Kenapa hidup lagi?

Admin,terima kasih daun keladi,kalau sudi post ni.

Aku cuma nak kongsi kisah hidup.
Aku amek masa puluhan tahun untuk betul-betul faham kenapa aku lahir dan siapa Allah tu.

Aku ni degil,mungkin sebab tu Allah tarbiah aku cara macam ni. Aku hilang mak, nenek y dah mcm mak, mse sekolah. Sibling tak rapat.

Ye,Aku bodoh percaya lelaki buaya,bukan setahun,bertahun2 dia berlakon layar babak menangis,berkorban,meratap,menghargai,rapat dgn famly sampai aku percaya mati dan dia amek sme sekali.Buat lelaki tu,aku sumpah kau betul2 menyesal,insaf dan jadi lelaki paling soleh kat bumi ni. Kalaulah nanti kau dah rasa bersalah dengan apa y kau dah buat,tak perlu minta maaf,cukup kau doakan Allah ampun dosa aku & kau.

Dan sekarang,aku rasa aku akhirnya sampai di turning point.Wlaupun aku mcm dah tak ada apa2, tapi sebenarnya aku masih punya masa untuk taubat dan masih dibekalkan iman.Allah je tahu aku y sebenaqnya. Bukan aku berlakon jadi baik. Tapi aku cuma usaha naakk jadi org baik2.
Aku pernah lupa,leka,hanyut dan tersasar jauh dek cinta manusia.

Aku faham kalau manusia tak boleh terima, sebab tu aku dah sedia jauhkan diri dari semua.Betullah, Allah je boleh terima walau hina cmna pun diri aku.Aku sgt sedaq diri.Aku buat salah besaq. Menyesai tahap hampir gila.Allah ja tahu cmna ak battle sensorng lawan kehancuran,kekecewaan spnjg masa.Tapi Allah y baik sgt2 ni, dia sudi bagi chance lagi, bagi aku sabar,kuat,redha.lepas aku derhaka!? Mana lagi cinta dan kasih y lebih tulus dari ni??

Sejak dari tragedi lelaki tu, aku dah mati rasa pasal'cinta manusia'. Aku faham y aku sebenarnya tak berdaya apa2 lansung.Aku mcm dh boleh fhm perangai manusia.Lelaki y baik. Dia takkan pernah usik kau dan dia tetap akan cari y terbaik.
Aku pun dah pasrah kalau dah memang aku tak ada jodoh kat dunia. Aku faham bahawa ikhlas dan setia tu takkan pernah bernilai pada manusia yang berhati nafsu.Banyak lagi y aku belajar dan faham lepas aku cuba baiki diri.

Alhamdulillah,walaupun kisah silam aku pahit dan takkan mampu dilupakan,aku tekad berhijrah, menjadi someone y btl2 berbeza, wallahi,dosa silam tetap menghantui..azabnya..tapi ketenangan y aku dapat jadi ubat.

Masa tu baru aku faham,kalau hati kau agungkan tuhan, segala y kelam ada harapan dan segala harapan kau hanya sandar pada Allah,tuhan. Aku tak nak pertikai kot aku kurang kasih syg mak ayah, sebab itu ini aku jadi begini. Ya Allah, depa lansung tak salah. Tapi aku y salah. Ampunkanlah dosa mak ayah kami semua ya ALLAH..

Masa tu aku sedar dan paham,hidup ni cuma perjalanan makrifatullah dan utk saling berbakti pada insan. Bukan utk cinta manusia semata.bukan utk buat sukahati ja. Tapi nk prepare bekal.Semuanya mati dan pergi dan dah dirakam terperinci.Allah..

Kalaulah korang ditakdirkan berhadapn dgn manusia y sedang berhijrah dan bertarung dengan kisah silam.Kalau tak mampu terima,tinggalkan.Jgn kecam, sebab dosa dan rasa bersalah dia dah cukup mengazabkan.

Sujud syukurlah kalau kau sentiasa terpelihara dalam kebaikan.
Aku yakin Allah tak pernah kejam.
Appreciate your iman.
Percayalah Allah sayang gila kat kita lebih dari sapa2 pun.
Tlg doakan aku berjaya gapai cinta,redha dan ampunan Allah.

-dunia sementara untuk manusia,manusia utk akhirat dan kekal selamanya-

– TakIndahMana

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *