Social Awkward 2.0

Hai assalammualaikum. Selepas setahun.. aku berniat untuk menulis semula di ruangan iium confession ini.

Apa yang membuatkan aku terlintas untuk menulis di ruangan iium confession ini adalah apabila aku terbaca satu confession berkaitan “social awkward” pada malam ini di iium confession. Apabila aku baca confession tersebut, aku rasakan itu adalah penulisan aku. Rupanya ya.

Setahun yang lalu, memang aku ada tulis dan buat confession tentang social awkward di iium confession. Aku sangkakan confession aku itu tak diterima oleh admin untuk post di page iium confession. Rupanya admin terima confession aku itu. Terima kasih admin.

Sekali lagi, aku mahu menulis dan membicarakan tentang masalah social awkward yang aku pernah dan rasanya masih hadapi. Harapnya admin terima la confession aku ini dan post di pages iium confession.

Kalau siapa-siapa belum pernah membaca lagi confession berkaitan social awkward yang aku pernah tulis dahulu, boleh baca di sini :

(https://iiumc.com/social-awkward/).

Berbalik kepada topik aku iaitu social awkward. Setahun yang lalu, aku ada meluah tentang diri aku yang mengalami masalah social awkward ini.

Aku alami gangguan kebimbangan apabila aku mahu berhadapan dan berinteraksi dengan orang. Terutamanya apabila aku berada dalam situasi yang mana aku tidak ada kenalan rapat dan aku selesa dengan dia di sisi aku.

Aku juga akan mengalami masalah social awkward ini apabila aku perlu berhadapan dan berinteraksi dengan orang-orang yang aku kurang rapat atau orang-orang yang sudah ada geng sendiri.

Sekarang aku sudah berada di tahun akhir dan lagi beberapa bulan aku akan mengakhiri pengajian ijazah aku. Aku sedar, aku masih mengalami masalah social awkward ini. Cuma, tidak seteruk dulu.

Aku sekarang boleh kawal perasaan bimbang aku atau nervous untuk bercakap di hadapan ramai orang. Contohnya, buat presentation.

Tetapi ada salah satu masalah social awkward aku ini yang aku rasa aku masih alami adalah, aku rasa awkward untuk memulakan perbualan atau menegur orang sama ada orang tersebut aku dah lama kenal atau baru kenal.

Aku jadi bimbang sebab aku tidak tahu apa yang aku perlu mulakan untuk berbual bagi “break the ice” situasi supaya tidak nampak awkward. Aku selalu alami masalah ini. Tambah lagi kalau orang itu aku dah lama tak jumpa, aku tetap akan mengalami masalah social awkward ini.

Sepatutnya, orang yang dah lama tak jumpa bila dah jumpa la kan mesti macam ada banyak benda untuk dibualkan. Tapi aku tak, aku akan macam diam dan cakap sikit-sikit je.

Kadang-kadang aku rasa sedih sebenarnya bila aku alami masalah ini. Sampai sekarang masih alami. Aku tak tahu la macam mana kalau aku dah masuk alam pekerjaan selepas habis belajar nanti. Jumpa dan kenal orang baru. Orang-orang itu mesti la dah kenal each other.

Ini pun salah satu masalah yang aku masih alami. Aku akan jadi bimbang bila aku perlu berada dalam situasi yang mana orang lain dah kenal dan rapat each other sementara aku masih baru dan masih belum kenal atau masih belum rapat dengan mereka. Aku masih alami masalah ini.

Lagi satu, masalah social awkward yang aku hadapi juga,apabila orang lain semua gather ramai-ramai dekat luar, berbual dan bergelak ketawa. Sementara aku pula berada di tempat lain. Contohnya aku berada di dalam bilik.

Dan aku akan timbul perasaan bimbang setiap kali aku nak pergi dan masuk dekat tempat mereka sedang berkumpul ramai-ramai itu. Perasaan itu timbul sebab aku fikir apa yang aku perlu buat bila aku dah duduk kat situ.

Bila aku ada masalah seperti ini. Aku pilih untuk asingkan diri aku. Sebab bila semakin aku buat dan hadapi, semakin sakit yang aku rasa. Aku mengaku, aku ada masalah dalam bersosial.

Aku sedih dengan diri aku. Aku teringin nak jadi macam orang lain. Yang normal dalam bersosial. Yang orang tak pandang aku ni macam orang yang pelik, yang seperti orang tak pandang aku ini macam orang yang sombong(aku tak sombong cuma aku ada masalah ini yang buat aku lebih suka diamkan diri).

Aku tahu bila aku alami masalah ini. Perspektif orang pada aku akan cop aku ni pendiam, anti sosial. Aku dengan orang yang aku dah selesa, rapat dan dah kenal lama aku boleh berbual tanpa ada rasa social awkward ini.

Aku tahu salah satu punca aku jadi macam ini mungkin kerana aku adalah seorang introvert. Aku suka menyendiri dan buat hal sendiri. Mungkin ini salah satu puncanya.

Dan salah satu punca juga kerana aku sering menghadap social media. Aku hadap social media sebab aku nak kurangkan rasa bimbang aku itu. Tapi aku tahu cara aku itu salah.

Aku cadang lepas aku habis belajar kelak. Aku nak buat rawatan dengan psychiatrist. Aku tahu masalah yang aku alami ini aku perlukan bantuan daripada psychiatrist dan perlu ambil ubat.

Aku harap korang yang baca confession aku ini boleh beri kata-kata semangat pada aku supaya aku tidak terlalu fikir negatif dengan diri aku.

Okay lah. Itu sahaja yang aku nak confess pada malam ini.

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *