Selepas Covid Aku Dah Tinggalkan Solat

Pagi ni jam 5:23 pagi, 27 ramadan dan berada dalam masjid aku baru selesai qada kan solat aku yang tertinggal tadi.

Sebelum itu seperti tajuk di atas, aku mula meninggalkan solat selepas dijangkiti covid 19.

Sejak aku dah akil baligh, aku dah mula jaga solat. Walaupun lewat aku tetap akan solat,

Pernah juga masuk kursus dekat sekolah pondok, pernah sertai jemaah tabligh. Banyak kawan dengan orang orang soleh ni.

Tapi semua ini mulai berubah setelah covid tempoh hari, waktu aku dijangkiti covid ketika itu sedang bulan Ramadan. Entah macam mana aku tak solat seharian, qada pun tidak.

Aku dikuarantinkan berminggu minggu duduk dalam bilik seorang diri, makin lama perasaan malas itu datang dan akhirnya solat pun ditinggalkan. Bukan sehari dua hari bahkan berlanjutan.

Kalau solat pun kadang ada yang tak full, tahun lepas aku cuba berubah tapi selalu ada miss solat contoh solat zohor miss, tapi aku tak qada pun. Solat lewat sampai nak masuk azan.

Sekarang ni Ramadan aku cuba ganti kan dengan pergi masjid solat berjemaah, aku nak jadi macam dulu.

Tapi masih lagi hari ini aku gagal kerana tertidur, sekarang aku bangun rasa menyesal. Ingatkan dah berubah rupanya masih ada lompong.

Cakap pasal sakit, aku baru faham aku lemah bila sakit. Sekarang ni pun aku harap sentiasa sihat, jangan sakit sebab takut perangai tinggalkan solat itu datang semula.

Kau bayangkan berpuluh tahun jaga solat ok tapi sakit sekali je covid terus tinggalkan solat.

Aku pernah dengar, kita mungkin berjaya apabila diuji dengan kemiskinan tapi belum tentu berjaya apabila diuji dengan kekayaan.

Macam aku waktu sihat aku berjaya jaga solat tapi bila sakit terus aku gagal sehingga berlanjutan penyakit tersebut.

Sekarang dalam doa aku minta bakal isteri dan anak adalah orang yang menjaga solat.

Aku minta juga diberikan kekuatan untuk solat 5 waktu dimasjid setiap hari.

Status sekarang dalam 5 waktu aku berjaya 3 waktu, 2 waktu tak berjaya adalah zohor dan maghrib (buka puasa di rumah)

Apa amalan aku perlu tambah lagi untuk kuatkan iman aku yang dah rapuh ni?

Dari 2021 aku start tinggal solat, sekarang dah 2024 baru nak taubat dan cuba solat full, bukan lagi ada lompong.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Assalamualaikum. Sentiasa ingatkan diri kita hidup di dunia ni sesingkat duduk di antara 2 sujud. Solat pun semasa hidup je. Dah mati nanti tak perlu solat dah.

    Saya ada dengar satu ceramah ni. Kita tak boleh beribadah sebab kita tiada jemputan dari Allah. Setiap ibadah adalah jemputan. Bagaimana nak dapatkan jemputan Allah? Tinggalkan yang haram. Jadilah hamba Allah yang lebih soleh dan solehah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *