Tolonglah……

Assalamualaikum.

Post aku ni untuk mintak tolong tentang masalah rumah aku back in utara tak jauh dari pulau pinang. Rumah aku tu macam kena sihir, bila orang datang sometimes diorang akan cakap rumah aku tu ada satu weirdness…

Rumah aku memang tak tenang. Family kitorang pecah belah. Adik aku benci abah aku sungguh-sungguh hati. Mak aku dengan aku kena gangguan fikiran dan perasaan sampai pernah satu time tu almost separuh gila dibuatnya, which ubat antidepressant pun takleh cure. Mak dan abah aku selalu bergaduh benda kecik2. Aku pun kadang2 rimas tengok abah aku, walaupun aku sayangkan abah. Aku ni orang pinang dah berbelas kali, tapi tak pernahnya jadi. Orang yang aku nak, family dia mati-mati taknak jumpa kitorang pulak. Setiap kali, uh, eheh, tunang-belum-jadi aku datang rumah, badan dia sakit macam kena paku. Kalau aku tidur, mimpi kena rape tu selalu sangat. Lebam-lebam badan. Kadang-kadang rumah bau busuk hanyir walaupun takda apa sampah. Bunyi tapak kaki. Bunyi ketuk tingkap tengah malam. Bunyi benda sepak dinding sepak pintu. Sampai satu tahap, some people datang rumah aku cakap rumah aku nampak scary macam rumah usang yang ditinggalkan. Padahal rumah aku baru 10 years bina, pagar elok lagi, dinding baru cat, laman rumah terjaga la jugak, kira quite normal la like rumah taman biasa. Macam-macam la. Tulisan ni sikit sangat untuk justify penderitaan aku.

Aku dan mak aku dah try berubat, banyak tahun dah, tapi belum jumpa solutionnya. Abah aku langsung tak percaya benda ni (padahal anak2 paling tension tengok dia without any valid reason) dan tak nak tau, tak nak bantu bila kitorang pergi berubat.

Selain tu, aku selalu baca Baqarah kat rumah, tapi lepas tu siap la badan aku pedih macam kena cili. Aku suruh mak aku baca gak at least ayat 102 dengan 137 tapi mak aku nampak macam disoriented dan makin stress dan entahlah… dekat rumah aku dan adik aku benci sangat solat walaupun kat UIA aku jaga solat. Benci tengok Quran sedangkan aku ambik subjek hafazan. Pedih badan baca quran. Entahlah. Serabut ni too much…

Oh, btw dulu kitorang selalu dapat flyer/surat dari Siam, gambar sami apa semua, tapi sebab tak faham, kitorang buang je la. Motif sami tu bagi surat kat kitorang yang Islam ni? -..- Dahlah mana temple tu dapat nama and alamat mak aku pun aku tak tahu. I wonder if that has anything to do with the stuff going on at my house.

Setakat ni kitorang cuma pergi kat Darusshifa ja la, sebab tu je la kot yang kitorang percaya tak bercanggah dengan Islam. Taktau la kot mak aku pernah berubat dengan orang tak semenggah ke wallahualam.
Kalau korang kenal any ustaz belah KL ni yang aku boleh cari, or belah Pulau Pinang yang boleh datang rumah aku ke, please, aku berharap sangat bagitau. Nanti aku pm minta nombor phone and alamat. Aku betul-betul dah buntu sebab dah makin teruk sangat dah ni, even badan aku dah semakin tenat tanggung gangguan ni.

Terima kasih sangat-sangat for your response. I am really in need of help.If you have other petua cadangan, solution tell me. Thank you so much.

– Insan perlukan bantuan

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *