Salam semua. Thanks admin sbb approve. Baru-baru ini sy ada baca ttg kisah si ketot.
Sy pun dr golongan ketot pendek. Tingga sy 145cm. Dulu sy ni sangat kurus sampai tulang rs tajam dan memang lurus macam papan dengan muka tak lawa mana. Gelap dan berbintik hitam.
Nasihat sy, rajinkan diri bersenam dan makan dengan kuantiti nasi yang banyak. Breakfast berat, lunch pun sama, dinner pun sama. Kalau blh minum petang sekali untuk tambah berat badan.
Bila berat naik sikit rs mcm ada isi, bersenam utk reshape body. Kita ni pendek janganlah badan sekeping. Jgn pulak berisi sgt. Muka pun kena jaga selalu, biar berseri. Tak payah putih melepak pun. Janji okay.
Rajinkan diri tgk fesyen semasa untuk yg bertubuh kecil untuk padankan apa yg sesuai dan tak. Jangan nampak mcm budak-budak. Kasut tinggi sangat membantu ya.
Nak kata tak ada lelaki yang nak perempuan kontot ni sy rasa ramai juga yg nak berkenalan lebih rapat dengan sy yg dulunya sll diejek mcm budak budak ni. Tunang sy pun orgnya tinggi dan sasa. Jangan risau
Just yakin dengan diri dan jgn rs rendah diri sangat. Kita tak ada ketinggian tak apa tp ada lagi aset kita yg lain boleh bantu. Banyakkan bersenam. Sangat membantu body. Sekian dr sy.
– Miss S
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Fatimah Azzahra Shafie
best ape jadi ketot… awet muda sokmo ~ huhu
Saya pun jenis ketot 146cm,dulu masa zaman diploma kurus kering hitam kusam,now dah kerja eh seronok pulak menternak lemak sampai dh jadi gemuk pendek..now tgh usaha membasmi lemak2 yg ada bagi bmi stabil..tp seronok juga berisi sikit, tak la nampak sakit mcm dulu ,muka pun ada rupa penagih.. .. bab rasa rendah diri tu duluu pernah la rasa cmtu tapi lama2 dah biasa..relax la yee..
Syazwani Izzati Ridzuwan kurus kering hitam kusam.hahahahah.
Seriously kurus kering hitam kusam..buruk sgt rupa..now biar la gemok pun tp xla hodoh cm dulu lol