People nowadays

Saya perhati ramai yang sindir graduan malaysia,marah pasal baju konvo la, marah pasal ptptn la, marah dan marah…okay senang saya rasa rakyat malaysia tak perlu belajar tinggi2, spm pun tak payah belajar biar orang luar jaa yang kuasai bidang pendidikan senang kan..

saya bukan nak backup cuma kebanyakkan graduan berhempas pulas tapi hanya kerna gambar konvo semua dikecam, inilah hakikat mentaliti dan sebab pelajar gred 5 di singapura setaraf dengan pelajar tingkatan 3 di Malaysia sebab kita di didik dengan bidang pendidikan bertaraf rendah termasuk menyindir golonggan berpendidikan tinggi.

Hakikatnya gerakan Mahasiswa patut mendapat sokongan rakyat, dah la menteri tak ambil port sangat pasal pendidikan, masyarakat kita pun sama cuba la sesama kita fikir positif dan tawarkan kerja pada mareka.

saya bukanlah graduan, tp bila melihat golonggan yang konvo ini saya bangga dengan orang melayu yang mula ramai dalam bidang pendidikan. JIka semua meniaga habis siapa yang jadi guru? doktor? golonggan pro?? bila kaum Cina dan India naik mula la kaum melayu bising tapi hakitkatnya kaum melayu terus layu.

Jadi pada pendapat saya, jika begini la kondem dan cemuhan di laman media saya percaya suatu hari kita akan jadi bangsa yang bodoh kerna tak ramai yang sanggup terjun bidang pendidikan kerana khuathir di cemuh.pernah lihat negara maju seperti jepun menghina golonggan berpendidikan tingggi?

pernah lihat cina cemuh anak2nya yang konvo universiti? tapi saya setuju bahwa graduan jangan terlalu menonjol dengan gambar sebab akan mengundang presepsi tidak baik kerna kaitkan jubah konvo dengan pakaian agama lain, tapi pakain yang tak tutup aurat yang memang salah tak pulak masyarakat islam ambil peduli.

Tuntasnya, kita kaum melayu sedang menghadapi kepupusan masyarakat minda kelas pertama, masyarakat berpendidikan ( pendidikan ini tak semestinya di Universiti malahan juga intitusi lain), dari sekolah hingga universiti kebanykan golonggan berpendidikan dicemuh. elok la melayu Menteri hingga ke rakyat sedang menuju ke era kebodohan ilmu dan kejahilan agama.

– Siskecewa

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *