Throwback Zaman MLM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Harini aku nak ceritakan pengalaman aku ketika muda remaja pernah menjadi salah seorang ahli MLM (Multi Level Marketing). Bisnes yang aku join ni dia menjual alat kesihatan.

Modus operandi seperti biasa kalau kau nak naik level, kau kena cari orang bawah kau yang sama membeli produk tersebut.

Start from member biasa, naik ke agent dan seterusnya lah pelbagai pangkat yang ada yang kononnya semakin naik pangkat, semakin besar income kau dapat.

Target diorang pada ketika itu tengah trend merekrut student-student dari pelbagai universiti. (termasuk la aku student tersebut T_T )

Student pulak ada pelbagai kategori, kalau kau dapat tarik student yang kaya, kira rezeki la tu.

Tapi paling senang nak rekrut student yang dari luar Bandar and berasal dari keluarga berpendapatan sederhana dan kebawah.

Kerana itu menjadi soft spot untuk kita mudah nak tarik dia dengan menjanjikan pulangan bisnes bulan bintang sedangkan kau sedang menempah hutang di masa mendatang.

Tak dilupakan target yang lebih matang dan bekerjaya, government servant paling dialu-alukan (sebab senang nak buat loan mengarut), lagi berpengaruh lagi bagus supaya ramai connection hebat yang boleh ditarik menjadi network.

Kaya? Sudah pasti idaman setiap agent kalau dapat potential partner yang kaya. Dan tak dilupakan pekerja swasta yang katanya kerja bantai overtime pasti banyak simpanan untuk digali nanti.

Pada mulanya, kau akan nampak yang indah saja. Yelah, orang baru, duit belum digali lagi. Haruslah tuan rumah meraikan tetamu.

Partner network, leader2 seperti sangat2 mengalukan kau dalam circle diorang sedangkan kau tu bukan lah siapa-siapa pun.

Kau tu paling hebat pun johan lari 4 x 100meter je zaman sekolah. Hanya duit kau yang diorang nak korek.

Diorang akan anjurkan pelbagai event (termasuk aktiviti keagamaan) untuk menarik minat korang sebelum sedikit mula sedikit bisnes akan diperkenalkan.

Bila mangsa sudah menunjukkan minat, maka leader dan konconya akan mula open case.

Untuk mula bisnes kena mula dari stage itu, stage ini dan macam2…

Tapi untuk mengaut keuntungan lebih tinggi kita akan diperkenalkan level yang memerlukan kita mengeluarkan modal (secara tak langsung membeli produk sampah harga yahudi). Harga jangan cakap. Puluhan ribuan ringgit.

Kalau kau nak income besar, kalau orang kaya, mungkin takde masalah, tapi kalau kau nak naik level dan takde duit… diaorang ajar kau meminjam.

Disinilah, yang anak bergaduh dengan ibu bapa, kawan putus persahabatan, yang bertunang boleh putus dan macam-macam lagilah aku pernah nampak. Gara-pinjam duit untuk cukupkan nafsu leader kau tu.

Kalau kau tak berjaya, kau akan ditinggalkan dan diorang akan mula mencari mangsa baru.

Yang awalnya tadi kau dilayan bak ratu dan raja, sekarang kau dilayan bak balaci. Hina makian, brainwash mengarut sampai ada partner depression gara-gara tak dapat naik level.

Katakan lah kalau kau berjaya, setiap hari akan di brainwash untuk naik level lagi which is kau kena cari network yang sama-sama sudi bayar puluhan ribuan ringgit untuk dikorbankan.

Tapi part paling best aku nak ceritakan, adalah tentang leader-leader dalam tu. Leader paling atas, nampak la kekayaan tu. Leader-leader team bawahan. Nampak jugak la kaya, tapi jem kaya je la.

Kau sembang bisnes ribu-ribu, tapi kau kereta takde, apatah lagi motor. Pergi gathering pun naik LRT je macam aku.

Kadang-kadang tumpang kereta partner, paling dahsyat tumpang kereta potential partner (mangsa baru). Duit minyak hulur pun tak pernah. Nak makan, pon payah aku tengok.

Pernah lepas gathering aku order nasi goreng daging merah je pun, tapi aku tengok muka sorang2 tengok aku makan macam terlalu teringin sangat nak rasa. Mana taknya, diorang makan roti kosong, air kosong je. Nak survive hidup mungkin? Huhu.

Pernah ada leader yang tumpang rumah aku, katanya rumah sewa dia under renovation..

Aku sewa luar university (sebab aku ni ada la saving ptptn sikit aku kumpul sebab tak banyak keluar sangat time study) ya ampun dah la menumpang, pastu kau tahu dia gi rembat sabun mandi member aku, makanan member aku..

Aku tahu pun sebab member aku cite la, kitorang dalam rumah tu duk bertiga je.. So sangat obvious la kalau ada kehilangan pape kan. Mungkin dia malu nak minta aku.. Dia g rembat orang punya.

Tak dilupakan kisah partner cari prospect (potential partner) last-last tersangkut pulak one night stand dengan stranger tu (ni aku dengar partner perempuan citer kat aku la, aku tak tahu plak partner lelaki ada yang buat ke tak)..

Leader dah maki hamun kau hari-hari bila nak buat networking, member pulak terdesak nak cari orang.. Segala mak nenek dating apps dia masuk.. Pergi keluar jumpa dengan niat nak gunakan jantan ni.. Last-last dia pulak jadi lauk.

Alhamdulillah, aku dah lama keluar dari kancah dunia MLM mengarut ni bertahun lama dah, Cuma saja aku tetiba nak throwback sebab aku tengok satu posting member aku dekat IG Story ni, which is aku yakin benda tu MLM.

Dia influential person, so setakat nak buat networking cecah sale ribu riban ni celah gigi dia je.. lagipun dia social butterfly (senang berkawan dengan sesiapa je orang).

Pada aku ada je orang berjaya sebab MLM ni, mungkin 1 dalam 1000 orang? aku agak-agak je la..

Aku sendiri teruk gak kena masa join mlm tu sampai aku rasa takboleh nak taip mengenangkan betapa sukarnya waktu tu..

Jadi aku berharap pada bisnesman & bisneswoman MLM ni supaya janganlah menindas insan lain yang lemah..

Kalau korang rasa perniagaan korang tu betul, just do it the right way la.. tak perlu kerah tenaga, masa dan wang ringgit orang lain dengan cara camtu.

– Roslan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *