Korang ada tak kenalan atau kawan-kawan yang mereka ni ada kerja, ada rumah, ada duit simpanan, tetapi tak minat buat investment; takde invest asb, takde invest emas, takde invest hartanah, takde invest saham, tak de buat side income.
Bila tanya kenapa tak nak buat investment? Jawapannya, dah merasa cukup dengan apa yang ada, jadi tak perlu nak invest apa-apa.
Sebelum aku cerita lebih lanjut, aku nak kongsi 2 kisah. Mungkin korang pernah baca kisah ni.
Kisah 1 : Seorang doktor yang berhenti kerja dan jadi ejen insurans /takaful. Lepas beberapa tahun, dah ramai client, ramai orang bawah, dapat banyak komisyen dan jadi orang kaya baru (OKB).
Lepas dah jadi kaya, dia bandingkan dengan kawan-kawan yang masih bekerja doktor. Dia kata, aku sekarang lagi kaya dari korang, walaupun aku berhenti jadi doktor.
Kisah 2 : Seorang pensyarah yang baru bekerja di universiti. Sebelum ni dia pernah interview untuk jadi cikgu sebanyak 2 kali, tetapi gagal. Kemudian, dia sambung master & PhD, dan jadi pensyarah.
Walaupun lambat bekerja dari segi umur, tetapi dia bandingkan gaji dia lagi tinggi dari kawan-kawan dia yang kerja cikgu selama 8 tahun.
Dia kata, dengan gaji dia sekarang, dia boleh beli rumah 700k, tetapi kawan-kawan dia yang kerja lebih lama hanya mampu beli rumah harga 300k.
Ini contoh 2 kisah. Mungkin ada banya lagi kisah yang korang sendiri pernah alami.
Point aku nak kongsi dengan korang adalah berkenaan rezeki & qana’ah.
Rezeki ni bukanlah dari segi duit, gaji, wang ringgit semata-mata.
Rezeki ni cukup luas, anak-anak adalah rezeki, dapat berbakti pada kedua ibu-bapa pun rezeki, dapat membantu orang lain pun rezeki, dapat kawan-kawan/jiran yang baik pun rezeki.
Bila kita rasa cukup dengan hidup kita (qana’ah) itu pun rezeki.
Hidup kita ni berbeza, jalan cerita berbeza, timeline berbeza.
Orang yang berkahwin, ada yang rezeki mereka dapat anak cepat, ada yang bunting pelamin, tetapi ada juga yang rezeki dapat anak lambat, lepas 5 tahun kahwin, lepas 10 tahun kahwin, baru dapat anak.
Orang yang cari kerja, ada yang rezeki mereka dapat kerja cepat, baru habis belajar, terus dapat tawaran kerja. Ada yang bertahun cari kerja baru dapat.
Orang yang cari duit, ada yang rezeki mereka cepat, untung berlipat ganda. Ada yang rezeki mereka lambat, bertahun-tahun usaha, ada yang rugi, ada yang terciduk.
Disebabkan perbezaan jalan hidup kita, jadi janganlah kita membanding-banding kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. Bila kita membanding-banding, ada dua kesan:
Pertama, kita akan merendahkan orang lain. Kita anggap kitalah paling berjaya, orang lain yang tak ikut cara kita tak berjaya. Bermulalah sifat riak, ujub, takabbur & sombong.
Kedua, kita akan rasa tak cukup. Kita tengok orang lain ada rumah besar, tapi rumah kita kecik. Kita tengok orang lain pakai iPhone, tapi kita pakai phone murah. Kita tengok orang lain pakai kereta mewah, tapi kita pakai kereta biasa.
Bila kita rasa tak cukup, kita mula rasa stress dengan kehidupan kita, mula rasa penyesalan, yang menyebabkan kita tak bahagia.
Jadi, berhentilah membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.
Di zaman media sosial ni, semua orang berlumba-lumba nak tunjuk apa yang mereka ada, menyebabkan orang lain pun teringin nak hidup sebegitu.
Sedangkan zaman dulu-dulu, zaman atuk nenek moyang kita, semua mereka bahagia dengan hidup mereka. Walaupun susah, tetapi mereka merasa cukup dengan apa yang ada.
Tak salah kalau kita bercita-cita nak jadi hebat/ kaya macam orang lain. Jadikan sebagai sumber inspirasi.
Tetapi janganlah sampai tahap kita tak bersyukur, kita lupa dengan apa yang kita dah ada. Kita mula rasa stress dengan hidup kita, mula rasa tak cukup, mula rasa tak bahagia.
Sebab tu lah orang kaya pun, walaupun dah bergelar jutawan sekalipun, tetapi ambil rasuah/ songlap duit. Sebab mereka tak rasa cukup dengan apa yang mereka dah ada.
Hiduplah dengan qana’ah. Merasa cukup dengan apa yang kita ada. InshaAllah, kita akan rasa lebih bahagia dan gembira.
– Zac (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit