Student dan Restoran Hipster

Assalamualaikum

Sekarang memang trend kan restoran / cafe hipster? Nak2 lagi kita yang student ni. Ohoi kecur air liur. Nak2 lagi kampus kat bandar pulak tu. Memang merata lah restoran hipster ni bagai cendawan tumbuh selepas jerebu.

Baru-baru ni aku pergi restoran hipster yang agak femes dengan kawan aku. Pada mulanya aku teragak-agak nak pergi. Tapi disebabkan menumpang orang dan position aku cuma co pilot je, aku pasrah. Iyekan aje.

Sampai sana I was like "Maigadddddd. Cool gileeee". Dengan decoration nya, lighting nya, set up meja kerusi, warna cat, wallpaper semua bagai. Nora bagi 5 bintang! Sedang aku terpukau dengan keindahan restoran tu, datang waiter menyambut kami. Okay kami pun duduk di tempat yang disediakan. Then tengok menu nya pulak. Wow skill adobe photoshop yang lehnet. Semua makanan nampak sedap2 belaka sampai tak tahu nak pilih mana. Last2 aku pilih grilled chicken dan kawan aku fettucini carbonara. Menu cliche kalau pergi restoran western kan. Pastu aku order ais kosong je (nak jimat) then dia order milkshake.

Tak lama kemudian makanan kami siap dihidang. Teruja tu mesti la kan. Ambil gambar dulu banyak2 dari setiap sudut dan berlatarbelakangkan deco yang cantik2. Then the best picture kita upload kat insta beserta hashtag restoran tersebut (jangan kata korang tak pernah buat). Ok done! Kita makan.

Pergi ke cashier counter. Tengok bill RM39+. Jilakeee. Aku makan apa je tadi? Muhasabah diri kejap. Make sense lah kan restoran hipster macam tu harga macam tu. #sisinsaf

Sebenarnya aku tak prefer pergi restoran hipster ni sebab boleh agak harga dia macam mana. Tapi kerana mengikut kawan kita hmm je lah. Seorang student yang masih berhutang dengan pt ni mesti kena pandai buat pilihan. Aku lagi suka pergi kedai mamak or warung pak leman dari pergi restoran mahal. At least dengan duit RM39 tu aku dah boleh makan kat kedai mamak selama seminggu. Tak pun RM39 tu beli barang dapur then masak kat rumah (kalau tinggal rumah sewa). Student tak mampu dik non. Kalau kita dah kerja lain ceritanya. Lagi 1, jangan terlalu ikut sangat trend restoran hipster ni. Kita tengok kawan kita upload gambar kat insta terus kita nak pergi jugak. Duniawi semua tu. Biar la kat dia, maybe dia mampu. Belanjalah ikut kemampuan kita.

Sebenarnya aku blogger dan memang ada plan nak tulis buku fixi, tapi ada ke orang nak beli? Kah

*mohon jangan bash. aku bosan tak ada kelas hari ni*

Ye aku lagi, yang benar

– Katy Berry

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *