa sanak saudara dan tengok anak2 yatim sebab mak mertua aku usianya 70 tahun. Macam biasa ayat adik aku nombor 2 “yang penting kita enjoy”.

Itu aku tak nak ikut ke cameron pun sampai bergaduh padahal hari raya pertama aku raya dengan diorang dulu.

Kalau dulu sebulan sekali aku mesti balik rumah makayah aku sekarang aku jadi malas tambah rumah aku ada adikipar lelaki (suami adik aku nombor 3)

Dan seorang adik perempuan aku jadi sempit nak tidur pun takde tempat. Kalau pergi rumah mak aku mesti mak aku nak makan kat luar tempat yang mahal2 sedangkan aku nie banyak masak dan makan kat rumah, banyak jimat.

Itu sahaja.. maaf lah kalau ada ayat tertunggak terbalik aku jadi penat pedam selama 30 tahun perangai keluarga aku sampai tahap aku fikir diorang ini bukan keluarga aku. Apa patut aku buat?

– NZ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *