Aku yang terpulau

Salam admin. Harap dapat post confess aku ni. Penting untuk budak-budak usrah kat luar sana sedar diri.

Aku dulu pernah masuk usrah dengan kelab *M* kat UIA. Macam mana aku boleh join kelab ini? Sebab ditarik oleh senior-senior. Masa aku mula-mula sampai kat UIA dulu, kelab ni ada bagi survey form. Mungkin drpd situ dorg contact aku sbb ada tinggalkan nom fon.

Mula-mula agak kekok juga. Ye la, aku bukan budak sekolah agama, xpernah pulak ikut prog2 mcm ni. Tapi tak pelah, aku ikut juga sbb aku ada dgr2 yg usrah ni boleh bantu enhance diri.

Lepas beberapa lama, aku rasa manhaj kelab *M* mcm ada suatu yang pelik sikit. Selalu didendang-dendang seolah kelab ni je yang perjuangkan nilai-nilai islam kat uia ni. Kelab lain seolah-olah jadi macai je kat uia ni. Aku pun pernah tanya naqib aku, kenapa kita kena ada mentaliti mcm tu sedangkan terang2 kita (kelab *M*) bukan satu2nya kelab yg berdakwah kat uia ni.

Lepas beberapa lama, aku rasa aku mula tak boleh masuk lg dgn manhaj kelab ni. Akhirnya aku suarakan pada kawan seusrah aku. Dia kata "apa pun yang terjadi, kita tetap sahabat selamanya kerana ukhuwah kita sebagai muslim." Akhirnya aku buat kptsn utk jauhkan diri dari kelab ni.

Lepas beberapa mnggu, aku mula aktif dgn kelab dakwah yg lain. Aku suka kelab ni sbb komited dgn agenda pembumian ilmu, dakwah & kebajikan. Tak pernah sekalipun naqib atau mana2 member dr kelab ni bgth kelab ni yg paling rapat dgn perjuangan islam bagai. Aku rasa hepi sbb kelab ni kena dgn jiwa aku. Aku aktif join kelab ni dr sudut usrah & prog2 pembumian ilmu.

Sebulan lps aku join kelab baru ni, rakan2 usrah dr kelab *M* tu dtg jmp aku. Konon2nya nak consult tntng kptsn aku msk kelab baru ni. Apa yang "menariknya", selepas seminggu pertemuan tu, aku dpt rasakan yg rakan2 usrah aku tu mula jauhkan diri dari aku. Bila aku tegur (sapa) bila ktorg berjumpa tgh jalan (walhal satu kuliyyah je kot mostly ahli usrah tu), masing2 buat xkenal. Bila jumpa kat cafe mengelak. Dan pernah sekalo tu nak duduk skali kat meja makan cafe, dorg bg mcm2 alasan utk xbg aku duduk sekali, walhal sampai dorg blah meja tu ada kosong. Ni cuma hanya bbrp contoh.

Aku tau, mesti ada dr kalangan korg yg akan kata aku ni terlebih sensitif la dll. Tp akhirnya benda ni terbongkar jgk bila salah sorg member usrah aku kat kelab *M* tu terhntr satu msj kat aku (spttnya hntr pd member yg lain) psl rasa bersalah sbb "pulaukan" aku. Aku rply blk msj dia, tp dia xreply. Aku kol, dia xangkat. Aku jmp tgh jalan, dia mengelak lg. Hmm.. apa agaknya yg aku dah buat salah?

Actually aku xkisah sgt bnd ni sbb bg aku, aku berkawan dgn semua org. Cuma apa yg aku agak kesal, nilai2 ukhuwah yg dilaungkan tu tak lah secantik praktisnya. Aku skrg dgn kelab yg baru tu. Kpd kwan2 kat usrah yg lama, aku doakan korg semua berjaya dalam hidup msng2. Kalau kerana aku join kelab baru ni korg buat aku mcm ni, maka aku bersyukur sbb aku blah dari kelab korg. Kalau aku duduk lg lama, aku tak tahu lah apa pulak hipokrasi yg aku akan nampak dan diajarkan kpd aku.

adios.

– Jebat Derhaka

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *