Lainy punya Working parents

Kpd confessor psl working parents.
.
Kita membesar dalam situasi yang sama. Tapi parents saya masih lagi berkerja atas sebab untuk menampung adik yang masih sekolah dan seorang di universiti dan hutang kereta dan rumah. Kami hidup sgt sederhana bukanlah orang kaya. Umur keduanya dah hampir 60 tahun tapi masih bekerja. Saya dulu waktu zaman sekolah rasa nak lari jauh2 sbb parents tak sayang, banyak masa untuk kerja je tp saya sedar,arents kerja nak bagi makan anak2 belanja sekolah lg.
.
Walaupun dua2 masih bekerja, total pendapatan rumah sebulan tak sampai 10k. Mungkin pada orang lain nilai 10k sudah besar. Tp untuk orang yang dah bekerja for almost half of their ages, nilai tu tidaklah besar mana.
.
Alhamdulillah, saya sambung belajar atas biasiswa di luar negara. Mmg bg saya, parents dah tak perlu tanggung saya. Rasa gembira bila saya dapat ringankan beban mereka.
.
Sama seperti saudari, hingga kini parents kadang kalanya, akan pulang lewat petang. Pada hujung minggu ada yg bekerja. Saya, bila pulang bercuti, mmg terasa, tiada masa untuk mereka luangkan waktu dengan saya. Balik kerja petang penat, 930 dah masuk bilik tidur.
.
Apa yg saya perasan, kalau parents pulang dari kerja, sampai rumah dalam pukul 7. Kemudian, dengan pakaian kerja, masuk dapur terus masak bersama. Dan makan malam mereka hanyalah makanan yang simple. Kadangnya hanya ikan goreng dan sambal belacan. Ikan dan sambal belacan. Sedap kot. Tp bagi saya dengan penatnya keluar kerja pukul 630, dan sampai rumah jam 7, sgt tak berbaloi.
.
Saya nampak penat mereka, so waktu pulang bercuti, saya lepas subuh akan sediakan breakfast. Nasi goreng, nasi lemak, atau sandwich telur. Tp ada juga sekali dua saya malas, saya tak masak, dan agak terkilan juga la, bila tgk muka parents, they were expecting I prepare something for their breakfast. Lepas tu mmg cuba masak setiap hari. Kalau parents tak sempat makan, bekalkan makanan tu, at least mereka boleh makan masa memandu tak pun di office. Petang pukul 530 saya masuk dapur, utk masak for dinner. Pukul 7 sampai rumah, semua dah terhidang.
.
Saya, seminggu sekali atau dua akan call parents. Tp selalunya parents yg call saya. Mmg tak tahu nak bual apa awal2 berjauhan dulu. Tapi, bila makin lama makin biasa. Akan ada topik untuk dibualkan. Kdg2 ada juga tak tahu nak bual apa. Setakat tny dah makan? Masak apa? Tak keluar ke weekend ni? Adik beradik lain balik tak weekend ni? Kalau dah blur sgt tak tau nak ckp apa, bg alasan nak study. Lol.
.
To confessor, be observant and do things with them, tolong masak, tolong kemas laman rumah, beli barang dapur, makan sama2. Kalau awak tak nak makan, at least temankan mereka duduk kat meja sama2. Biasakan diri tgk muka parents, itu lah muka yang penat mencari rezeki utk membesarkan kita bagi cukup makan semua.
.
Jgn balik cuti banyak habiskan masa dalam bilik tak pun keluar dengan kawan. Nak habiskan masa dlm bilik, masuk bilik parents lepak dgn diorg duduk. Kalau tak tahu nak sembang apa. Terus baring in between them dan peluk. Kalau mak kata kenapa, ckp je bosan tak tahu nak buat apa, then diam je, 2 3 minit lepas tu keluar.
.
Tipu kalau saya tak keluar dgn kawan. Yg ni teruk sgt jgn ikut. Saya keluar malam sbb parents penat tak mau layan saya. Tp hujung minggu mmg saya akan spare the weekend only for my family.
.
Semuanya terletak pada diri sendiri. Cuba untuk rapatkan hubungan. Bukannya analisis semata, tp tak ada usaha. Buat atas dasar sayang.

– Z

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *