Sister dan purdah

Cerita ini dikecualikan daripada sister-sister yang sudah berkahwin mahupun bertunang atau yang mempunyai masalah kesihatan.

Aku dulu seorang yang berpurdah. Jujur aku berpurdah bukan keranaNya. Aku fikir dulu jika aku berpurdah aku akan lebih dekat denganNya. Tapi tidak. Ia cumalah sehelai kain menutup sebahagian muka ku supaya aku tidak rasa tergugat atau tiada keyakinan berhadapan dengan dunia luar. Kerana aku tidaklah seorang yang rupawan. Jadi niatku di situ nyata awal-awal lagi sudah lari.

Sister, semak balik niat kau berpurdah. Jika aku berpurdah kerana tidak yakin dengan wajah ku berbanding wanita-wanita lain, sungguh itu bermakna aku tidak bersyukur dengan kurnianNya yang sempurna ini.

Sister, kau membawa pakaian Islam, jagalah tingkah laku mu. Alhamdulillah sepanjang ku berpurdah dulu aku sangat menjaga perkara ini. Tapi malang, aku ada penyakit hati. Aku sering nak membuktikkan kepada sister lain aku lah yang paling sempurna 'Islamnya'. Aku memperlekeh dalam hati tingkah laku mereka. Bila ada yang lebih dari aku, ada saja benda yang akan aku ungkapkan supaya aku nampak lagi 'lebih' dari mereka.

Aku tidak sedar penyakit hati aku sehinggalah pertunangan aku dibatalkan hanya kerana wajahku tidak seperti yang 'bakal suami' ku harapkan. Aku tidaklah hodoh tetapi mungkin harapan si lelaki tidak seperti yang realiti. Mungkin si lelaki membayangkan wajah siti nur haliza di sebalik kain yang ada di wajahku ini. Hmm.

Mungkin itu teguran Dia untuk hamba yang tidak bersyukur ini. Pedih…betul, guruku pernah memberitahu tiada keperluan wanita-wanita yang solo untuk berpurdah di zaman ini. Ada sebab-sebabnya tapi aku tak nyatakan di sini. Mungkin boleh dikaji sendiri.

Harini hari ke-25 aku tidak berpurdah. Aku tidaklah bangga menanggalkan purdah tapi berdosakah kalau aku tidak berpurdah? Aku lebih yakin sekarang dan bersyukur alhamdulillah. Perbetulkan niat. Berpurdah tak menentukan syurga atau tidak sesorang itu. Tapi aku masih berharap satu hari nanti aku dapat pakai purdah semula dengan niat yang betul dan ikhlas.

– MsM

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *