Sambungan sis cuba tabah

Thank you untuk yang concern dan mendoakan. Saya hargai sangat. Sebenarnya saya ada buat part time job jaga event, waiteress kedai makan, kerja dengan staff U dan jual tudung sebelum ni. Alhamdulillah duit tu dapat saya pakai untuk tampung makan dan kalau ada duit lebih, saya beli tiket bas balik kampung. Tapi disebabkan saya tiada transport untuk kemana2 susah untuk saya kerja part time. Ditambah pula saya tiada lesen dan jarak untuk ke tempat kerja agak jauh. Mak ayah dah pesan siap2 kalau pergi mana2 jangan sorang2. So far kerja yang available ni waktu petang hingga ke malam sahaja. Siang saya ada kelas. Lagi pula sekarang saya berada di tahun akhir dan perlu menumpukan 100% pada final year project.

Tbh, saya bukan student dari IIUM. Maaf sangat luahkan kat sini sebab saya tiada tempat untuk meluah. Saya tak nak kawan2 U saya tau masalah saya dan cepat kesiankan saya. Kerana sebelum ini saya ada share masalah saya pada kawan. Dan saya ada minta sedikit bantuan. Tapi rupa-rupanya mereka anggap saya menyusahkan mereka. Jadi, saya tak nak susahkan sesiapa lagi. Cukuplah. Ada banyak lagi orang susah di luar sana. Cuma saya nak berpesan pada kamu semua bersyukurlah. Kalau pergi pasar malam jangan sampai membazir. Beli apa yang perlu je. Kalau kita makan tak habis, simpan peti ais esok sambung makan. Atau bagi kawan2. Walaupun nampak seperti kurang adab bagi makanan baki kat kawan tapi kita tak tahu kot2 kawan kita tu sedang berlapar. Yang penting jangan buang makanan tu. Sayang. Saya dah pernah merasa lapar, terliur tengok kawan makan sedap2. Bila kenyang, dorang buang begitu je baki makanan yang tak habis. Last but not least, selagi ada duit simpanlah. Kita tak tahu bila kita akan ditimpa susah. Dulu pun saya ada buat simpanan tapi dah habis semuanya untuk sambung study. Kalau ada sebarang nasihat atau cadangan, korang boleh tinggalkan email. Tapi maaf sekali lagi. Saya tak nak join MLM. huhu

– Miss Nobody

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *