‘Penjaga’

Hai, aku Nawla (bukan nama sebenar), perempuan berusia lingkungan 20-an. Aku tahu kadang-kadang orang tak percaya tentang adanya makhluk-mahluk yang kita tak nampak, seperti ‘saka’ dan ‘penjaga’.

Dulu, aku sangat takut bila sebut pasal saka, sebab apa yang aku tahu saka tu jahat. Tapi rupanya tak. Ada juga yang baik dan menjaga kita.

Masa aku kecil, aku selalu sangat kena gangguan. Parents aku selalu hantar aku berubat dengan seorang kawan baik dia ni.

Masa aku berusia 5 tahun, ada sekali tu kami keluar jalan-jalan, waktu tu dah malam. Aku nampak ada seekor kucing warna hitam, mata dia merah pandang aku. Rupa-rupanya tu bukan kucing. Lepas tu aku menangis dengan teruk sekali, aku pun tak tahu kenapa.

Sampai sekarang aku masih ingat peristiwa tu dan aku sedar waktu tu. Tapi aku pun tak boleh fikir kenapa aku menangis. Ayah aku terus bawa pergi rumah kawan dia, dan macam biasa kawan dia kata aku nampak benda tu.

Masa aku umur 6 tahun pulak, aku pergi rumah nenek saudara aku. Waktu tu tengahari. Mak cik aku yang tinggal dengan nenek saudara ni nak mandikan arnab dia, so saja la dia ajak tengok. Entah kenapa waktu nak datang dekat, aku rasa ada makhluk besar tiba-tiba sergah aku.

Terus aku sakit perut teruk hingga aku menangis tak henti-henti. Nenek saudara aku buatkan air Yassin dan bagi aku minum, baru aku elok. Kemudian makcik aku panggil orang datang rumah dia untuk tengok betul ke ada benda tak elok ni, dan orang tu berjaya tangkap ‘2 ekor’.

Bila dah besar, aku dah kurang kena gangguan. Tapi aku masih ada kebolehan untuk rasa kalau ada benda-benda ni dekat aku. Mereka suka kacau aku time aku tidur, sampai aku terpaksa azan kuat-kuat nak keluar dari situasi tu.

Aku syak ada benda nak mendampingi aku, jadi aku cerita lah dekat mak aku. Rupa-rupanya mak kata dia pun masa kecil selalu kena kacau, macam ada benda nak kat dia juga. Maybe sekarang benda tu pergi kat aku.

Kemudian mak cuma ajar macam mana nak defend diri, baca ayat-ayat al-Quran untuk protect diri, dan amalkan zikir serta amalan-amalan harian, terutama sebelum tidur.

Meskipun aku selalu kena ganggu, aku tak pernah tengok kes-kes histeria berlaku depan mata aku sendiri. Selalu je aku dengar cerita macam benda-benda tu masuk dalam badan orang hingga buat orang meracau, tapi memang tak pernah aku tengok sendiri macam mana keadaannya.

 Alhamdulillah, tak pernah terjadi kat diri aku. Dan aku bersyukur semakin meningkat dewasa, aku dah takde kena kacau lagi. Cuma aku masih boleh rasa keberadaan benda-benda tu, kalau dia ada dekat dengan aku. Aku anggap je itu satu anugerah untuk diri aku.

Masuk universiti, itulah pertama kali aku duduk berjauhan dengan keluarga, dan kira pertama kali aku merasa pengalaman duduk asrama. Macam biasa, kes-kes histeria ni popular dekat asrama.

Kolej kediaman aku ni dikira kolej yang baru siap dibina, dan baru setahun diduduki. Bilik aku terletak di tingkat 3 hujung sekali, tak jauh dari tangki air. Aku dapat bilik yang 2 orang sahaja dan aku sebilik dengan kawan satu sekolah menengah dengan aku.

Dijadikan cerita, ada budak bilik depan aku ni (aku namakan dia Iza) lemah semangat. Dia memang selalu kena gangguan, so kami memang akan selalu tengokkan dia.

Sehinggalah suatu malam, aku keluar join aktiviti persatuan waktu tu. Aku memang aktif di universiti sejak semester satu. Malam tu aku pergi program persatuan, hingga pukul 11 malam.

Bila aku balik bilik, aku pelik sebab kolej aku masih meriah semacam walaupun dah pukul 11. Masih ramai orang dok lalu lalang kat koridor luar. Aku tak fikir apa-apa waktu tu, dan terus naik ke bilik.

Sampai bilik, housemate aku cerita pasal Iza kena histeria, dia meracau-racau sampai kena panggil ustaz datang ubatkan.

Perasaan aku waktu tu tak tahulah nak rasa lega ke rasa bersalah ke. Sebab sebenarnya aku pernah lah rasa teringin nak tengok benda tu jadi depan mata aku, tapi tak pernah lagi berlaku.

Kejadian yang sama berulang sekali lagi, waktu tu pun aku keluar ada aktiviti persatuan. Dalam jam 10.30 malam time tu roommate aku call, tapi aku silent handphone so aku tak dengar. Jam 11.00 malam aku dah habis aktiviti, aku call dia balik.

Rupanya dia nak tanya, lama lagi ke aku nak balik, sebab dia dah ketakutan. Histeria tu berlaku sekali lagi dan kalini lebih teruk, sebab benda tu berjangkit-jangkit ke seluruh level kami.

Ustaz datang ubatkan Iza, bila dia dah okey bilik lain pula menjerit. Ustaz ubatkan bilik tu, tiba-tiba bilik lain pulak kena. Benda tu dok kacau budak-budak kolej kami, so housemate aku ketakutan seorang diri.

Aku bergegas balik bilik time tu, dengan ambil masa lebih kurang 15 minit berjalan kaki. Sampai di kolej, suasana masih riuh, tapi kes histeria tu dah selesai.

Ustaz pun dah balik, Iza pun dah bertenang dalam bilik dia. Waktu aku masuk bilik, housemate aku berteleku atas katil peluk bantal, nampak ketakutan.

Rasa bersalah pula aku sebab tak ada dengan dia waktu-waktu macam ni. Kerana kejadian tu, kolej kami adakan bacaan Yassin setiap hari selama seminggu.

Ada juga peristiwa lain waktu aku habis kelas malam, dalam jam 10.00 malam. Bilik kuliah kami malam tu terletak di bangunan yang agak usang dan jauh dari pejabat utama. Malam tu aku dah mula rasa tak sedap hati, macam ada benda tak elok akan jadi.

Kami berjalan balik macam biasa dengan kawan-kawan, tapi aku perasan ada seorang classmate perempuan aku ni dah macam pelik sikit perangai dia. Waktu jalan ramai-ramai tu, dia diam tak bercakap apa dan muka dia masam mencuka.

Elok aku sampai bilik, kecoh di group whatsapp kelas kami, classmate aku tu histeria sebaik sampai di kolej kediaman dia.

Aku dah mula ada perasaan macam ada something yang jaga aku supaya tak kena benda-benda ni, sebab setiap kali benda macam ni berlaku, aku takkan ada di tempat kejadian. Tapi aku rasa mungkin perasaan aku je kot.

Masa semester lima, aku kena pergi program team building dalam hutan. Aku dah biasa join aktiviti ni sebab memang setiap semester aku masuk hutan, tapi kalini ada cerita sikit.

Malam tu kami kena buat night walk seorang diri. Setiap orang diberikan nombor badan dan aku punya nombor adalah C2.

Bila sampai ke pasukan aku, fasilitator minta jalan terus dua orang berpasangan, sebab waktu tu dah lewat malam dan fasi nak habiskan cepat aktiviti malam tu.

So aku jalan berdua dengan teammate aku. Biasalah masuk hutan waktu malam, aku dah rasa benda-benda tak nampak ni banyak je yang perhatikan aku.

Hingga sampai di satu kawasan, ada seorang fasi temankan kami berdua hingga ke checkpoint akhir. Esoknya heboh pasal geng fasi nampak ada ‘benda’ ikut salah seorang peserta. Tapi mereka tak cakap siapa orang tu.

Hinggalah habis aktiviti, dalam bas waktu nak balik ke universiti, ada orang datang jumpa aku. Dia cakap dengan aku, yang malam tu diorang nampak ada benda ikut tu, sebenarnya benda tu ikut aku.

Mula-mula aku tak percaya, kemudian diorang confirmkan nombor badan aku C2, aku iyakan. Diorang kata memang betul ada arahan suruh follow peserta nombor C2, sebab tu fasi tu guide aku. Dan dia kata mungkin aku tak perasan, malam kedua pun actually mereka beri perhatian kat aku.

Aku dah mula rasa takut, kalau ada benda ikut aku. Tapi aku beranikan diri je habiskan semua semester aku di universiti tanpa fikir apa-apa. Masuk ke zaman kerja, aku duduk berjauhan dengan keluarga.

Setelah sekian lama tak kena apa-apa gangguan, pada suatu ketika tu aku kena juga. Bilik sewa aku di tingkat 16.

Ianya bermula dengan mimpi yang tak elok, kemudian aku rasa meremang setiap kali balik bilik. Hingga tahap aku rasa ada sesuatu dalam bilik aku, atau sebenarnya dia ada di luar bilik dan sedang memerhatikan aku.

Aku cuba mengaji dan amalkan apa yang mak aku pesan, tapi tak berjaya. Aku masih diganggu, terutama waktu tidur, hingga aku terpaksa tumpang tidur sebilik dengan housemate aku.

Aku call mak aku, cerita dengan dia aku kena gangguan ni lagi. Dia minta aku pergi berubat. Sebaik aku dapat pusat rawatan yang bersesuaian, gangguan tu semua hilang.

Aku kembali normal, dan tak ada lagi mimpi-mimpi yang menakutkan, mahupun perasaan yang tak sedap. Aku batalkan niat aku tu untuk pergi berubat.

Hinggalah sampai suatu hari aku dipertemukan dengan Din, seorang yang ada kebolehan untuk mengubatkan orang, boleh nampak dan boleh berinteraksi dengan benda-benda tak nampak ni.

Macam mana aku boleh percaya dekat Din ni, sebab aku adalah juga test dia dulu, nak confirmkan betul ke dia boleh berinteraksi dengan benda-benda ni.

Aku suruh Din tanya benda tu, apa yang aku buat pada tarikh sekian-sekian, dan apa yang Din cerita tu betul. Sebab tu aku boleh percaya kat dia.

Din kata, aku ada ‘penjaga’, iaitu saka yang datang daripada atuk aku. Din kata saka tu baik, atuk aku bagi untuk jaga aku sebab aku selalu kena kacau waktu kecil.

Aku pun tak tahu betul ke tak, sebab atuk aku dah tua dan tak berapa dengar sangat, so aku nak tanya atuk aku pun belum tentu dia faham.

Tapi aku ingat dulu atuk aku selalu cerita dia nampak harimau kat kampung. Kadang-kadang harimau tu tunggu kat depan simpang dan ikut dia balik mengaji, kadang-kadang harimau tu duduk kat depan tangga rumah.

Dulu aku ragu-ragu nak percaya cerita atuk aku tu, sekarang aku faham yang sebenarnya atuk aku boleh nampak benda-benda ni dan harimau yang dia nampak tu pun sebenarnya benda yang orang lain tak boleh nampak. Dan haiwan tu adalah penjaga dia sebenarnya.

Sama dengan kes aku ni, menurut Din aku ada penjaga yang akan ikut aku ke mana-mana aku pergi.

Dia tak jahat, sebaliknya dia akan protect aku dan sebenarnya aku terhindar dari kejadian-kejadian histeria tu pun sebab ‘penjaga’ ni yang halang aku daripada berada di tempat kejadian, dan halang daripada benda-benda tak elok terkena dekat aku.

Banyak lagi sebenarnya kisah yang terungkai sejak aku jumpa Din, termasuklah kes ‘benda’ ikut aku masa team building tu. Juga kisah-kisah yang aku yakin ada kaitan dengan atuk aku dan kejadian-kejadian lain masa aku kecil dulu.

Atuk aku selalu cerita pasal puteri lah Pak Haji lah yang dulunya aku tak tahu nak percaya atau tak, tapi sekarang aku tahu atuk aku tak berhalusinasi. Dia sebenarnya ada kelebihan tersendiri.

Aku tak pasti sama ada orang nak percaya atau rasa benda ni syirik. Pendapat aku, makhluk Allah ni bukan manusia je. Ada juga jin, syaitan dan yang lain-lain. Bagi aku, tetaplah Allah sebaik-baik pelindung dan semua yang berlaku tu ketetapan daripada-Nya.

Sekadar coretan dan perkongsian cerita.

– Nawla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *