Malam aku diganggu

Semalam aku balik kerja dalam hujan. Lepas tu aku rasa masa aku bawak kereta tu dah rasa pelik. Sampai dekat rumah. Aku pun tengok la tayar kereta aku. Betul lah tayar kereta aku tak ada angin. Tayar kereta aku yang satu tu memang ada masalah sikit. Ada lubang kecik. Tapi aku agak busy untuk ada masa nak pergi kedai tayar.

Lepas tu aku pun masuk la rumah dulu. Pikir dan pikir. Lepas tu ak pergi mandi kejap. Dan basuh kain. Siap keduanya, dah pukul 6.40. Maka aku matikan hasrat aku nak ke kedai tayar. Lagipun dah malam, dan aku perempuan. Dan ish, aku baru lagi pindah area sini. Jadi aku tak biasa sangat. Wuuu takut jugak.

Lepas tu malam tu aku meneruskan aktiviti kebiasaan aku iaitu tengok Gegar Vaganza. Ekekeke. Lepas tu aku pun dah ngantuk dalam pukul 11.30 malam tu pun aku tidur la. Elok je aku nak tidur, hujan turun dengan lebatnya.

Dulu masa dekat rumah lama, bilik aku tak ada tingkap, sebab tengah-tengah, aku rasa agak lemas, tapi kalau hujan guruh apa sekali pun aku mmg tak dengar sangat so aku watlek watpis je, laaa ni dah pindah rumah, bilik aku dah ada tingkap. Bilik aku ada langsir, tapi langsir agak jarang. Maka bila hujan tu kan, jadinya kilat sabung menyabung, dan nampak jelas dekat tingkap aku. Dan lepas kilat datanglah guruh. Kan kelajuan cahaya tu yang paling laju mak aiii. So setiap kali kilat datang, aku rasa bilik aku bercahaya sangat, dan aku bersedia untuk kedatangan guruh selepas it. Aku takut. Rasa macam guruh nak masuk dalam bilik je.

Perkara kilat dan guruh sabung menyabung terjadi agak lama la dalam sejam. Aku ngantuk, tapi aku tak dapat tidur, sebab cahaya yang datang tiba-tiba dan di ikuti dengan guruh yang sangat kuat hoi. Then aku tukar tempat tidur, dan aku tutup kepala aku dengan bantal. Tetiba je aku dah dengar alarm pagi aku. Dan aku rasa aku tidur tak puas wuuuu.

Okay, conclusion terhadap cerita ni, yang pertama, aku ngantuk sekarang ni, jadi I need to write something, so that this sleepiness (?) may go away. Kedua hargailah apa yang kita ada sekarang, sebab boleh jadi apa yang kita ada contoh bilik kita sekarang lebih baik dari bilik kita yang akan datang. Ketiga, work it our. Usaha untuk selesakan tempat tinggal kita sekarang. Lulz. Nampak tak ayat ngantuk aku. Ekekeke. Bai.

Oh tayar aku dah pam jap pagi tadi, untuk sementara, jap lagi lunch hour aku bawak g kedai tayar. Rimas kan jadi pempuan ni nak kena kisah pasal kereta, aku tak suka. Aaaa. Cepatlah ada suami boleh suami kisahkan pasal kereta sume. Hiks.

– Aktif

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *