REPLY: Su4mi Pengotor

Hye Sis Jenab. Saya tertarik nak reply confession sis..

Suami Pengotor ; https://iiumc.com/su4mi-pengotor.

Sis Jenab awak tidak keseorangan.

Saya sebenarnya dalam dilema juga macam sis.

Umur perkahwinan pun tidak jauh beza. Sangat memahami perasaan sis.

Apa yang ingin saya katakan, kita memang tidak akan mampu ubah seseorang. Kerana budaya itu sudah sebati menjadi darah dagingnya.

Saya – apa cara yang tidak saya lakukan. Dari yang baik, sehingga yang kasar.

1) Bercakap /menegurnya dengan cara baik.

2) Snap gambar2 kekotoran dan kesepahan yang dilakukan suami, hantar kepadanya.

3) Mogok 2 3 hari tidak bercakap dengan suami.

4) Pernah sekali paling baru bulan puasa tempoh hari – saya mengamuk dan luahkan segala yang terbuku di hati tentang sifatnya yang suka menyepah barang, dan tidak kemas semula.

Ada lah berubah 2 3 hari, kemudian bila saya dah okay, dia pun kembali kepada perangai asalnya.

Penat. Terlalu penat. Mungkin orang luar akan lihat perkara remeh, tapi kita yang melaluinya sahaja yang tahu peritnya menahan rasa.

– Baju kotor yang berpeluh, berlonggok dan bergulung atas katilnya sehingga hapak (sekarang kami dah tido asing bilik, sebab saya dah tak tahan). Sedangkan bakul saya dah sediakan tepi pintu tandas.

– Balik kerja malam jam 11 tidak mandi sampai pagi – alasan tertidur penat.

– Tuala lepas guna terperam hingga masam.

– Tidak suka pakai deodorant hingga peluh yang berbau kuat.

– Jambang dan rambut jenuh dipesan suruh potong, kadang-kadang kalau keluar, sengaja saya yang suruh singgah terus barber potong rambut dan shave jambang.

– Sampah setiap hari perlu cakap suruh buang ke luar.

– Belum kira tandas, 5 tahun kahwin tangan saya inilah yang menyental.

– Sawang-sawang rasanya kalau bukan saya yang mencuci, memang tebal.

– Pernah saya dalam pantang, rumput panjang tinggi lutut, dah berhari2 minta suami racun. Tidak diendahkan. Sudahnya saya yang keluar meracun, ketika dalam pantang.

– Selalu tak flush. Pampers anak dibiar dalam sinki, kadang kalau pampers bertahi dia boleh biar dalam sinki tandasnya 2 3 hari (Kami juga sudah asing tandas).

– Belum kira hal-hal lain, di mana diambil barang di situlah ditinggalkan.

– Dan banyak lagi yang saya tidak list kan.

Kadang-kadang disebabkan sifat suami yang sebegitu, membuatkan saya berasa marah (dalam hati) kepada ibu mertua saya. Mengapa tidak mendidik anak lelakinya hal ehwal kebersihan dan kekemasan.

Ini memang benar, sebab memang terbukti di rumah ibu nya sendiri.

Jika di rumah mertua, tiada siapa yang akan menyental tandas kecuali bila saya balik.

Pernah ketika saya mengandung, hampir tergelincir di sana sebab tandas yang berlumut.

Kalau di bilik mereka, rumah kayu itu di setiap lapisan papannya bersawang dan berhabuk. Sampai naik hitam kayu dinding tersebut.

Saya di awal perkahwinan, pernah diminta tidur di satu bilik (sebab tidak cukup bilik di rumah mertua) yang ada peti ais freezer.

Faham la bila ada peti freezer, ada makanan mentah dan sebagainya. Dengan berlalat dan berbau darah,

Ya Allah saya memang menangis dalam hati malam tu, begini kah mereka menerima ahli baru dalam keluarga mereka.

Dulu-dulu, rajin juga saya tolong sental dan kemas rumah mertua bila balik, sekarang saya tahap sudah tidak ada perasaan nak menolong apa-apa.

Dalam hati saya selalu berkata, di rumah sendiri pun aku penat mengemas, di rumah mertua juga aku penat mengemas.

Saya bukanlah perfectionist atau OCD, cukuplah jadi manusia normal yang inginkan persekitaran sedap mata memandang. Sedap hidung nak bau. Bukan bau hapak baju-baju yang terperam.

Saya memang bertekad – untuk mendidik anak lelaki saya dengan hal ehwal kebersihan sejak dari sekarang. Lepas main kemas, sampah buang dalam tong sampah.

Baju kotor letak bakul.

Kadang-kadang, anak saya sendiri sudah pandai menilai dan mengomen –

“Kenapa babah sepah-sepahkan barang ni mommy?”

Saya pun tidak tahu berapa lama perkahwinan saya boleh bertahan, kerana saya sudah terlalu tawar hati. Jujur, sayang itu sudah hilang.

Ingin menjeruk perasaan sampai bila?

Kerana seumur hidup itu terlalu lama.

Jika saya ingin berpisah dengan suami, mahkamah nak dengar ke alasan sebegini?

Mohon pandangan rakan-rakan.

– Senasib (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *