tahun ni aku rasa tahun yang paling berharga buat aku..sebab aku berjaya hafaz alquran 30juz! alhamdulillah..
bukan niat nak berlagak atau riak..tp aku harap kisah aku ni boleh jd motivasi untuk korang..insyaAllah..
aku bkn budak sekolah agama..mula mengaji pun waktu aku tingkatan 1..merangkak2 baca iqra’..bila mula dapat baca alquran, aku rasa gembira tak terkata..aku mula tanam niat nak hafaz alquran walaupun pd mulanya aku rasa benda nih nampak cam mustahil pun ada..tp atas dorongan ustaz aku, aku pun cuba..satu hari setengah muka..kdg2 suku..kdg2 satu ayat..kdg2 ada jugak rasa malas..bila malas aku skip..tapi aku tetap mengulang ayat2 yg aku da hafaz pada hari aku tak menghafaz..setiap hari..
aku mula hafaz waktu aku dlm tingkatan 3..start hafaz surah2 pendek dulu..bawa dalam solat..mula2 aku target nak habiskan hafazan aku sebelum umur aku masuk 20..tapi disebabkan study dan sebab2 yg lain, aku target lagi nak habiskan hafazan aku sebelum aku grad..tapi sekali lagi aku gagal..menghafaz bukan mudah..ada masa kadang2 aku rasa give up..dicampur pulak dengan kos aku yg agak berat..bila aku rasa give up,aku minta nasihat dr ustaz dan kwn2 aku..kdg2 aku layan youtube tengok budak2 kecik mengaji..kalau dorang yg kecik mampu hafaz 1 quran, takkan aku yg besar panjang ni tak mampu?
aku cuba dan terus cuba..setiap lepas maghrib, aku peruntukkan masa untuk menghafaz sampai masuk waktu isyak..kalau dtg mood malas,aku mengaji atau mengulang macam biasa je..ataupun aku dengar mp3 bacaan alquran dan ikut..tak lama pun..hanya smpai isyak..lebih kurang sejam daripada 24jam yg kita ada..atau kurang dari itu..tp sekarang dah kerja lagi tak banyak masa untuk hafaz..tapi mengaji setiap hari tu alhamdulillah setakat ni aku tak pernah tinggalkan walaupun ketika itu aku dalam kereta menempuh jem yg..hermm..paham2 lah..
hari ni hari lahir aku..dan akhirnya aku berjaya jg khatamkan hafazan aku walaupun terpaksa ambil masa lebih kurang 10tahun untuk habiskan satu quran..alhamdulillah..bagi aku,nih adalah hadiah yg paling istimewa yg aku pernah dapat..kalau boleh,aku nak kongsikan hadiah nih dengan 2orang wanita yg paling aku sayang..iaitu mak aku yg dah bersusah payah lahirkan aku dan juga ibu tiri aku..walaupun mereka berdua dah tak ada dan tak sempat untuk lihat semua ni, aku tetap mahu berterima kasih pd dorang yg dah banyak curahkan kasih syg dan sokongan untuk aku selama aku menghafaz alquran..moga Allah tempatkan kalian berdua bersama2 hambaNya yg bertaqwa..
ada sesetengah org tak nak menghafaz alquran sebab takut tak istiqamah dalam amalan seharian..tak nak org cop kita ustaz atau ustazah..tapi aku rasa kita patut hafaz alquran sebab kita semua org islam..bukan hafaz alquran bermakna kita sempurna serba serbi, tapi dgn cara itu mudah mudahan ianya menjadi benteng diri dan kita lebih beringat untuk sentiasa patuh pd suruhan Allah dan menjauhi laranganNya..lebih2 lagi di zaman fitnah ini..insyaAllah..
apa2 pun selamat maju jaya buat korang yg juga seperti aku..yakin semuanya tak mustahil kalau kita berusaha..biar sikit2 asalkan berterusan..moga usaha korang dipermudahkan Allah swt..insyaAllah..
– Tok Ki