rommate gila-gila tapi pandai macam nak sepak.

Aku ada sorang roommate ni, dia ni memang gila-gila. cara dia cakap, cara dia bukak cerita, memang best. Nak kata merapu sangat pun tak, nak kata nerd sangat pun tak. Pengunaan ayat dia memang sempoi. Sumpah tak boring kalau berkawan dengan dia.jenis senang nak buat geng kalau kena buang kat mana-mana pun. Aku tengok, dia tak pernah pulun study, study sejam layan movie 4-5 jam. Bila exam dia sorang je tidur awal. tengok-tengok result mantap. Awal-awal aku rasa dia ni dah pandai, study sikit pun boleh pick up banyak. Dah la cantik, mixed bagai, pandai pulak tu. jealous jugak mula-mula tu.tapi makin lama aku tengok dia, there's something about her. Bukan lahir-lahir pandai kan, macam la ni harry potter. Dia ada cara dia yang orang tak nampak dia belajar.

Bila aku tanya macam mana kau study, dengan tak teragak-agak dia jawab, " jangan stress, buat apa-apa jangan stress, mindset tu penting ". So aku try perati macam mana cara dia.

1) Rupanya bila dia dok mengadap movie lama-lama tu, bukan mengadap saja. Pen kat tangan, bila jumpa perkataan baru dia tulis. Bila jumpa ayat yang cantik-cantik dia tulis. Kalau dia tengok merlin, dia selalu ikut si merlin tu cakap. Pendek kata, dalam enjoy layan movie pun dia study. Berapa banyak bahasa aku tengok dia ni cakap, belajar dalam movie rupa-rupanya.Dia pernah cakap, aku budak kampung, tak ada orang nak ajar aku benda-benda ni, tak ada tuition aku boleh pergi, ni la cara nak improve penggunaan bahasa aku. Bila dia start study, dia ambil masa untuk faham, bukan menghafal. Pandai nak point out apa yang penting. Berjalan pun dia boleh mengingat, makan pun dia ulang balik apa yang dia ingat. So aku kena mengaku dia ni memang tak stress bila study sebab dia ada cara nak bagi dia sendiri tak boring, tak stress.

2) Hubungan dengan mak ayah. Dia jaga betul hubungan dengan mak ayah. Tiap-tiap hari call mak. Tiap-tiap hari share cerita dengan mak, tiap-tiap hari minta doa mak. Bila dia bukak cerita ala-ala gosip tapi last-last ada pengajaran, dia selalu cakap, kadang-kadang kita berjaya ni bukan sebab usaha kita sahaja, ada doa mak yang siang malam berdoa, ada doa ahli keluarga yang berharap, ada doa kawan yang sayang kita,ada doa guru yang selalu ingat muridnya, ada doa binatang yang kita pernah beri pertolongan. Minta doa mak ayah, walaupun kita tahu doa mereka selalu ada. Kadang-kadang bila kita minta doa mak ayah ni, kita boleh mengingatkan diri kita. Perjuangan kita bukan semata-mata kerana kita. Ha melekat dalam hati dan minda aku sampai sekarang.

3) Hubungan dengan manusia.
Dia selalu positif. Apa orang cakap, sisi buruk mana orang cerita, dia selalu positif. Dia tak pernah cakap something yang merendahkan seseorang. Dari lecturer sampai la makcik cleaner, semua dia tegur. Kucing tepi jalan pun dia bercakap,siap senyum-senyum lagi. dah macam orang gila dah aku tengok. Kau cerita la kau anak pembunuh ke kau pernah minum arak ke kau pernah terlanjur ke, dia senyum je. Sikit pun tak ada reaksi terkejut ataupun sinis.

4) Novel cinta plus drama melayu.
Walaupun agak mereng, tapi dia tak pernah layan cerita cinta plus novel melayu. Takut ada rasa teringin, dah dalam budaya kita cerita-cerita tu, dekat dengan kita, senang nak terikut. Bak kata dia, ilmu allah tak akan menerangi hati-hati orang yang berbuat maksiat secara sedar atau tidak. Deep gais.

5) ni yang aku rasa paling penting. Dia belajar sebab dia suka. Ilmu tu lekat bukan dalam otak ja, dalam hati sekali.Aku pernah nampak dia lap airmata masa baca buku sejarah. well, sapa saja-saja nak baca buku sejarah? dia bukan ambil sejarah pun. Dia suka share ilmu, kalau aku tak minta pun dia bagi.Dia banyak menulis. Lagi banyak menulis lagi senang ingat. Kalau tengok nota dia, tulis separuh, lukis separuh. watak hudoh2 plus lucu semua ada. Taknak cepat boring katanya.

So, aku harap aku pun boleh dapat sikit pun jadi la sisi positif dia. walaupun tak boleh nak jadi macam dia, aku harap aku boleh belajar sesuatu daripada dia. So kalau stress study, bolehlah try cara ni.

– sisgeramtapisayang

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *