Pengalaman Czer Tak Jadi

Assalamualaikum semua. Selama ni aku hanyalah seorang ‘silent reader’ page ni. Tapi kali ini teringin sangat nak share satu pengalaman yang aku takkan lupa sampai bila bila.

Macam tajuk yang diberi. Aku pregnant anak kedua and kandungan ni songsang. Aku dapat tahu masa scan 34w. Masa tu terus call bagitahu mak. Aku rileks sebab aku ingat baby akan pusing sendiri.

So memang tak buat pun exercise apa apa untuk pusingkan baby. Just cakap2 biasa dengan baby “nanti pusing kepala bawah yaa”

Next scan 36w. Masih lagi songsang. Time ni dah start nervous. Kena refer pakar di hospital, pakar cakap kita tunggu sampai next week, kalau tak pusing jugak kita bagi tarikh untuk czer.

So balik tu terus call mak inform. Minta mak ayah doa bagi baby pusing and dapat bersalin normal tanpa czer.

So, long story short. Aku ke hospital lagi untuk next appointment. Aku yakin time tu baby masih lagi songsang. And yes memang songsang.

Pakar terus bagi date untuk czer. Kena swab test dulu, masuk ward and tarikh czer. Time tu memang berserah ja lah. Czer pun czer janji aku dengan baby sihat dan selamat.

Lepas balik inform mak dulu jugak, kena czer, tarikh masuk wad sekian2. Time ni dah redha and mengalir la jugak airmata. Bukan lah tak okay dengan czer tapi kalau boleh normal kita try normal. Czer pun satu proses kelahiran jugak kan.

4 hari selepas ke hospital; kandungan 37w4d. Malam tu lepas makan malam rasa perut tak selesa sangat. Teringat anak sulung dulu lahir 37w5d. Aku dapat rasa yang baby ni pun akan keluar sama hari. Sixth sense perempuan ni kan lain macam sikit.

So before tidur aku dah buang gelang rantai and simpan elok2. Bag hospital pun aku kemas semua dah.

Pukul 530 pagi esoknya. Aku terjaga. Bangun tahajud, then solat subuh. Masa masuk toilet dah perasan ada bleeding sikit. Sama macam pengalaman anak first dulu.

Lepas solat sambung tidur, and perut still tak selesa. Tapi bearable sebab tu boleh sambung tidur. Pukul 730 inform husband.

Ha kelam kabut dia. Aku keluar toilet tengok2 barang semua dah dalam kereta fuhh the flash.

Pukul 8pagi keluar cari breakfast and husband drive slow amat. Maybe ingat aku tak sakit kot. Padahal contraction tu dah start sikit2. Aku apa lagi, terus paksa p hospital.

Sampai hospital aku turun sorang, nurse suruh daftar and swab test. Masa ni aku terbawa bag. Nak bagi husband, dia dah jauh tunggu dalam kereta dekat parking dengan anak sulung.

So aku usung ja la bag sandang aku tu. Swab test 830pagi, kena tunggu result sejam so 930pagi baru dorang akan panggil untuk check.

Masa menunggu sejam tu aku dah tak selesa tapi aku still boleh tahan; sambil sembang dengan akak ni (dia panggil aku adik pdahal kitorang sama umur, so aku biarkan je la dia adikkan aku hiks) Dia pun tengah tunggu result swab test.

Cerita itu ini, aku ke tandas lepas hajat. Lepas keluar tandas, result negative and nurse panggil masuk bilik nak check ctg. Nurse suruh bagi bag dekat husband, aku call husband dia baru ontheway.

Haaa, time ni contraction dah makin kuat. Nurse cakap ctg tak helok. Dia suruh aku mengiring ke kiri. Bunyi pun tak elok jugak.

3/4 kali dia suruh aku mengiring melentang mengiring melentang tetiba sixth sense aku mai balik, aku cakap “nurse ketuban macam dah nak pecah ni” lepas aku cakap tu fuhhhh pecah betul.

Macam terjun air sungai. Nurse cakap time tu 940 pagi. Time ni husband dah miscall banyak kali nak ambik bag, dia tak tahu bini dia tengah bertarung dengan hidup mati hmm.

Doc datang check laluan katanya scrotum baby dah dekat luar. Hah kelam kabut deme tak tahu nak buat apa. Sebab doc pakar tak sampai lagi.

And baby pulak dorang baru tahu songsang. Pdahal aku dah inform dekat kaunter depan baby i breech. Hm maybe tak sampai info tu. Sokay lah.

Lepas kelam kabut huru hara, time tu aku dah tak keruan sambil dalam hati doa “belah lah aku belah lahhh cepatt sakit sangat ni oiii” sebab deme ni discuss apa benda tah aku dah la sakit ni.

Tak lama lepas tu dorang tolak aku masuk lr nearby, dorang takbagi teran. Tapi aku dah sakit sangat, aku push sekali, doc tu cakap hah pandai lagi sikit. Dah dia puji aku lagi la semangat nak tunjuk skill.

So 3 kali teran Alhamdulillah 955pagi macam tu baby songsang tu keluar Allahuakbar. Maha suci Allah. Senang sangat dia keluar. Aku bersyukur sangat aku dah selamat bersalin normal untuk baby songsang ni.

High risk tapi alhamdulillah Allah bantu. Allahuakbar. Malu aku dengan Tuhan. Sebab Dia bagi aku keajaiban ni. Padahal aku tahu aku tak la baik mana pun.

Memang aku rasa nak sujud syukur lepas beranak tu tapi kaki terketar ketar gegor satu katil acane nak sujud nya.

Masa baby selamat keluar, nurse sorang ni cakap baby ni lembut macam gymnasium. Satu bilik gelak ke dia. Padahal dia nak cakap gymnastic, ya lah nurse. Aku gelak sikit ja sebab nurse lagi sorang tengah jahit fuhhh

So tu lah cerita pengalaman czer takjadi aku. Aku nak share la jugak tips yang aku buat sepanjang pregnant tu. Mana tahu boleh bantu ibu ibu lain jugak.

1. Start exercise untuk pusingkan baby lepas balik dari jumpa pakar. Pakar tak boleh buat ECV (proses pusingkan kepala baby) sebab aku ada GDM on diet. Risiko katanya. Sokay. Kita heksesais ja lah pusing kepala ke bawah kaki atas, punggung atas kepala bawah eh macam2

2. Sehari aku akan buat atleast 2-3x exercise ambik masa dalam 5-6 minit.

3. Tiap malam time nak lelap aku akan baca doa macam macam sambil tangan di perut and usap dari atas ke bawah.

4. Kalau rajin aku akan letak lampu phone dekat bawah perut. Katanya nak attract baby ke arah cahaya. So dia akan pusing. Katanyalahhh.

5. Next, tiap kali lepas solat aku akan baca doa baby songsang sambil usap perut and cakap nanti pusing ya baby. Mak hang nak bersalin normal ni. Moga Allah mudahkan urusan kita nanti.

6. Tiap hari aku akan baca yasin yang 41x tu sebanyak dua kali. 1 siang, 1 malam. Masa berhenti yang baca banyak kali tu aku akan doa sungguh sungguh minta Allah mudahkan urusan aku bersalin. Mintak baby pusing and aku nak bersalin normal. Tu ja aku mintak dengan Allah.

7. Sepanjang pregnant aku kerap terjaga tengah pagi. Waktu tahajud. Sebenarnya time tak pregnant pun aku kerap terjaga waktu tengah pagi. Dulu noob, selalu fikir mistik ja. Tapi rupanya Allah sayang. Allahuakbar.

So aku akan bangun tahajud and doa banyak banyak. Selain tu aku sebut juga nama kawan kawan atau saudara yang tengah pregnant, untuk permudahkan urusan mereka jugak

8. Selain tu. Masa bulan puasa aku tak miss bangun tahajud. Sebab aku takut sangat dengan momokan pengalaman2 ibu2 lain yang ada contraction berhari hari. Sakit jahit banyak etc.

So aku berdoa sungguh2 minta apa yang aku nak. 10-15 minit before berbuka aku akan doa jugak. Doa banyak banyak. Bak kata abang aku dia selalu ingatkan ‘the power of doa.’

9. And kalau aku ada ws kawan kawan, aku akan inform dorang psal situasi aku tu, baby songsang etc and minta dorang doakan yang baik baik. Alhamdulillah ada yang bagi kata kata semangat. Apa yang Allah beri nanti, tu lah yang terbaik untuk hang. Pesan kawan aku.

10. Ha. Masa pagi lepas subuh time turun tanda tu, aku sedekah subuh banyak dari biasa, dengan niat permudahkanlah urusan bersalin aku. Mungkin tu jugak antara asbab Allah mudahkan urusan aku pagi tu

11. Aku ada jugak ikhtiar minta air tawar dari sorang atok ni. Air tu aku minum and usap2 dekat perut jugak. Tu last la ikhtiar. Kita usaha ja lah apa cara sekalipun

12. Ni yang penting. Minta doa parents husband siblings untuk doakan kita. Lepas aku bersalin tu mak aku paling bersyukur dia cakap mak doa selalu bagi dapat bersalin normal. Abang aku pun sama, lepas habis solat dia doa kan aku. Allahuakbar. Terima kasih uols

13. Okay habis.

Aku tak letak harapan terlalu tinggi untuk baby pusing dan bersalin normal. So aku study la jugak pasal bersalin czer.

Aku masuk group pengalaman czer di fb. Aku baca pengalaman2 ibu ibu lain. Seram. Tapi aku tetap dengan doa moga Allah sentiasa mudahkan urusan aku untuk bersalin normal. Tapi kalau czer pun, czer lah. Aku redhaaa

Tapi alhamdulillah Allah dah tetapkan yang aku bersalin normal walaupun baby songsang. Alhamdulillah jugak dua dua selamat.

Baby pun tak ada seliuh tangan atau apa. Syukur amat. Dan juga terima kasih mak ayah husband adik beradik kawan kawan untuk doa kalian.

Antara doa yang aku amalkan :

1. Surah Ghaffir ayat 44 (wa ufawiidu….)

2. Doa baby songsang (allahumma ya muhawwala….)

3. Doa Nabi Yunus (La ila hailla anta subhanakainni….)

4. Alam Nasyrah

5. Surah Yasin

Hah tu ja la kot pengalaman aku. Dan semoga dipermudahkan urusan ibu ibu yang tengah pregnant sekarang untuk proses melahirkan nanti. Aamiin.

Oh. Lepas aku bersalin, tarikh yang sepatutnya aku masuk wad untuk czer tu (seminggu selepas tarikh bersalin) hospital tu kena kuarantin sebab ramai staff positive covid. Allahuakbar. Terima kasih ya Allah permudahkan segalanya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar.

Kalau ada kawan2 yang tahu cerita ni takpayah la mention aku tau. Buat tak tau ja okay.

– A mother (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *