Mencemaskan!

Aku dah lama musykil tentang perkara ini. Tak tahu mahu bertanya kepada siapa. Mungkin korang boleh tolong bagi jawapan matang dan bernas.

Suami aku dianugerahkan Allah, rupa paras yang boleh tahan, ahaks. Dan aku hanyalah si hodoh berjeragat penuh dan hidung kembang, tetapi aku bersyukur sebab semuanya berfungsi dengan sempurna! Alhamdulillah, anak aku comel macam ayahnya. Kih kih.

Ceritanya begini..

Suatu hari, aku upload gambar suami dan anak aku di laman FB. Sebelum ini pun, aku upload je gambar diorang. Gambar aku je yang aku tak upload. Tetiba ada lelaki mesej suami aku, "hensemnya awak". Dia tanya lagi,"itu anak awak ke?" Suami aku pun layan macam biasa, lagipun dia memang peramah.

Tapi, lelaki itu tak berhenti setakat itu! Lusa, dia mesej lagi,"awak, nakkkk." Suami aku tanya,"haha, nak apa?". Pastu dia gelak dan diam. Selepas beberapa hari,"awak, nakkkk." Aku macam, apa masalah mamat nih. Aku tak bagi suami aku layan dia sebab aku rasa pelikkk, so suami aku tak reply.

Kalau tak reply, dia tanya kenapa tak layan dia, sampai hati, dll. Dan pada satu hari, dia dapat nombor whatsapp suami aku, tapi suami aku tak layan. Aku rasa terancam dan geli pulak dengan lelaki nih. Kenapa dia gigih sangat mesej suami aku walaupun suami aku tak layan? Sampai hari ini dia terus mesej suami aku.

Korang rasa lelaki ini species macam mana? Aku yang terfikir lebih atau sebenarnya, normal between lelaki macam ini walaupun first time kenal. Hoho. Apa yang patut aku buat supaya takde benda buruk berlaku?

– Song Ji Hyo

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *