Untuk part I, (https://iiumc.com/pendosa-yang-ingin-lekas-ke-syurga/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/pendosa-yang-ingin-lekas-ke-syurga-ii/).
Hujan yang aku sembunyikan sepanjang proses pengebumian Ayahanda jatuh mengalir sehingga ruangan ibu jari kakiku diisi dengan duka yang tidak akan pernah kering.
Tangisanku membelah sepi setelah melihat Quran yang diberikan oleh Ayahanda sebagai hadiah berada di sudut meja.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Al Baqarah, 286)
Semalam, Ayahanda membacakan keseluruhan ayat 286 tersebut dalam Bahasa Arab setelah memeluk tubuhku. Dakapan tersebut begitu hangat dan aku tidak ingin lepaskannya.
“Ayah nak pergi mana? Jangan tinggalkan!”
bibirku terkunci sebelum sempat bertanyakan soalan yang sering berlegar di benak fikiranku setiap kali Allah mengirimkan manusia melewati perjalanan penyembuhanku.
Ini kerana, setiap daripada mereka akan meninggalkanku sendirian meraba-raba menuju ke daerah cahaya.
Tubuhku yang tidak berjiwa hanya menikmati momen seorang ayah-anak sebelum malaikat Izrail mendiamkan nafas ayah.
Aku menutup langsir rapat-rapat sehingga matahari pun tidak mampu menemaniku dan menekan suis lampu ke dalam sebelum hilang dalam kegelapan.
Tubuhku diterbalikkan menghadap bantal yang aku jadikan tempat meluahkan rasa yang pada saat ini mampu diterjemahkan dalam bentuk tangisan.
Setelah kelelahan, aku palingkan tubuhku kehadapan dan ruang kamarku kelihatan seperti sebuah kuburan; gelap dan suram.
Dadaku sedikit pedih dan segala suara-suara durjana mulai hadir memujukku agar meludah segala bentuk Qada dan Qadar yang masih aku belum mampu telan mentah-mentah.
“Allah mana? Lelah hati kau tak pernah diterima dan dijawab” kata satu suara sambil tertawa
“Lagi satu saat kau nak mati 2 tahun lepas. Tapi, kau sandarkan diri kau kepada Allah pada saat akhir sedangkan Dia tak pernah adil kepada kau.” Teriak satu suara lain
Teriakanku semakin kuat. Aku tidak menyangka kepingan jiwaku yang Allah tinggalkan dirobek-robek dengan kejamnya.
Sifat kebergantungan aku terhadap manusia sering dipertikaikan semua orang. Namun, mereka tidak sedar ianya becambah daripada trauma yang aku cuba jahit.
Keadaan ini memberikan impak kepada kesihatan mentalku.
Kata pakar, aku mengalami abandoment issues yang tidak dapat diselesaikan hanya dengan nasihat yang diutarakan dalam satu perkataan iaitu “bergantunglah hidup dengan Allah bukan manusia.”
Lapisan lukaku terlalu dalam. Jika dijadikan serial drama, susah pasti ianya berpuluh musim.
Ketika aku cuba untuk membaca ayat yang diberikan oleh Ayahanda. Ada suatu suara yang tadinya ketawa cuba memanipulasikan jiwaku yang sedang bergolak.
“Ujian apa kalau bentuknya cuma nak menyeksa kau. What you get coming back to him? Nothing!!”
Tanganku lekas-lekas mencapai laptop Acer kepunyaanku yang berwarna merah.
Aku menaip Selawat Tafrijiyah yang mengandungi alunan kegemaranku bagi membunuh segala suara-suara yang bersedia memerangkapku sekali lagi ke dalam lurah kesesatan.
Malangya, usahaku tidak membuahkan hasil yang ranum.
“Sauna tak tutup lagi ni baru pukul 6.30, have a good time and malam sambung clubbing.”
Tanganku mencapai telefon pintar yang sudah aku matikan setelah mendapat khabar berita ayahanda pulang kepada PenciptaNya.
Status Whatsapp dan Story Instagram yang bersambung dengan Facebook ditampal dengan coretan kesedihan tidak balas sesiapa.
Begitu kecewa aku kerana tidak sesiapapun mahu untuk memberikan sedikit kekuatan untuk aku terus kuat.
“Kau tengok, semua orang seen story Whatsapp dan Instagram kau. Nobody cares about you anymore”
Hilaian tawa menukarkan perasaan kecewa dan marah. Bermulalah episod aku menyalahkan Tuhan kerana menghujankan batu yang menyakiti tubuh dan jiwaku.
Keresahan (Anxiety) mula menyelinap masuk. Air mataku yang masih lagi mengalir aku kesat kerana menganggu penghilatanku.
Aku menuju ke dapur mencari alatan tajam untuk mengores tubuhku. Aku berdiri selama lima minit di dalam kamar mandi sambil memegang alatan tersebut.
Namun, aku tidak mampu mencederakan diriku sendiri. Entah mengapa, tetapi Allah sudah melenyapkan keinginan aku untuk mati bunuh diri.
Aku kembali menangis di bucu katil. Talian Befrienders menjadi tempatku mengadu. Tetapi, segala derita tidak mugkin dipadamkan dengan apa pun buat ketika ini.
Ada satu komen yang aku baca dalam nada perli (aku tahu hamba yang menulis komen ini berniat baik tetapi suara-suara yang menemaniku tidak berfikiran seperti itu).
Ibu merupakan guru Sekolah Kafa. Jadi, aku sememangnya mahir membaca Al-Quran. Tapi, setelah diuji dengan kematian, kemurungan, memiliki jiwa songsang, aku sudah berhenti membacanya. Pada hemat kalian, aku rugi dan hina.
Tetapi, ketidakstabilanku menyebabkan aku menjauh daripada Al-Quran. Jujur, aku tidak menemukan ketenangan walaupun membaca surah kegemaranku iaitu Yusuf.
Namun, aku akan berusaha untuk memainkan MP3 Al-Quran setiap hari ketika memandu ke tempat kerja dan setiap pagi.
Aku sudah kehabisan pil penenang. Esok merupakan janji temuku di hospital. Jadi, pilihan yang aku ada untuk tenang hanya kembali ke lembah maksiat.
Perasaan ini sememangnya mempunyai kelemahan iaitu aku tidak akan tenang pada beberapa waktu sedang larut dalam maksiat. Tetapi, ada kegembiraan aku tidak jumpa dalam hikmah yang sifatnya rahasia.
Aku memasang aplikasi Grindr yang penuh dengan noda dan dosa. Profileku ditulis dengan perkataan luka dan mengingingkan teman bicara. Dalam satu saat sahaja sudah penuh mesej ingin menemaniku yang sedang dalam kesedihan.
Namun, habuan yang mereka cumalah tubuhku yang enak untuk diterokai. Beberapa lelaki tua dan muda ingin ke rumahku. Tetapi, aku ingin keluar daripada ruangan yang penuh dengan memori pahit ini.
Seluar merah pendek aku sarungkan. Aku tidak ingin memandu dan hanya memesan Grab untuk ke sauna yang mampu mengubat kesedihanku.
Pelitup muka aku gunakan untuk menutupi air mata yang baru sahaja berhenti. Kesedihanku masih lagi kuat. Tetapi, ianya pasti akan hilang sebentar setelah aku mendapatkan bau seorang lelaki.
Grab berhenti sedikit jauh daripada lokasi sauna songsang. Aku berjalan perlahan-lahan. Mesej lelaki-lelaki yang tubuh mereka mengiurkan muncul. Kata mereka, di rungan gelap sauna ada pesta s3ks.
Aku mencapai kondom yang dibeli dan merenung beberapa kali sebelum aku campak ke dalam longkang.
Mataku kembali merah. Aku memalingkan tubuhku dan berjalan sejauh 1km sambil menangis. Setelah tenang, aku mengambil Grab dan pulang ke rumah.
Di rumah aku kembali semula ke dalam kumpulan telegram onani. Dan aku hanyut dalam keenakan yang sementara dan terus tidur tanpa waktu isha kerana terlalu kecewa.
Aku dibangunkan oleh jam penggera pada jam 3 pagi. Keinginanku untuk Tahajud dan Taubat tidak wujud. Mana tidaknya, aku sudah kembali menjadi pendosa.
Aku sudah tidak lagi mampu menangis perasaanku sudah kebas dan kaku (numb). 2 jam aku habiskan sehingga azan subuh berkumandang.
Entah megapa aku masih lagi keinginan untuk berwudhu walau hatiku galau dan terluka. Aku tidak mempunyai sebarang rasa dan hanya bergerak seperti seorang zombie.
Bacaan subuhku terasa kosong. Tetapi, aku tetap teruskan juga hingga ke tahiyat akhir. Suara-suara tersebut hanya ketawa melihat diriku sebegini rupa. Mereka cukup gembira kerana ideologi untuk bunuh diri boleh disumbat ketika jiwaku kosong.
Aku selesai menulis bahagian tiga ini pada jam 9.42 pagi pada tarikh 7/8/2023.
2 hari cuti diperuntukkan kepadaku kerana harus ke hospital untuk menguruskan sesi terapi dan pengambilan ubat.
Ya. Aku masih lagi kaku dan kosong. Entah apa yang akan berlaku pada hari ini. Aku tidak mengerti sedikitpun hikmah yang tersembunyi dibalik ujian yang cukup berat ini.
Apa mungkin aku akan ke sauna?
Masjid bukan pilihku kerana aku akan rasa terhina berada dalam kalangan orang alim dan sering mengalami serangan panik bila berada di dalam sana.
Apa mugkin aku akan mati bunuh diri?
Segala bentuk fikiran bunuh diri sejak dari semalam tidak senyap. Tuhan pasti tidak akan menyelamatkan aku kali ini.
Apa mugkin ada manusia peduli akan kondisiku?
Tidak mugkin. Tidak sesiapa pun membalas Whatsappku. Peti masuk Instagramku masih kosong.
Apakah aku akan mendapatkan kembali perasaan yang akan membuatkan ku kembali menangis di atas tikar sejadah?
Jawapan ini sudah tertulis di Luh Mahfuz. Namun, aku harus melalui kesakitan yang tiada noktah.
Apa mugkin wujud satu ruangan istimewa untuk hamba yang duji sejak dilahirkan?
Ya atau tidak. Itulah jawaban untuk pendosa dan anak soleh yang sedang berada di tengah-tengah pilihan yang menyiksakan.
Hidup atau Mati..
Syurga atau Neraka..
– Hud (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit