Salam korang.. Harap sgt admin dpt post luahan prasaan aku. Cewahh
Aku ada adk blaja kt uia. Dia ambil accounting. Alhamdulillah dia dpt biasiswa tapi lately ni adk aku slalu mengadu yg dia tak boleh nk survive kt uia sebab accounting uia susah. Lecturer tak mengajar sangat, which means semua student kena usaha belajar sendiri. Dia kata kalau kos membaca tak pe la, ni kos melibatkan kira kira. Memang dia tak boleh go on la. Selalu nangis2 mcm org histeria. Dia dh tanya senior, semua cakap accounting uia susah la, universiti lain klas 2 jam, siap ada tutorial lagi. Tapi uia entah pape kelas sejam 20 minit pas tu semua subject nak ngajar within sejam 20 minit tu. Lecturer tak nak guide student, lepas tu kedekut markah. Banyak student yang kena tarik biasiswa sebab tak boleh perform. Masalah sekarang ni aku dah tak larat dengar dia mengadu. Hari2 mengadu bnda yang sama. Dalam whatsapp jgn cakap la, mesej lbih dari 50 line semata2 nak mengadu dia tak boleh survive. Tension sangat sebab aku rasa aku sangat bodoh dan seolah2 akaun uia ni hebat gila sampaikan tak boleh nk skor. Tambah aku yang blajar tak pandai mcm dia lagi la terasa setiap kali mengadu. Almaklumlah, dia dapat sambung uia, aku pula duduk rumah je. So kepada student akaun uia, aku merayu tolong bagi nasihat kat adik aku ni. Sebab dia selalu jugak baca iium confrssion ni. Aku dah muak hari2 dgr dia mengadu padahal spm dia straight a
– Sis yang tak keruan