Pengalaman Berhadapan Dengan Orang Sejenis

Assalamualaikum and hye, nama samaran aku nak letak Yati la, tak tau nama ape nak beri. Itu hari aku ada baca pasal yang kena kacau dengan ms janda songsang tu, (https://iiumc.com/diganggu-mak-janda-psycho/). Kesian pulak aku baca, hahaha.

Tapi aku pernah juga berada di situasi budak tu. Dulu2 waktu zaman 20-an, now dah awal 30 an. Ada yang kecam cakap budak tu lemah sangat, jangan la kecam dia mungkin dia jenis orang yang lembut and soft. Bukan macam certain orang memang kasar and tegas.

Macam aku dulu (dulu) seorang yang introvert. Kena macam budak tu juga baru masuk kerja kena kacau dengan boss perempuan. Aku ni anak sulung and perwatakan aku memang kasar tapi bukan tomboy la, masih bertudung and tubuh aku pun jenis tinggi kurus juga. Boss aku tu isteri orang, free hair seksi. 

Waktu mula masuk kerja dulu kita fresh grad tak kenal orang, tak de pengalaman kerja, tak de pengalaman kendali orang sekeliling. Memang senang la kena pedajal. 

Cerita dia, aku kerja sebagai pembantu peribadi dia. Asalnye aku masuk sebagai admin tapi disuruh nya aku buatkan air untuk dia, ambil barang dia, semua benda la, last sekali jadi pa dia. Aku kerja dengan dia selama tiga tahun. Lama juga bertahan dengan kerenah dan godaan hahaha.

Around setahun lebih macam tu la bru keluar perangai sebenar dia. Dia nampak normal je sebab ye la kan ada suami. Kita pun tak terfikir langsung ke situ pergi nye. Aku waktu tu umur 25. Susah sangat cri keje waktu tu ye la kita tak ada pengalaman memang company dia je tak silap aku yang aku dapat offer. 

Pendekkan cerita, dia minta aku setiap pagi pergi hantar keje and setiap malam p hantar balik rumah dia. Waktu tu berat sangat rasa keje tu sebab ye la, aku pun ada life aku tapi kalau tak buat nanti dipecat. Terpaksa la aku buat. Dia bagi kereta, guna kereta company.

Makcik tu umur 40 an, free hair dan suami dia segak. Tapi suami dia pun busy and ada kerja sendiri. Kadang2 aku terfikir diorang ni bergaduh ke sebab selalu berasingan macam orang luar aku tengok di ofis. 

Sambung, start dia tunjuk perangai gila dia waktu dia ajak aku pergi teman shopping baju. Aku ikut and jdi tunggu kehulu kehilir. Waktu sedang pilih baju tu, dia cakap nak try baju so aku tunggu di luar. Ha waktu itu la dia minta aku tolong zip kan baju dia.

Aku waktu tu pergi je la tak ada rasa apa yang pelik lagi, nohhhh sekali masuk dalam bilik tukar baju tu, waktu tu la dia flirt. Kan bilik tu sempit. Dia minta aku zip, so aku zip la dari belakang sekali dia lepas tu dia pusing and tengok kat muka aku. Sambil tangan pegang lengan. Dia cakap ape, cantik tak I.

Aku blur, aku jawab ha cantik tapi dia biase2 je. Aku tak reti la nak cerita situasi tu tapi agak lain sikit la situasi tu. Aku cepat2 keluar sambil berfikir apa la nasib aku lepas ni dengan mak lampir ni. Then baju tu tak jadi beli.

Lepas keluar dri kedai sambil jalan dia pegang lengan aku and cakap dia penat aku cakap la jom balik tapi tak nak. Tapi gesel muka kat lengan aku cial betul hahaha. 

Naik kereta tu la bermula drama mak lampir, dia cerita dia dengan suami tak hepy la, suami busy la. Macam2 la last sekali conclusion dia, dia suka aku sebab aku selalu ada and selalu bagi attention. Memang la aku ada sebab aku keje cetan hahaha. Aku pulak jadinye masuk cerita gile ko tu.

Waktu tu aku memang diam dan jawab pun erm erm macam tu je lah. Takut siot sebab dia nampak macam tak betul pun ada makcik tu. Dia keep tanya aku, aku ok ke tak dengan luahan hati dia and tanya aku incase aku ada perasaan yang sama.

Aku ni karang tersalah jawab memang kena maki la. Dia memang selalu je marah2 aku sebelum ni. Aku hanya mampu gelak and seingat aku jawab, nanti nak balik fikir jawapan hahahaha.

Tapi apa aku boleh cakap, aku pun tukar company juge selepas setahun macam tu. Tak tahan asyik kena kacau sampai ganggu mental jugak la.

Tapi alhamdulillah Allah jaga aku and maruah masih selamat tak diragut mak lampir. Ada je dia goda2 macamtu. Benda biasa sebab kita tak tertarik so tak mencabar sangat. Sentuh2 tangan, sentuh muka erm ignore je lah tapi yang mencabar bagi aku bila naik kereta dengan dia. 

Waktu setiap kali naik kereta, nak pegang tangan, nak sandar di bahu. Duk sentuh peha aku ermm rimas tapi makcik tu pandai juga goda. Maaf la terpaksa cakap. Dia memang selalu je sentuh belakang, tapi bagi aku biasa je sebab tak rasa sangat. Sampai aku genggam tangan dia kuat juga la and berdarah sebab kuku aku cengkam.

Aku genggam nak suruh dia stop je tapi tak tau nak cakap macam mana plus dengan takut, nervous, waktu tu memang ingat Allah je tolong la tidurkan manusia ini ya Allah dalam hati, tapi yang heran member tu boleh gelak2 je tangan da berdarah. Memang gile mak lampir tu.

Sejak dari tu la dia tahu aku tak boleh disentuh situ tapi situ la hari2 dia sentuh. Dalam bilik meeting selamba je bawah meja gosok peha aku memang sakit hati gila rasa. Setiap hari balik kerja menangis. Nak kerja tempat lain tapi tak dapat. Nak berhenti banyak komitmen. Begitu la aku hadap setahun juga la.

Mostly banyak dalam kereta dia buat hal sebab di ofis ada cctv. Bila waktu sebelum naik kereta dengan dia memang aku akan baca doa pelindung diri, kadang2 berenti pam minyak sebab nak distract attention dia pada aku. Selalu buat alasan sakit perut, tapi sebenarnya aku dah sampai level anxiety kot.

Setiap kali dia nak sentuh peha aku tu aku jadi panic dan nak berenti kereta. Serius sakit hati plus trauma. Aku tak tau la macam mne dia sentuh atau sebenarnya memang aku yang sensitive area situ waktu tu. 

Memang waktu tu, masuk je kereta memang macam di neraka la aku dikerja kan dia. Makin aku tak suke makin itu la dia buat. Sampai suatu hari aku minta nak stop kerja. Sebab waktu tu aku dapat tawaran lain tapi gaji sedikit rendah. Aku syukur gila dah. Tak apa la rendah pun asalkan mental fizikal aku ok.

Tapi paling setan sekali, dia ajak untuk buat benda tu. Aku tanya la dia, macam mana nak buat aku bukan lelaki hahahahahaha bodoh la rasa kalau ingat balik. Kenapa la aku ni tunggul sangat pergi tanye.

Aku tolak pelawaan dan dia ugut nak cakap pada husband dia. Dia ingat aku nerd sangat, aku ugut balik aku cakap aku ada bukti dia usik2 aku baru lah dia senyap juga. Then aku blah. 

So conclusion dia, kalau dengan orang mental tak betul tak usah la kite perbodohkan diri ceramah ke, nasihat ke. Kita blah je jaga diri sendiri.

Aku selalu ya nasihat dekat mak lampir tu, selalu ajak dia solat, haram jadah nak dengar. Kena marah ada la malah dijadikan tempat nak puas nafsu setan dia. Aku ada lalu itu hari nampak company dia ada lagi, kalau jumpe depan2 memang nak tampo je rasa. Ha sekian kesian. 

– Yati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Hahaha kelakar la baca🤣. Dah merenyam sangat, sesama jenis pon selera ye mak lampir🤣🤣

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *