Saya isteri yang terluka sebab baru tahu suami dah berkahwin dan mempunyai anak 8 tahun.
Maksudnya saya telah dimadu lebih 10 tahun tanpa saya sedar.
Sungguh hancur hati ini bila dapat tahu suami dah berkahwin lain.
Saya cuba mencari kekuatan. Saya pun ada anak yang telah besar.
Saya nak komen yang boleh beri saya kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Saya tak tahu nak luah pada siapa.
Suami saya baik orangnya dan bertanggungjawab dan saya layan dia seperti raja baju kerja saya gosokkan, memasak dan nafkah batin tanpa culas.
Suami dah banyak kali minta maaf tapi hati saya sudah hancur.
Saya mengadu kepada Allah. Saya pendam sendiri tetapi semakin parah sakitnya hingga mengganggu hidup dan prestasi kerja saya.
Saya harap ada yang dapat membantu dan memberi kekuatan pada saya.
Saya tak mahu menulis panjang lagi sebabb hati ini masih sakit dan tidak tenang.
– Noni (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semoga Puan berlapang dada menerima ketentuan Allah, sekiranya suami Puan masih menjalankan tanggungjawab dengan baik, memberi nafkat seperti layaknya seorang isteri, maka hak Puan telah ditunaikan dengan baik, tetapi klu hak Puan tidak ditunaikan, terpulang kepada diri Puan untuk membuat tindakan seterusnya
Puan Noni, jangan bebankan fikiran puan dengan sesuatu yang telah berlaku dan puan tidak boleh mengubah. Chin up & move forward ..ibaratnya kehidupan puan dan keluarga sama seperti sebelum ini. Fokus kepada membahagiakan diri puan dengan mendekatkan diri kepada-Nya, memenuhkan masa dengan aktiviti seharian -lakukan apa2 hobi dsb. bersama anak, ahli keluarga yang lain serta rakan-taulan selagi dalam batas agama.
Memang sukar untuk menerima poligami yang terjadi tetapi suami puan ‘baik dan bertanggungjawab’ dan keluarga baharu nya juga mempunyai anak 8 tahun. Fokus untuk dapatkan hak puan dan anak2 dari segi harta sepencarian dll, dan jangan hilangkan kemanisan rumah tangga serta amal kebaikan selama ini disebabkan apa yang terjadi. Suami bukan lah hak milik isteri yang kekal, kasih-sayang juga tidak boleh dipaksa.. jika suami masih sayang dan bertanggungjawab kepada puan dan anak-anak, kembalikan segala-galanya kepada Tuhan yang Maha Berkuasa dan didiklah hati puan…. Berdasarkan perkongsian pengalaman ramai yang senasib, jangan ambil tahu tentang pihak atau keluarga yang sana – ini penting untuk menjaga hati puan sendiri. Sebagai wanita, semestinya ada rasa cemburu nanti.. sayangi diri puan, perkahwinan bukanlah semata2 kerana cinta tapi jalan untuk kita menuju ke syurga insya-Allah! *hugstight*