respon to lelaki korang nak macam mana lagi?

salam. saya nk respon dr post sis "hamba" berkenaan kawannya yang tak dilayan.

pertama, baguslah kawan sis tu ada usaha untuk berkahwin, dengan confess caranya. cumanya, proses confess tu pun ada pelbagai medium dan seeloknya menggunakan orang tengah yang dipercayai untuk mejaga aib dan menjaga hati

kedua, statement sis di bawah ni saya x berapa setuju sebab mmg naluri seorang perempuan mcm tu, tapi tu bukan alasan untuk kita go on dengan apa yang kita rasa (nak rapat dan share dengan kwn rapat yang belainan jantina)

"usia 20 an macam ni,memang kita perlukan sorang kawan yg betul2 rapat i mean berlainan jantina tak kisah la couple ke tak,tapi sbgai someone yg ade untuk kita share everything."

saya teringat salah satu respon Dr HM Tuah berkenaan isu mcm ni, dia kata tiada istilah kawan utk yang berlainan jantina. sbb berkawan yang diredhai adalah untuk mencari redha Allah. tp bila dan berlainan jantina, syaitan adalah yang ketiga, dan byk kemungkinan buruk boleh berlaku. antara yang terbaru ialah gadis perempuan dirogol dan dibunuh di rumahnya sendiri. ni akibat dari share dengan lelaki yang rapat. wlpun saya tahu lelaki di uia ni baik2, tp still itu tidak menghalalkan apa yang haram.

dan yang terakhir, kadang kita lupa nk istikharah sblm buat apa2 keputusan. jd lupa berbincang dengan Allah, yang memegang selurh kehidupan kita, supaya dengan apa2 langkah yang kita ambil adalah yang terbaik. jd lps ni sblm kita bgtau org tgh utk sampaikan pada jejaka pilihan tu, istikharah lah dulu. supaya ada berkat dari setiap urusan yang kita buat.

ok dah. banyak plak akk membebel ni. org kata, membebel ni tanda sayang. so akk nk confess jgk lah. akk sayang engkorang sume. salam

– kakak

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *