Sisters only please :)

Hai sisters2 comel sekalian! Kebelakangan ni akak selalu tengok korang post pasal cari jodoh la, crush la, nak kahwin awal la kat page ni. Akak tak fahamla, sebab dah nak dekat empat tahun akak kat sini, takde sekali pon akak terniat nak cari tulang rusuk kanan kat bumi UIA ni. Guane tu?? Haa, meh sini akak nak bagi tips untuk adik2 sekalian supaya kekal solo macam akak sampai habis degree.

1. Upgrade sikit taste korang tu. Jangan jumpe brother2 uia kat club terus jatuh berguling. Banyak lagi mat2 jenon yang dah bekerja, ada kereta, hidup stabil kat luar uia sana yg adek2 tak jumpe lagi.

2. Be ambitious. Simple. Adek2 kene adjust mindset tu yang korang belaja tinggi2 untuk carik kerja elok, give back to your family and society. Bukan belajar tinggi nak naikkan hantaran kahwin je ye.

3. Akak rasa korang pon taw kan mana ada 'couple/bf/gf secara Islam'. Itu semua haraaammmmm.Kahwin je yang dibenarkan dalam Islam. Kalau dah tahu kenapa buat lagi?? Kalau dah rasa ready, matured dah boleh jadi mak orang, gi la kahwin sana. Tapi kalau sebab jeles kawan ade bf, nak rase feeling2 couple semua, baik korang bukak Al-quran. Citer masalah korang kat Allah yang satu. Banyakkan puasa sunat. Insha Allah feeling tu dapat dibendung.

4. Yang paling penting, korang kene jaga mata. Jangan terus nampak abe engine yang hensem2 tu balik bilik terus bukak facebook stalk gambo die.( bukan akak, kawan akak eh) Jaga mata korang bukan sahaja in public taw. Bile sorang2 pon kene jage mata tu.

5. Ingat, jodoh tu kat tangan Allah. Cepat atau lambat akan datang juga. Semua tu dah tertulis dalam bukunya, jadi bersabarlah.

Akhir kata,akak harap tips ni dapat membantu adek2 sekalian untuk mengharungi bumi uia yang penuh ranjau dan duri ni.

P/s: Shout out to the brothers at UIA particularly Malay brothers because you're the reason i am still single (i.e; malays are not my taste). Good job and keep it up!! :)

– Bi-yon-ceyy

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *